13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan - Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

lead image

Sebenarnya, banyak perkara yang bayi berusia dua bulan boleh lakukan tau! Jadi, buat 13 aktiviti ini untuk merangsang perkembangan bayi 2 bulan.

Apabila bayi masuk usia dua bulan, anda pun sudah beransur sembuh dari sakit bersalin. Anda juga makin selesa menguruskan si kecil itu dan meluangkan masa melihat bayi tidur.

Tapi, apa lagi yang boleh anda buat dengan bayi untuk membantu perkembangan bayi 2 bulan ini?

Walaupun selalunya, bayi hanya menghabiskan masa dengan menyusu dan tidur, ada juga beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan untuk bayi dua bulan ini mencapai perkembangan yang sewajarnya.

Jangan terkejut, mereka juga boleh menjadi aktif!

Perkembangan bayi 2 bulan – Jom bantu mereka membesar dengan lebih baik!

src=https://t4.ftcdn.net/jpg/01/75/92/47/240 F 175924726 qWDbTJ4L75Vpz7NC8q7Dx6pzL1qHi0SO.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Bayi berusia dua bulan boleh mula pusing ke kiri dan ke kanan dalam kedudukan terlentang. Mereka juga boleh menggerakkan tangan dan kaki, tapi masih memerlukan bantuan di bahagian leher dan kepala.

Bayi akan mula suka mendengar bunyi dan kenal dengan objek serta mula untuk berkomunikasi! Jadi, penting untuk anda pilih aktiviti yang sesuai untuk perkembangan bayi 2 bulan ini.

13 aktiviti membantu perkembangan bayi 2 bulan

Ini adalah beberapa permainan dan aktiviti yang anda boleh cuba lakukan dengan si kecil untuk meningkatkan lagi perkembangan mereka:

1. Dodoikan anak

Kemahiran yang dipelajari: Mendengar, bahasa

Apa perlu anda buat: Buat bunyi & nyanyikan lagu-lagu kesukaan anda. Guna nada yang berlainan semasa anda nyanyi. Lihat jika bayi berikan apa-apa tanda dalam bentuk ekspresi muka pada setiap nada yang anda buat.

2. Goyangkan mainan

src=https://imgix.bustle.com/uploads/image/2017/11/22/03220727 08b0 4315 9669 daa868aad97b shutterstock 504820546.jpg?w=960&h=540&fit=crop&crop=faces&auto=format&q=70 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Perkembangan melihat

Anda perlukan: Mainan kecil atau mainan berbunyi dengan warna  yang terang

Apa perlu anda buat: Baringkan anak pada permukaan rata, ambil mainan dan perlahan-lahan dekatkan mainan ke mukanya. Gerakkan mainan dari kiri ke kanan supaya dia boleh ikut dengan matanya

3. Menari

src=https://cdn2.momjunction.com/wp content/uploads/2016/03/Dance.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kredit gambar: iStock

Kemahiran dipelajari: Perkembangan emosi, kemahiran mendengar dan bonding

Anda perlukan: Muzik

Apa perlu anda buat: Pasangkan muzik, dukung bayi dengan berhati-hati dan menari! Bergerak ikut irama. Pakar percaya aktiviti ini boleh membantu si kecil minat pada muzik dan menguatkan ikatan dengan ibu bapa.

p/s: Jika ibu masih dalam pantang dan tak boleh bergerak terlalu banyak, bapa boleh lakukan aktiviti ini dengan bayi dan merapatkan lagi hubungan ayah dan anak.

4. Urutan

src=https://cdn2.momjunction.com/wp content/uploads/2016/03/Massage.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Kenal tubuh badan, bonding

Apa yang perlu anda buat: Buka baju anak dan hanya pakaikan lampin. Baringkan bayi di atas permukaan rata. Pastikan bilik bersuhu sederhana dan senyap.

Gosokkan tangan, kaki dan perut bayi anda dengan sedikit tekanan yang lembut. Berikan urutan pada belakang bayi dan di bahu untuk menguatkan kawasan tersebut.

Gerakkan kaki bayi seperti mengayuh basikal. Tepukkan tangan mereka atau renggangkannya. Aktiviti ini akan buat bayi anda rasa sentuhan ibu yang penting untuk perkembangan bayi 2 bulan.

5. Senyum pada bayi

src=http://www.carolinaparent.com/CP/Connecting With Teens Starts When They Are Infants/OLJStudio Shutterstock.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Bonding, kemahiran sosial

Apa yang perlu anda buat: Perhatikan bayi, adakah mereka sedang perhatikan anda? Sekarang, lihat terus dalam mata mereka dan senyum. Bayi suka kalau anda beri perhatian padanya.

