Menu Berpantang 44 Hari: Resepi Lauk Pantang Simple, Sedap & Mudah Dimasak Ibu Lepas Bersalin

lead image

Menu berpantang bersalin ikan tenggiri lada hitam, sup ikan haruan, ikan merah tumis bawang, kerabu pegaga, sup lobak putih dan daging grill.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu baru bersalin dan melalui tempoh berpantang, anda mungkin berasa mudah bosan dengan menu berpantang yang sama setiap hari. Namun sebenarnya makanan pantang boleh menjadi menarik dan sedap jika kena dengan gaya masakannya.

Menu Berpantang 44 Hari Yang Sedap

Resepi menu berpantang ini boleh dimakan oleh ibu bersalin normal atau caesar. Paling penting adalah anda perlu mengelakkan makanan berangin, sejuk dan gatal. Berikut menu berpantang yang boleh anda cuba di rumah:

1. Ikan Tenggiri Lada Hitam

Ikan tenggiri lada hitam ini adalah makanan pantang bersalin normal dan juga czer. Jika bayi mengalami jaundice, kurangkan penggunaan lada hitam dalam setiap masakan anda.

  • 3 ketul ikan tenggiri
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit jus lemon

Cara memasak makanan pantang bersalin normal serta czer:

  1. Hiris bawang, halia dan taburkan dalam pinggan. Susun ikan dan taburkan lagi bawang dan halia di atasnya. Kemudia masukkan kesemua bahan yang lain.
  2. Kukus selama 10-15 minit. Siap!

2. Sup Lobak Putih

Makanan pantang bersalin normal mahupun czer ini adalah paling populor kerana ia dikatakan boleh menjadi penggalak untuk menghasilkan susu badan.

Bukan itu sahaja, rasanya juga sedap boleh menaikkan selera ibu ketika tempoh berpantang.

  • Isi ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2 ulas bawang putih dan merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil pati ayam

Cara memasak makanan pantang bersalin normal adalah:

  1. Hiris bawang dan halia. Tumis dalam sedikit minyak, masukkan 3 cawan air dan ayam. 
  2. Biarkan mendidih selama 15 minit, tambah serbuk pati ayam, garam dan lobak sehingga masak.

3. Singgang Daging

Menu berpantang yang sedap dan mudah adalah singgang daging. Berikut cara penyediaannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 liter air
  • 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili kering (dipotong 3)
  • 1 keping asam gelugur
  • Daging 
  • Halia & lengkuas

Cara memasak menu pantang czer serta normal:

  1. Rebus daging bersama halia, lengkuas, bawang, ketumbar, cili kering dan asam keping sehingga empuk. Kemudian masukkan garam dan gula. Biarkan seketika dan siap!

Info: Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin. Ia berkesan mengempiskan perut buncit.

4. Ayam Kukus Cendawan

  • 2 ketul dada ayam
  • 3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong)
  • 1/2 sudu besar cuka
  • Tumbuk bahan A : Sedikit halia & 4 ulas bawang putih
  • Tumbuk bahan B: 1 sudu ketumbar, 1/2 sudu lada sulah, 1 sudu kecil jintan manis dan putih

Cara memasak:

  1. Lumurkan ayam dengan halia, bawang putih dan garam. Perap selama 30 minit. Kukus ayam sehingga masak, tambahkan cuka, cendawan dan bahan tumbuk B. Kukus lagi 5 minit.

5. Sawi Tumis Air

Sawi tumis air menjadi salah satu menu sayur untuk ibu berpantang yang paling digemari. Hal ini kerana sayuran hijau tinggi vitamin C dan serat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.

  • 1 ikat sawi
  • 1 ulas bawang putih & merah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit ikan bilis 

Cara memasak menu sayur untuk ibu berpantang:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan kuali dan tumis bawang bersama ikan bilis. Masukkan air, biarkan mendidih, tambah sayur sawi dan serbuk lada hitam. 
  2. Kacau dan masak sehingga menu sayur untuk ibu berpantang ini separuh layu.

6. Ikan Bilis Masak Asam

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1/2 mangkuk ubi kentang
  • Sedikit bawang putih, merah dan bawang besar dihiris
  • Air asam jawa

Cara memasak:

  1. Goreng ikan bilis dan ubi kentang. Ketepikan.
  2. Guna minyak sedikit dan tumis semua bawang sehingga layu. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang tadi.
  3. Apabila sudah sebati, masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

7. Ikan Merah Tumis Bawang

Menu pantang czer serta normal iaitu ikan merah tumis bawang ini amat mudah untuk disediakan. Malah rasanya yang sedap boleh membekalkan tenaga untuk ibu dalam pantang menguruskan bayi sepanjang hari.

  • 1 keping ikan merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia muda
  • Sedikit daun bawang

Cara memasak menu pantang czer serta normal:

  1. Perap ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan merah menggunakan sedikit minyak, kemudian ketepikan. 
  2. Tumis bawang dan halia. Masukkan semula ikan yang sudah digoreng tadi dan daun bawang.

8. Kerabu Pegaga

Menu berpantang iaitu kerabu pegaga memang sedap dan memikat selera.  Pasti anda tidak tahu akan menu sayur untuk ibu berpantang sebegini kan? Jangan risau kerana bahan yang digunakan adalah ‘lulus’ untuk anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • Bawang besar, sedikit halia dan lada hitam (ditumbuk)
  • Lobak merah dipotong halus (optional)
  • Pegaga dipotong tidak terlalu halus

Cara memasak menu sayur untuk ibu berpantang:

  1. Goreng tanpa minyak semua bahan di atas kecuali lobak dan pegaga.
  2. Kemudian, tambah sedikit garam. Dalam bekas yang lain, masukkan pegaga dan lobak merah dan campur bersama bahan yang disangai tadi.
  3. Gagal kesemuanya dengan sekata dan siap!

9. Daging Grill

  • Sedikit minyak zaitun
  • Daging segar bahagian lembut
  • Bawang putih, halia (dihiris)
  • Serbuk lada hitam dan lada putih
  • Oregano
  • Rosemary 

Cara memasak:

  1. Bersihkan daging, perap semalaman atau sekurany-kurangnya 30 minit menggunakan bahan-bahan di atas.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non stick atau pemanggang ajaib. Grill daging sehingga masak.
  3. Kemudian goreng bawang putih dan halia sehingga garing. Siap!

10. Ikan Kerapu Kukus Halia

  • 1 ekor ikan kerapu
  • 1 inci halia, dihiris halus
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan

Cara Memasak:

  1. Bersihkan ikan dan letakkan dalam pinggan.
  2. Taburkan halia hiris di atas ikan dan perahkan sos tiram.
  3. Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak.

11. Sayur Peria Goreng Tempe

  • 1 batang peria
  • 1/2 ketul tempe
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit garam

Cara Memasak:

  1. Potong peria dan tempe. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan peria dan tempe. Goreng sehingga garing. Perasakan dengan garam dan siap!

12. Sup Sayur Campur

  • 1 batang lobak merah
  • 1 batang daun sup
  • 1/2 batang celery
  • 1 ulas bawang putih

Cara Memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus semua sayuran dengan air. Tambah sedikit garam dan perasakan dengan lada hitam.
  2. Biarkan mendidih selama 10-15 minit dan siap!

13. Kari Ayam Tanpa Santan

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Rempah kari
  • 1/2 cawan air

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang, halia dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan rempah kari. Tambah air dan biarkan mendidih hingga ayam empuk.

14. Tempe Goreng Berempah

  • 1 ketul tempe
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam

Cara Memasak:

  1. Potong tempe dan gaulkan dengan kunyit, garam dan lada hitam.
  2. Goreng tempe dalam minyak panas sehingga garing dan siap!

