Apa perkembangan janin bila kehamilan masuk usia 8 minggu?

lead image

Yay, tahniah kandungan anda sudah masuk 2 bulan! Anda tahu tak apa perkembangan janin 8 minggu? Ha... ini antara perkembangan bayi yg anda perlu tahu.

Pejam celik pejam celik, usia kehamilan anda sudah pun masuk 8 minggu atau dua bulan. Rasanya, apa perkembangan janin 8 minggu ini? Bayi anda sudah besar mana?

Untuk menjawab persoalan anda, di bawah ini kami sediakan panduan ringkas tentang apa perkembangan janin 8 minggu. Jom kita semak!

Perkembangan janin 8 minggu: Bayi anda besar mana sekarang?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/12/pChart week8 78.jpg Apa perkembangan janin bila kehamilan masuk usia 8 minggu?

Sekarang, bayi anda sebesar kacang merah. Alah, comelnya!

Perkembangan janin 8 minggu

Dalam perkembangan janin minggu ke-8 ini, anda akan mengetahui yang:

  • Walaupun anda masih belum boleh merasai pergerakan bayi dalam kandungan, tapi bayi ini sebenarnya sangat aktif. Dia kini boleh memusing pinggang!
  •  Ciri-ciri wajahnya juga semakin jelas. Telinga, bibir atas, dan hujung hidung akan jelas kelihatan
  • Jari tangan dan jari kakinya juga baru muncul, walaupun ia sedikit saja
  • Walaupun masih kecil, namun pada minggu ini, janin sedang membentuk deria rasa
  • Ekornya yang seperti berudu pula akan hilang

Perkembangan janin 8 minggu: Simptom kehamilan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/pregnancy 2936135 640.jpg Apa perkembangan janin bila kehamilan masuk usia 8 minggu?

Selain perkembangan janin dalam kandungan, anda juga perlu tahu simptom-simptom kehamilan yang akan muncul pada ketika ini. Antaranya seperti:

  • Hormon dalam badan anda akan meningkatkan deria bau. Jadi, anda akan bau pelbagai bauan yang kurang enak.
  • Walaupun tubuh badan yang lain masih belum menunjukkan tanda-tanda mengandung, tapi payudara anda semakin besar dan berat. Ini kerana lobula penghasil susu dalam payudara sudah mula berkembang.
  • Anda akan rasa cepat penat dan mual
  • Kekejangan awal kehamilan akan terjadi. Hal ini sebab abdomen anda sedang merenggang apabila rahim makin berkembang.
  • Anda akan rasa kurang enak pada perut. Tapi jangan bimbang tentang masalah penghadaman, sembelit, kembung parut atau sakit ulu hati. Semuanya normal pada fasa ini.
  • Namun, anda masih perlu menjaga diri. Jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena, segera berjumpa doktor
  • Pengedaran darah dalam badan anda akan meningkat. Pada akhir kehamilan, anda mungkin akan ada satu liter setengah darah tambahan.

Perkembangan janin 8 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Walaupun anda tak berselera, sila makan dengan betul dan sihat. Bayi dalam kandungan sekarang sedang membesar, jadi kalian berdua memerlukan nutrisi penting
  • Salah satu penjagaan yang penting ketika usia kandungan 8 minggu ini ialah ambil kalsium yang mencukupi. Jangan lupa vitamin D juga!

Checklist anda

  • Jika anda bakal bekerja lepas habis pantang, segera dapatkan senarai pengasuh
  • Ini bukan masa yang bagus untuk melakukan yoga atau makan sebarang ubat. Ingat, jangan stress dan anda perlu relaks.
  • Anda juga mungkin perlu menangguh atau membatalkan mana-mana plan bercuti kerana penat dan mual. 

 

 

 

 

Minggu sebelumnya: Minggu ke - 7

Minggu seterusnya: Minggu ke - 9

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!