Setiap kali bayi lihat muka anda, senyum dan galakkan mereka untuk senyum balik pada anda dengan berkata “senyum”.

6. Ekspresikan rasa sayang

src=https://cdn2.momjunction.com/wp content/uploads/2016/03/Express love.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Perkembangan emosi

Apa perlu anda buat: Mudah saja! Setiap kali anda angkat bayi, berikan mereka pelukan dan ucap ‘I love you‘. Anda mungkin rasa mereka terlalu muda untuk faham, tapi ini akan bantu kemahiran emosi mereka dan memahami kepentingan sentuhan.

7. Baca bersama

Kemahiran dipelajari: Kognitif, bahasa

Anda perlukan: Buku

Apa perlu anda buat: Kenalkan mereka dengan buku boleh membantu perkembangan kognitif. Duduk dengan bayi dan letakkan bayi atas pangkuan anda. Anda boleh tengok gambar dalam buku dan tunjuk gambar dengan warna terang dan beritahu apa anda tunjuk.

8. Kenalkan warna dan bunyi

src=http://bi.gazeta.pl/im/23/3b/16/z23313699V,Na rozwoj odpornosci ma wplyw zywienie  jak jeszcz.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Perkembangan deria

Anda perlukan: Mainan yang terang dengan lampu dan muzik

Apa yang perlu anda lakukan: Gantungkan mainan berwarna terang pada katil bayi. Mereka akan tertarik dengan warna terang dan akan cuba sentuhnya. Mereka juga akan renggangkan badan semasa cuba menyentuh mainan. 

9. Tummy time

src=https://cdn2.momjunction.com/wp content/uploads/2016/03/Tummy time.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Kemahiran fizikal

Apa yang perlu anda buat: Semakin bayi membesar, penting untuk anda berikan mereka tummy time secukupnya setiap hari. Tapi, minta nasihat doktor sebelum melakukannya.

Letakkan bayi pada kedudukan meniarap, ini bantu kuatkan otot dan mereka akan belajar cara untuk pusing dan bergerak.

Nota: Jangan letak bayi meniarap terlalu lama dalam satu masa kerana ia boleh sakitkan leher dan badan mereka.

10. Ambil udara segar

Kemahiran dipelajari: Kemahiran kognitif

Apa yang perlu anda buat: Bawa bayi keluar untuk hirup udara segar. Tunjukkan langit, burung, pokok, bangunan dan benda-benda di sekeliling anda. 

11. Pegang jari

src=https://us.123rf.com/450wm/yanlev/yanlev1702/yanlev170200060/72496921 baby holding dad s finger close up.jpg?ver=6 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Bonding, deria dan kemahiran mengenggam

Apa yang perlu anda buat: Biarkan bayi pegang jari anda untuk beberapa masa setiap hari. Ini membolehkan mereka berhubung dengan anda. Mereka akan rasa selamat dan tenang dan akan memperbaiki corak tidur mereka.

12. Bercakap dan berinteraksi

src=https://cdn2.momjunction.com/wp content/uploads/2016/03/Talk and interact.jpg 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan   Parents Wajib Cuba Dengan Anak!

Kemahiran dipelajari: Bahasa dan pendengaran

Apa yang perlu anda lakukan: Cakap dengan bayi menggunakan ekspresi muka. Pastikan mereka dengar. Sebut nama mereka semasa bercakap supaya lama-kelamaan, mereka akan faham anda sedang bercakap dengan mereka.

Anda mungkin dikejutkan dengan bunyi yang keluar dari mulut mereka sebagai respon pada percakapan anda, comelnya!

13. Berkumpul

Kemahiran dipelajari: Sosial

Anda perlukan: Berkumpul dengan keluarga atau rakan

Apa yang perlu anda lakukan: Pastikan tempat berkumpul tak terlalu kuat dan sesak kerana bayi anda rasa takut. Pastikan persekitaran tenang dan biarkan bayi menikmati dan belajar berinteraksi dengan orang lain.

Ke semua aktiviti untuk perkembangan bayi 2 bulan ini adalah sangat mudah dan mungkin ada beberapa yang anda dah pun buat dengan mereka. Teruskan!

Jika anda perlu bantuan untuk perkembangan mereka, anda boleh rujuk doktor. Semoga perkongsian ini berguna. Jangan lupa save dan tag suami sebagai rujukan kelak!

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Mom Junction

Baca juga:

Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 2 Bulan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!