Apa perkembangan janin dari hari pertama hingga 3 minggu kehamilan?

lead image

Bagaimana perkembangan janin di minggu pertama, kedua dan ketiga berlaku? Hal ini kerana, anda akan dapat melihat tumbesaran janin mengecil hingga ia membesar setiap minggu. Kemudian anda akan mengalami beberapa simptom kehamilan tertentu

Tahniah, ibu. Kini anda sedang berbadan dua! Namun pasti ada ibu hamil yang bimbang dan keliru tentang apa akan berlaku seterusnya. Di sini kami akan jelaskan perkembangan janin 1 hingga 3 minggu untuk memudahkan pemahaman anda.

Jom kita baca!

Perkembangan janin 1 hingga 3 minggu 

weekbyweek12 pixlr Apa perkembangan janin dari hari pertama hingga 3 minggu kehamilan?

Dalam perkembangan janin 1 hingga 3 minggu, anda akan lihat janin membentuk seperti bulatan kecil di kawasan rahim atau plasenta.

Namun begitu, pada minggu pertama dan kedua ia belum lagi kelihatan dan doktor akan meminta anda lakukan scan buat kali kedua bagi memastikan usia kandungan yang sebenar dan due date

Pada minggu ketiga, embrio akan nampak lebih jelas tapi hanya bersaiz halus dan kecil. 

Perkembangan janin 1 hingga 3 minggu: Tumbesaran setiap hari 

  • Pada minggu satu hingga kedua, anda masih belum nampak tanda-tanda sedang hamil. Tetapi tubuh anda sedang ‘bersiap’ untuk ovulasi dan rahim sedang bersiap bagi ketibaan telur yang disenyawakan. 
  • Menjelang minggu ketiga, tanda-tanda hamil mulai kelihatan. Telur yang telah disenyawa kini bergerak ke arah rahim dan melalui sepanjang follopian tube. 
  • Apabila sel telur mencapai rahim, ia akan menjadi jisim yang mengandungi lebih daripada 100 sel dan dipanggil sebagai embrio. 
  • Embrio kecil itu akan mengalir dalam lapisan rahim anda dan proses ini dikenali sebagai implantasi. 

Simptom perkembangan janin 1 hingga 3 minggu kehamilan 

pChart week3 70 Apa perkembangan janin dari hari pertama hingga 3 minggu kehamilan?

  • Dalam minggu pertama dan kedua, anda belum ‘diketahui’ mengandung secara rasmi. Tapi ini merupakan haid terakhir anda sebelum disahkan hamil. Tubuh juga sedang bersiap sedia untuk titik permulaan kehamilan bermula. 
  • Selepas haid habis, anda mungkin mengalami perubahan mukus serviks bermula dengan warna yang tebal, meleket dan berkrim. 
  • Menjelang akhir minggu ketiga, embiro yang berada dalam rahim akan mengeluarkan sedikit ‘spotting’ yang dikenali sebagai pendarahan implantasi. 
  • Mengalami payudara lembut dan bengkak
  • Anda mungkin rasa lebih letih daripada biasa. 
  • Masalah bau juga semakin menular. Jika dulu minyak wangi itu kegemaran tapi kini tidak lagi. 
  • Suhu badan tinggi walaupun mendapatkan rehat yang cukup.
  • Jika anda membuat ujian kehamilan UPT (Urine Pregnancy Test) mungkin anda akan dapat keputusan positif dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan segera. 

Penjagaan kehamilan minggu pertama hingga ketiga 

  • Ini masa yang sesuai untuk anda mula makan vitamin kehamilan seperti zinc coofer dan asid folik. 
  • Berhenti merokok dan minum minuman keras. Amalkan diet sihat dan minum enam gelas air setiap hari. Ia bagi memastikan perkembangan janin sihat dari minggu ke minggu.
  • Bagi penjagaan tumbesaran otak dan tulang bayi yang sihat, anda harus ambil sekurang-kurangnya 400 micrograms asid folik setiap hari. 
  • Hindari minuman berkafein tinggi seperti kopi dan nescafe kerana ia tak bagus untuk tumbesaran janin dalam kandungan. 

Senarai semak yang anda patut lihat

cream vitamin Apa perkembangan janin dari hari pertama hingga 3 minggu kehamilan?

Kredit: cream vitamin

  • Sila teliti sama ada anda sudah ambil vaksinasi rubella dan demam campak atau belum. Jika belum, doktor akan menasihatkan anda untuk ambil vaksinasi tersebut sebelum mengandung. 
  • Ini masa yang sesuai untuk anda membuka buku merah di klinik kesihatan kerajaan atau swasta. Dalam masa yang sama, anda akan dapat melihat perkembangan bayi dari minggu ke minggu hingga bersalin. 
  • Ketika temu janji dengan doktor, anda boleh bertanya dan membincangkan bersama doktor tentang tahap kesihatan dan cara pemakanan yang sihat untuk perkembangan janin. 
  • Sekiranya anda ada ambil sebarang ubat-ubatan atau jamu herba tertentu, dapatkan kepastian daripada doktor sama ada ia boleh diambil atau tidak sekiranya masih di awal kehamilan itu.

Kami ingin ucapkan tahniah sekiranya anda kini sedang berbadan dua dan kongsikan artikel ini di laman sosial anda. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

12 gambar proses perkembangan janin (dari 1 bulan sampai lahir) yang sungguh menakjubkan!