13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan Agar Lebih Bijak & Cerdas!

Sebenarnya, banyak perkara yang bayi berusia dua bulan boleh lakukan tau! Jadi, buat 13 aktiviti ini untuk merangsang perkembangan bayi 2 bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi masuk usia dua bulan, anda pun sudah beransur sembuh dari sakit bersalin. Anda juga makin selesa menguruskan si kecil itu dan meluangkan masa melihat bayi tidur. Tapi, apa lagi yang boleh anda buat dengan bayi untuk membantu perkembangan bayi 2 bulan ini?

Walaupun selalunya, bayi hanya menghabiskan masa dengan menyusu dan tidur, ada juga beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan untuk bayi dua bulan ini mencapai perkembangan yang sewajarnya.

Jangan terkejut, mereka juga boleh menjadi aktif!

Perkembangan bayi mengikut bulan

Tahap perkembangan fizikal bayi mengikut usia. Setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza. Perkembangan fizikal bayi perkara yang paling penting bagi ibu bapa.

#1. 4 Minggu Pertama

Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 4 minggu pertama biasanya akan terasa sangat cepat. Ibu ayah dapat melihat perkembangan tubuh badan, kemampuan dan berat badan.

#2. Dari 4-6 Minggu

Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 4-6 minggu masih dalam peringkat mengawal pergerakkan kaki dan tangan seperti akan menggenggam apa saja barang yang bersentuhan dengan tangannya. Pada masa ini juga, penglihatan bayi masih belum jelas, bayi masih belajar untuk memfokus untuk melihat sesuatu di hadapannya.

#3. Dari 6 Minggu Sehingga 3 Bulan

Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 6 minggu sehingga 3 bulan bayi sudah boleh mengangkat kepalanya pada 45 darjah dan suka pandai untuk melepaskan genggaman tangannya sesuka hati.

#4. 3 Bulan sehingga 6 Bulan

Perubahan perkembangan fizikal bayi pada 3 bulan sehingga 6 bulan pada masa ini bayi sudah pandai untuk mengajuk pergerakan atau percakapan orang yang sedang bercakap dengannya. Selain itu, bayi pandai untuk memberi tindak balas seperti senyum dan merenung mata.

#5. Dari 6 sehingga 9 bulan

Bayi lebih cenderung untuk memasukkan semua benda dalam mulut. Ibu ayah perlu lebih peka dengan pergerakkan bayi elak meletakkan barang di bawah lantai yang mudah untuk bayi mencapai masuk ke dalam mulut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya pada usia ini kemungkinan gigi yang pertama akan tumbuh, diingatkan kepada ibu ayah setiap bayi adalah berbeza.

#6. Dari 8 bulan sehingga 10 bulan

Pasti ibu ayah tidak sabar untuk melihat bayi anda merangkak, kebiasaanya perkembangan fizikal dalam tempoh ini bayi sudah boleh merangkak dan mengundur sendiri tanpa sokongan.

Ibu ayah jangan terkejut ya, ada sesetengah bayi akan terus berdiri dan berjalan tanpa melalui proses merangkak.

#7. Dari 9 bulan sehingga 12 bulan

Pada usia ini ibi bapa boleh lihat yang bayi anda sudah mampu berjalan lebih jauh dan suka mengutip barang kecil dan masuk ke dalam mulut. Bayi juga akan bergerak lebih pantas dan belajar menyuap makanan sendiri.

Tanda perkembangan bayi tidak ikut usia

Proses perkembangan bayi biasanya berlaku dengan cepat. Tidak semua bayi mempunyai proses pertumbuhan dan perkembangan yang sama sebahagian mereka mengalami proses yang akan lambat berbanding bayi yang seusianya. Sekiranya ini berlaku, dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar dengan segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut merupakan perkembangan bayi tidak mengikut usia yang berlaku adalah seperti berikut:

#1. Dari 4-6 Minggu

  • Apabila bayi berusia 4-6 minggu, bayi masih tidak boleh boleh mengawal posisi kepala sewaktu badannya ditarik ke posisi duduk
     Kedua-dua siku dalam keadaan lurus

#2. Dari 6 Minggu sehingga 3 Bulan

Pada usia ini penglihatan bayi masih belum jelas, bayi masih belajar untuk fokus melihat sesuatu dihadapannya.

Apabila bayi berusia 6 minggu sehingga 3 bulan, bayi masih tidak boleh:

  •  Ketidakupayaan untuk menoleh kepala ke sebelah dan tidak boleh mengangkat kepala

#3. 3 Bulan sehingga 6 Bulan

Jangan terkejut ya ibu ayah kerana pada usia 6 hingga 6 bulan ini bayi sudah pandai mengajuk pergerakan dan percakapan orang yang berada dihadapanya malah sudah pandai senyum dan bertindak balas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi berusia 3 bulan sehingga 6 bulan, bayi masih tidak boleh:

  • Tidak boleh meniarap
  •  Tidak boleh memusingkan badan dari terlentang ke meniarap. Lambat mencapai atau mengambil barang

#4. Dari 6 sehingga 9 Bulan

Jaga-jaga kerana dari 6 sehingga 9 bulan bayi lebih cenderung memasukkan semua benda ke dalam mulut. Apabila bayi berusia 6 sehingga 9 bulan bulan, bayi masih tidak boleh:

  • Bayi masih tidak boleh duduk tanpa sokongan
  • Kurang penggunaan aktiviti tangan
  • Tidak dapat menyeimbangkan badan dengan sendiri jika didudukkan

#5. Dari 8 bulan sehingga 10 Bulan

Perkembangan fizikal pada usia ini bayi sudah boleh merangkak tanpa perlukan sokongan.

Apabila bayi berusia 8 sehingga 10 bulan, bayi masih tidak boleh:

  •  Tidak menunjukkan minat untuk merangkak

Perkembangan bayi 2 bulan

Pelbagai aspek yang ibu ayah perlu tahu ketika bayi 2 bulan antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika bayi pada usianya 2 bulan mereka sudah boleh memberi tindak balas ketika berkomunikasi. Bayi anda pada ketika itu pandai memberikan beberapa tindak balas lain sepeti senyum, bersuara atau gerakkan kaki dan lengan. Ini kerana otak dan pendengaran bayi semakin berkembang berbanding masa dilahirkan.

Namun begitu, penting kepada ibu ayah untuk ketahui perkembangan bayi anda mengikut bulan. Contoh perubahan normal boleh mengawal posisi kepala secara tegak dan berkeupayaan membengkok siku sedikit.

Contoh perubahan tidak normal ialah tidak boleh mengawal posisi kepala sewaktu badannya ditarik ke posisi duduk atau kedua-dua siku dalam keadaan lurus. Jangan panik, dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda mengalami masalah seperti tidak fokus kepada benda bergerak atau tidak memberi tindak balas ketika bunyi suara yang kuat. Perkembangan bayi adalah berbeza bagi setiap bayi sebagai ibu ayah cari cara untuk melatih kemampuannya.

Waktu tidur bayi 2 bulan

Keperluan tidur bayi berbeza mengikut umur. Ibu ayah perlu memastikan keperluan tidurnya cukup untuk mendapatkan pertumbuhan dan berkembangan yang baik.

Bayi pada usianya 2 bulan biasanya perlu tidur 16 jam sehari. Masa tidur bayi pada waktu malam biasanya lebih lama pada waktu siang. Walaupun begitu, biasakan bayi anda untuk tidur pada waktu siang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya bayi berusia 2 bulan tidak boleh bangun atau bermain lebih 2 jam kerana akan membuat mereka keletihan dan meragam. Masa tidur bayi yang cukup dapat membantu merangsang perkembagan otak mereka.

Berat bayi 2 bulan

Jika berat badan bayi 2 bulan semakin meningkat itu tandanya dia sihat dan badannya mendapat nutrien dengan baik. Penting untuk ibu ayah memantau dan memastikan pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Berat dan panjang bayi lelaki akan lebih berat dan tinggi daripada bayi perempuan. Berat purata bayi lelaki 2 bulan antara 3.4-5.7 kg, dengan ketinggian antara 51-58.4 cm. Sementara itu, berat bayi perempuan biasanya antara 3.2-5.4 kg, dengan ketinggian 50-57.4 cm.

Cara bermain dengan bayi 2 bulan

Mesti ibu ayah terfikir apakah cara untuk bermain dengan bayi yang baru berusia 2 bulan kan? bayi yang baru berusia 2 bulan biasanya sudah pandai untuk mengangkat kepala, jadi banyak perkara yang boleh ibu ayah lakukan untuk membantu mengembangkan kemampuannya.

Berikut adalah cara untuk bermain dengan bayi berusia 2 bulan ibu ayah perlu lakukan:

  • Belai tubuh bayi sambil bertentang matanya. Cuba bercerita dan menyanyi untuk menarik minat bayi anda. Lakukan dengan nada yang lembut dan tenang. Anda akan dapat meransang pendengarannya dan kecergasannya.
  • Tunjukkan objek berwarna. Rancang penglihatan mata bayi anda dengan menunjukkan objek berwarna kepada mereka. Biarkan bayi anda mencapai dan mengemgam objek tersebut. Perhatiankan tindak balas mereka. Pastikan objek tersebut tidak bahaya dan sesuai mengikut usia mereka pada ketika itu.

Cara bantu galakkan perkembangan bayi 2 bulan 

Bayi berusia dua bulan boleh mula pusing ke kiri dan ke kanan dalam kedudukan terlentang. Mereka juga boleh menggerakkan tangan dan kaki, tapi masih memerlukan bantuan di bahagian leher dan kepala.

Bayi akan mula suka mendengar bunyi dan kenal dengan objek serta mula untuk berkomunikasi! Jadi, penting untuk anda pilih aktiviti yang sesuai untuk perkembangan bayi 2 bulan ini.

13 aktiviti membantu perkembangan bayi 2 bulan

Ini adalah beberapa permainan dan aktiviti yang anda boleh cuba lakukan dengan si kecil untuk meningkatkan lagi perkembangan mereka:

1. Dodoikan anak

Kemahiran yang dipelajari: Mendengar, bahasa

Apa perlu anda buat: Buat bunyi & nyanyikan lagu-lagu kesukaan anda. Guna nada yang berlainan semasa anda nyanyi. Lihat jika bayi berikan apa-apa tanda dalam bentuk ekspresi muka pada setiap nada yang anda buat.

2. Goyangkan mainan

Kemahiran dipelajari: Perkembangan melihat

Anda perlukan: Mainan kecil atau mainan berbunyi dengan warna  yang terang

Apa perlu anda buat: Baringkan anak pada permukaan rata, ambil mainan dan perlahan-lahan dekatkan mainan ke mukanya. Gerakkan mainan dari kiri ke kanan supaya dia boleh ikut dengan matanya

3. Menari

Kemahiran dipelajari: Perkembangan emosi, kemahiran mendengar dan bonding

Anda perlukan: Muzik

Apa perlu anda buat: Pasangkan muzik, dukung bayi dengan berhati-hati dan menari! Bergerak ikut irama. Pakar percaya aktiviti ini boleh membantu si kecil minat pada muzik dan menguatkan ikatan dengan ibu bapa.

Jika ibu masih dalam pantang dan tak boleh bergerak terlalu banyak, bapa boleh lakukan aktiviti ini dengan bayi dan merapatkan lagi hubungan ayah dan anak.

4. Urutan

Kemahiran dipelajari: Kenal tubuh badan, bonding

Apa yang perlu anda buat: Buka baju anak dan hanya pakaikan lampin. Baringkan bayi di atas permukaan rata. Pastikan bilik bersuhu sederhana dan senyap.

Gosokkan tangan, kaki dan perut bayi anda dengan sedikit tekanan yang lembut. Berikan urutan pada belakang bayi dan di bahu untuk menguatkan kawasan tersebut.

Gerakkan kaki bayi seperti mengayuh basikal. Tepukkan tangan mereka atau renggangkannya. Aktiviti ini akan buat bayi anda rasa sentuhan ibu yang penting untuk perkembangan bayi 2 bulan.

5. Senyum pada bayi

Kemahiran dipelajari: Bonding, kemahiran sosial

Apa yang perlu anda buat: Perhatikan bayi, adakah mereka sedang perhatikan anda? Sekarang, lihat terus dalam mata mereka dan senyum. Bayi suka kalau anda beri perhatian padanya.

Setiap kali bayi lihat muka anda, senyum dan galakkan mereka untuk senyum balik pada anda dengan berkata “senyum”.

6. Ekspresikan rasa sayang

Kemahiran dipelajari: Perkembangan emosi

Apa perlu anda buat: Mudah saja! Setiap kali anda angkat bayi, berikan mereka pelukan dan ucap ‘I love you‘. Anda mungkin rasa mereka terlalu muda untuk faham, tapi ini akan bantu kemahiran emosi mereka dan memahami kepentingan sentuhan.

7. Baca bersama

Kemahiran dipelajari: Kognitif, bahasa

Anda perlukan: Buku

Apa perlu anda buat: Kenalkan mereka dengan buku boleh membantu perkembangan kognitif. Duduk dengan bayi dan letakkan bayi atas pangkuan anda. Anda boleh tengok gambar dalam buku dan tunjuk gambar dengan warna terang dan beritahu apa anda tunjuk.

8. Kenalkan warna dan bunyi

Kemahiran dipelajari: Perkembangan deria

Anda perlukan: Mainan yang terang dengan lampu dan muzik

Apa yang perlu anda lakukan: Gantungkan mainan berwarna terang pada katil bayi. Mereka akan tertarik dengan warna terang dan akan cuba sentuhnya. Mereka juga akan renggangkan badan semasa cuba menyentuh mainan. 

9. Tummy time

Kemahiran dipelajari: Kemahiran fizikal

Apa yang perlu anda buat: Semakin bayi membesar, penting untuk anda berikan mereka tummy time secukupnya setiap hari. Tapi, minta nasihat doktor sebelum melakukannya.

Letakkan bayi pada kedudukan meniarap, ini bantu kuatkan otot dan mereka akan belajar cara untuk pusing dan bergerak.

Jangan letak bayi meniarap terlalu lama dalam satu masa kerana ia boleh sakitkan leher dan badan mereka.

10. Ambil udara segar

Kemahiran dipelajari: Kemahiran kognitif

Apa yang perlu anda buat: Bawa bayi keluar untuk hirup udara segar. Tunjukkan langit, burung, pokok, bangunan dan benda-benda di sekeliling anda. 

11. Pegang jari

Kemahiran dipelajari: Bonding, deria dan kemahiran mengenggam

Apa yang perlu anda buat: Biarkan bayi pegang jari anda untuk beberapa masa setiap hari. Ini membolehkan mereka berhubung dengan anda. Mereka akan rasa selamat dan tenang dan akan memperbaiki corak tidur mereka.

12. Bercakap dan berinteraksi

Kemahiran dipelajari: Bahasa dan pendengaran

Apa yang perlu anda lakukan: Cakap dengan bayi menggunakan ekspresi muka. Pastikan mereka dengar. Sebut nama mereka semasa bercakap supaya lama-kelamaan, mereka akan faham anda sedang bercakap dengan mereka.

Anda mungkin dikejutkan dengan bunyi yang keluar dari mulut mereka sebagai respon pada percakapan anda, comelnya!

13. Berkumpul

Kemahiran dipelajari: Sosial

Anda perlukan: Berkumpul dengan keluarga atau rakan

Apa yang perlu anda lakukan: Pastikan tempat berkumpul tak terlalu kuat dan sesak kerana bayi anda rasa takut. Pastikan persekitaran tenang dan biarkan bayi menikmati dan belajar berinteraksi dengan orang lain.

Ke semua aktiviti untuk perkembangan bayi 2 bulan ini adalah sangat mudah dan mungkin ada beberapa yang anda dah pun buat dengan mereka. Teruskan!

Jika anda perlu bantuan untuk perkembangan mereka, anda boleh rujuk doktor. Semoga perkongsian ini berguna. Jangan lupa save dan tag suami sebagai rujukan kelak!

Bila perlu risau

Untuk pengetahuan ibu dan ayah, perkembangan tumbesaran yang lewat berkemungkinan mengalami masalah berkaitan saraf otak. Kegagalan mengesan menyebabkan bayi lewat menerima rawatan akan memberi kesan buruk kepada bayi anda.

Sebagai contoh, bayi yang berusia setahun setengah tetapi masih tidak boleh berjalan, jangan ambil ringan ya. Jangan tunggu lama untuk mendapatkan rawatan ini mungkin bayi mengalami masalah lemah otot yang menganggu tumbesaran. Otot yang lemah sebenarnya antara sebab kaki menjadi lembut memyebabkan bayi tidak boleh berjalan.

Di samping itu, bayi 2 bulan sepatutnya akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat, mereka akan mencari arah bunyi tersebut.

Sekiranya baby 2 bulan tidak menunjukkan reaksi kemungkinan bayi mengalami masalah pendengaran perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Hal ini boleh berpunca disebabkan bayi pernah mengalami masalah prolonged jaundice dan tidak mendapatkan rawatan pada ketika itu.

Kelewatan ibu ayah tidak mengambil serius mengenai isu perkembangan fizikal bayi akan menyebabkan kesukaran pada mereka di masa hadapan.

  1. Nutriclub. (2021,October). 6 Perkembangan Bayi Usia 2 Bulan. www.nutriclub.co.id/article-bayi/stimulasi/tumbuh-kembang-anak/perkembangan-bayi-usia-2-bulan.
  2. Raising Children Network. (2022,May). 2-3 months: newborn development. raisingchildren.net.au/newborns/development/development-tracker/2-3-months.
  3. Sensory Lifestyle.(2020,April). Month 2: Top 10 Sensory Activities for 2 month old baby ” Sensory Lifestyle. www.sensorylifestyle.com/baby-activities/top-activities-2-month-old-baby/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 3 Bulan

Baca juga: Alamak, Ibu Sudah Perlu Masuk Pejabat Tapi Bayi Pula Tak Mahu Menyusu Botol? Cuba Tips Pasti Berjaya Ini!

Baca juga: Jenis Najis Bayi: Kenali Setiap Jenis & Warna Yang Normal Mengikut Usia Bayi

Penulis

Nadia Ghafar