15. Ikan Kukus Halia & Lemon

  • 1 ekor ikan (elak ikan yang gatal)
  • 1 inci halia
  • Sedikit jus lemon
  • Garam

Cara Memasak:

  1. Perahkan jus lemon dan taburkan halia di atas ikan.
  2. Kukus ikan selama 15-20 minit dan siap!

16. Sup Bayam & Tahu

  • 1 ikat bayam
  • 1/2 blok tahu (dipotong)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Tambah bayam dan tahu, masak sehingga sayur layu.
  4. Perasakan dengan garam dan siap!

17.Ikan Selar Masak Kicap

  • 2 ekor ikan selar
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Goreng ikan selar sehingga garing, kemudian ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan kicap dan sos tiram, kacau rata.
  4. Masukkan ikan dan gaul rata dengan kuah. Biarkan mendidih seketika dan siap!

18. Ayam Masak Halia

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 inci halia (ditumbuk halus)
  • 1 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam berubah warna.
  3. Tambah sos tiram, kicap dan garam. Masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat.

19.Tumis Kangkung Ikan Bilis

  • 1 ikat kangkung
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah (optional)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang putih dan ikan bilis hingga wangi.
  2. Masukkan kangkung dan tumis selama 3-4 minit.
  3. Tambah cili merah jika suka pedas. Kacau rata dan siap!

20. Bubur Ayam Berempah

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 cawan beras
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Rebus ayam dengan halia, bawang putih dan air hingga empuk.
  2. Masukkan beras, serbuk kunyit dan ketumbar. Masak hingga bubur menjadi lembut.
  3. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Siap dihidangkan!

21. Sup Ikan Haruan

  • 1 ekor ikan haruan (dipotong)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang daun sup
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air

Cara Memasak:

  1. Rebus ikan haruan bersama halia, bawang putih dan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan daun sup dan perasakan dengan garam.
  3. Masak sehingga ikan empuk dan siap untuk dihidangkan.

Tips Penyediaan Makanan Berpantang

Berikut adalah beberapa tips penyediaan makanan berpantang untuk ibu selepas bersalin:

1. Pilih Bahan Berkualiti

Gunakan bahan makanan segar dan berkualiti tinggi, termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, dan sumber protein seperti ayam, ikan, dan daging.

2. Masak Secara Sihat

Utamakan kaedah memasak seperti merebus, mengukus, atau memanggang daripada menggoreng. Ini membantu mengekalkan nutrisi dan mengurangkan lemak yang tidak sihat.

3. Elakkan Makanan Pedas dan Berangin

Kurangkan penggunaan rempah yang terlalu pedas dan makanan yang boleh menyebabkan angin seperti kubis dan kacang-kacangan, untuk mengelakkan ketidakselesaan.

4. Sediakan Dalam Jumlah Kecil

Masak dalam jumlah kecil agar makanan sentiasa segar. Ibu boleh memasak lebih banyak jika diperlukan.

5. Penggunaan Rempah Yang Betul

Gunakan rempah seperti halia, kunyit, dan bawang putih yang baik untuk pemulihan dan boleh membantu meningkatkan penghadaman.

6. Rancang Menu Pantang Dengan Lebih Awal

Rancang menu harian atau mingguan untuk memastikan pemakanan seimbang dan mengelakkan kebosanan.

7. Simpan Makanan Dengan Betul

Simpan makanan yang tidak dimakan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran.

Semoga artikel menu berpantang ini bermanfaat untuk anda menyediakan lauk pantang berkhasiat yang penting untuk penyembuhan selepas anda bersalin

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 30+ Makanan Pantang Bersalin Yang Mudah & Berkhasiat, Sesuai Untuk Bayi Jaundice

Baca juga: Cara Pantang Keguguran Yang Betul Ikut Bidan Melayu, Ibu Moden Jangan Ambil Mudah

Baca juga: Kepentingan Makanan Pantang Untuk Ibu & Bayi Baru Lahir, Barulah Kedua-duanya Sihat!