X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

4 Rutin Penting Untuk Bayi 1 Bulan Parents Harus Tahu - Ada Yang Perlu Dielakkan Ya!

5 min bacaan
4 Rutin Penting Untuk Bayi 1 Bulan Parents Harus Tahu - Ada Yang Perlu Dielakkan Ya!

Ketahui apa 4 rutin bayi 1 bulan yang boleh membantu bayi berasa lebih tenang dan bahagia ini. Ada tips apa yang patut anda buat dan jangan buat juga!

Walaupun ramai anggap bayi baru lahir hanya memerlukan ibunya setiap masa, tapi membina rutin bayi 1 bulan sebenarnya penting untuk perkembangan si manja anda.

Apabila dilakukan dari kecil lagi, rutin harian ini akan mengajar bayi anda untuk memahami tindak balas ibu bapa dan meneka apa yang mereka perlu buat seterusnya.

Harapan and persefahaman ini penting kerana ia akan menjadi asas kepercayaan seumur hidup antara ibu bapa dan anak. Selain itu, rutin harian bayi yang stabil juga akan memastikan ibu bapa dapat meluangkan masa bonding bersama anak.

4 Rutin Bayi 1 Bulan

Di bawah adalah rutin rutin bayi 1 bulan yang ibu bapa perlu tahu, lengkap dengan tips apa patut dibuat dan tidak dibuat ibu bapa:

Rutin bayi 1 bulan #1 Tidur

rutin bayi 1 bulan

Bayi baru lahir masih terlalu kecil untuk mengamalkan rutin tidur yang tetap. Ini kerana dia masih tidak tahu beza antara siang atau malam.

Dia hanya mahu menyusu dan berada dalam dakapan ibu bapanya sepanjang masa. Tapi apabila anak anda semakin besar, ibu bapa boleh mula menetapkan rutin tidur supaya bayi tahu bila masa untuk tidur.

Si manja memerlukan rehat yang cukup untuk berkembang dengan baik. Jangan lupa, rehat juga penting untuk kesejahteraan ibu bapa.

Apa ibu bapa patut buat:

Jangan tunggu sehingga anak terlalu letih sebelum menidurkannya.

Bawa anak masuk tidur sebaik saja anda nampak tanda-tanda keletihan seperti menguap dan menggosok mata.

Ibu bapa boleh membantu anak untuk tidur dengan memastikan anak sudah mandi dan kenyang. Cara lain dengan mengurut badan bayi, mendodoi, membaca, atau dengan muzik lembut dan lampu yang malap.

Jangan:

Jangan stress jika bayi tidak mengikut rutin tidur dengan cepat. Bayi yang masih kecil akan selalu menyusu sampai tidur atau tertidur apabila didukung kerana mereka rasa selamat.

Ciri-ciri ini akan berkurangan dan mereka akan pandai tidur sendiri apabila mereka semakin besar.

Rutin bayi 1 bulan #2 Menyusu

4 Rutin Penting Untuk Bayi 1 Bulan Parents Harus Tahu - Ada Yang Perlu Dielakkan Ya!

Kredit: Xtra

Penyusuan berdasarkan permintaan adalah yang terbaik untuk bayi yang baru lahir sehingga rutin menyusu menjadi lebih kukuh.

Apabila mereka semakin besar, ibu bapa akan lebih peka dengan corak dan bila anak mereka ingin menyusu. Rutin menyusu yang longgar akan memastikan bayi anda dapat menyusu pada bila-bila masa apabila lapar.

Rutin menyusu biarpun anak sudah lebih besar juga akan membantu bekalan susu ibu untuk menjadi lebih mantap dan konsisten.

Apa ibu bapa patut buat:

Perhatikan tanda-tanda kelaparan seperti rooting – mereka membuka mulut untuk mencari puting ibu atau memasukkan tangan ke dalam mulut.

Sediakan bantal menyusu dan letakkan segelas air yang besar di atas meja berdekatan untuk ibu menyusu.

Jangan:

Jangan tunggu anak terlalu lapar, kerana ia akan menjadi lebih susah untuk menyusu. Apabila anak terlalu marah, dia mungkin akan menangis sampai tertidur apabila ibu cuba menyusu.

Jangan terlalu bimbang jika berat bayi meningkat dengan normal tapi dia tidak menyusu setiap 2-3 jam. 

#3 Bermain

rutin bayi 1 bulan

Ibu bapa boleh melakukan aktiviti bonding sambil bermain dengan anak. Biarpun mereka masih kecil, tetapi bermain dengan banyak memberi manfaat kepada si manja.

Selain menjalinkan ikatan, apabila anak bermain dengan ibu bapa, mereka boleh belajar melalui pengalaman baru dan lebih mengenali tentang persekitaran mereka.

Jadi pastikan ibu bapa selitkan rutin bermain dengan si manja!

Apa ibu bapa patut buat:

Berhati-hati ketika bermain dengan bayi yang masih kecil kerana badan mereka masih sangat lembut.

Apabila bayi lebih besar, cuba selitkan masa untuk bermain apabila dia paling aktif, iaitu selepas dia kenyang. Anda boleh membaca buku cerita, menyanyi ataupun bermain ba-cak dengannya.

Jangan:

Jangan main terlalu lama. Sesi bermain yang pendek – 5-10 minit- sudah memadai. Jangan keterlaluan apabila bermain, kerana rangsangan yang terlalu banyak tidak akan membantu anak untuk tidur.

#4 Mandi

rutin bayi 1 bulan

Masa mandi boleh membantu anak untuk memulakan harinya dengan rasa segar ataupun menenangkannya supaya dia senang tidur.

Ia juga masa baik di mana ibu bapa boleh periksa badan bayi untuk gigitan nyamuk, ruam atau masalah kulit lain.

Apa ibu bapa patut buat:

Cuba tetapkan rutin mandi pada masa anda tidak sibuk atau mengejar masa. Ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya apabila memandikan anak yang masih lembut dan licin.

Pastikan ibu bapa sudah sediakan semua barang keperluan bayi anda sebelum memandikannya.  Selepas mandi, urutkan badannya dengan perlahan sebelum memakaikan baju.

Jangan:

Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika mandi biarpun untuk sesaat. Bayi boleh lemas dalam tab mandi biarpun hanya beberapa inci air di dalamnya.

Biarkan telefon anda berdering dan jika loceng pintu berbunyi, bawa anak  sekali jika tidak ada orang lain di rumah.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Tips penting untuk ibu bapa

Ibu bapa kena ingat bahawa rutin harian untuk bayi 1 bulan ini boleh bertukar, terutamanya apabila anak mengalami lonjakan pertumbuhan ataupun sakit. Jadi pastikan ibu bapa memberi kelonggaran.

Fungsi rutin harian ialah untuk membantu anak rasa lebih selamat dan tenang kerana dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Rutin juga boleh membantu ibu bapa untuk mengendalikan masa mereka dengan lebih baik supaya mereka masih sempat untuk mempunyai ME time.

Semoga berjaya!

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Berkongsi 10 Tip Bagaimana Nak Tidurkan Bayi Baru Lahir Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • 4 Rutin Penting Untuk Bayi 1 Bulan Parents Harus Tahu - Ada Yang Perlu Dielakkan Ya!
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

    Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

    Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham