Prosedur IVF Ketika Bulan Ramadhan, Adakah Ia Dibolehkan Atau Membatalkan Puasa?

Prosedur IVF sering menjadi pilihan bagi kebanyakan pasangan suami isteri untuk mendapatkan cahaya mata. Adakah ia boleh dilakukan ketika sedang berpuasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan. Bagi pasangan suami isteri yang ikhtiar mendapatkan zuriat melalui prosedur IVF, mungkin anda ada tertanya-tanya adakah boleh melakukannya ketika bulan puasa?

Bulan mulia pada umat Islam ini hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Kedatangannya amat dinantikan kerana penuh limpahan rahmat, keampunan dan pembebasan dari azab neraka. Sebolehnya mungkin kita nak berpuasa penuh tanpa sebarang keuzuran.

Ada apa dengan prosedur IVF?

credit to sources

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Murizah Mohd Zain, IVF adalah prosedur yang melibatkan percantuman benih lelaki dan wanita di dalam makmal.

Untuk mendapatkan benih lelaki, tidak ada cara yang lain selain lelaki perlu mengeluarkannya secara onani. Dalam Islam, onani dibenarkan hanya dengan menggunakan tangan isteri.

Dalam praktis saya, sama ada untuk pemeriksaan air mani atau prosedur IVF atau IVF, saya akan menyuruh isteri ‘menemani’ suami di bilik masturbasi. Biarlah benih ini dikeluarkan secara terhormat, mudah-mudahan ini permulaan kepada zuriat yang soleh.

Prosedur IVF ketika bulan Ramadhan

Dalam ajaran agama Islam, seorang lelaki yang mengeluarkan air mani dengan sengaja secara onani, hukumnya adalah puasa terbatal dan wajib qadha.

Jika seseorang mengeluarkan mani secara bersetubuh dengan menggunakan condom collector bagi tujuan pengumpulan air mani, hukumnya adalah batal dengan kafarah puasa 2 bulan berturut-turut.

Justeru, dalam praktis saya akan menangguhkan proses ini sehingga bulan Ramadhan berakhir. Insyaallah tak lama pun, hanya sebulan sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada pasangan yang berpendapat, keluarkan sahaja benih ketika waktu malam dan prosedur IVF lakukan sahaja pada siang. Sebenarnya, selepas oocyte retrieval, telur akan direhatkan 3 hingga 4 jam sebelum prosedur persenyawaan dengan IVF/ICSI. 

Jika kita buat selepas waktu berbuka, pegawai sains saya kena buat ICSI pukul 1 pagi dan kalau telur banyak, silap haribulan mereka kena bersahur di makmal pula. Jadi praktis saya, no fresh ivf bagi pesakit Muslim di bulan Ramadhan ini.

Kajian bagi wanita yang berpuasa menjalankan prosedur IVF

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu kajian yang telah dijalankan di Mesir pada tahun 2016 melibatkan dua kumpulan wanita menjalani rawatan IVF/ICSI.  Terdapat seramai 300 wanita yang berpuasa dan 300 lagi tidak berpuasa ketika melakukan prosedur ini.

Faktor lain adalah seperti kadar rizab telur (AMH) dan umur diselaraskan bagi dapat membuat perbandingan secara terus. Hasil kajian tersebut mendapati:

  • Kadar kelahiran bayi adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berpuasa daripada tidak berpuasa. Namun perbezaan ini tidak menemui statistical significance
  • Tiada perbezaan kualiti embrio terbentuk di antara dua kumpulan ini
  • Wanita yang berpuasa memerlukan dos ubat lebih tinggi untuk merangsang telur membesar
  • Tahap kemurungan dan tekanan adalah lebih rendah dalam kalangan mereka yang berpuasa. Ia juga mencapai statistical significance
  • Komplikasi kehamilan didapati lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berpuasa

Justeru hasil kajian tersebut mendapati bahawa puasa tidak menjejaskan hasil rawatan IVF/ICSI kerana ia memberikan kesan baik terhadap emosi, tekanan dan kemurungan setiap pasangan yang melakukan rawatan kesuburan.

Puasa dan bacaan sperma ketika rawatan IVF

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian yang dijalankan pada tahun 1986 dilakukan untuk melihat kesan puasa dan bacaan sperma.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam kajian ini, puasa sebenarnya tidak menganggu bacaan sperma. Malah, ia menunjukkan bacaan sperma dan hormon lelaki yang lebih baik ketika berpuasa. Ramai yang mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dengan amal ibadah ketika puasa.

Namun ada juga berpendapat bulan Ramadhan membawa ketenangan dan kelapangan masa untuk melakukan rawatan kesuburan. Anda boleh mengambil pil kesuburan seperti clomid atau letrozole di rumah.

Akan tetapi, rawatan seterusnya seperti IUI atau IVF/ICSI memerlukan suami menghasilkan sperma pada siang hari dan ini boleh membatalkan puasa.

Kesimpulannya, bulan puasa bukanlah bermaksud anda melengahkan rawatan kesuburan. Banyak perkara boleh dilakukan ketika puasa ini bagi memastikan anda menjalani gaya hidup sihat dan mencapai berat badan ideal.

Berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor fertiliti bagi mendapatkan perancangan rawatan lebih terperinci dan menepati pilihan anda dan suami.

Sumber: Dr Murizah Mohd Zain, Kernamu.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Bayi Tabung Uji @ IVF Boleh Jadi HARAM Jika Anda Buat Perkara Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan