Semua yang anda perlu tahu tentang berkhatan

Semua yang anda perlu tahu tentang berkhatan

Apabila tiba masanya, anak-anak lelaki harus dikhatankan. Mari kita lihat beberapa perkara penting yang harus kita ketahui tentang berkhatan.

malay boy in diapers

Semua yang anda perlu tahu tentang berkhatan

Berkhatan adalah sesuatu yang lebih sinonim dengan orang Islam, walaupun pada hakikatnya fahaman Yahudi dan ajaran Kristian juga ada menganjurkannya. Hukum berkhatan adalah wajib tetapi tidak fardhu bagi lelaki dan harus bagi wanita jika tidak memudaratkan. Bagi perbincangan kali ini, hanya khatan lelaki yang akan disentuh.

BERKAIT : Berkhatan - Antara tuntutan agama dan risikonya

Semua yang anda perlu tahu tentang berkhatan  - Apa itu berkhatan dan mengapa ia perlu

Berkhatan adalah proses membuang kulit lebihan yang menutupi kepala zakar. Secara amnya ia membuang anggota tubuh yang menjadi tempat dimana kotoran, virus dan najis terperangkap. Beberapa faedah yang telah dibuktikan termasuk:

Jangkitan saluran kencing (UTI)

10-14 kali lebih kurang kerana virus akan terkumpul dalam lebihan kulit sebelum merebak ke sistem saluran kencing.

Kanser alat kelamin

3-4 kali lebih kurang kerana kebanyakan kanser berlaku dalam kulit lebihan ini.

Penyakit kelamin

Mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis STD iaitu HIV, syphilis (2 kali ganda) dan chancroid (10 kali ganda).

Phimosis

Kulit lebihan tidak dapat kembali ke tempat asal apabila prosedur perubatan dilakukan. Ini menyebabkan bengkak di sekeliling zakar dan aliran darah tertahan serta menyebabkan tisu zakar mati jika tiada rawatan.

Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)

Keradangan hujung zakar dan mengeras. Ia jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik tetapi sekiranya sentiasa berulang, berkhatan dapat menghindari pengulangannya.

Terdapat beberapa risiko berkhatan yang sering disebut-sebut namun satupun belum dapat dibuktikan kesahihannya.

berkhatan

Prosedur Berkhatan
Prosedur berkhatan agak ringkas dan boleh dilakukan dengan beberapa cara.

Kaedah khatan konvesional atau 'dorsal slit'
Setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.

Kaedah 'laser'
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.

BERKAIT : Dilemma pilihan lampin 

Kaedah sepitan atau ‘clamp’
Kaedah ini telah digunakan oleh nenek-moyang kita di Malaysia, cuma perlatan untuk menyepit lebih moden dan boleh dipakai buang seperti 'Plastibell', Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. Ia mengurangkan kesakitkan, pendarahan, risiko jangkitan dan lebih cepat.

Berkhatan boleh dilakukan selepas beberapa hari bayi dilahirkan. Masa terbaik adalah hari ke-7 kelahiran dan ia wajib bagi lelaki Islam apabila telah baligh, dalam linkungan usia 15 tahun. Kebanyakan klinik dan hospital menyediakan servis berkhatan terutama bagi kanak-kanak berusia 7-15 tahun. Berbincang dengan doktor jika anda ingin melakukan khatan pada bayi.

 BERKAIT : Anak 3 lebih stress dari anak 4? 

Penjagaan selepas berkhatan
Ibubapa lebih memainkan peranan selepas berkhatan dalam memastikan perkara-perkara berikut:

Bersih dan kering
Hujung kepala zakar harus sentiasa kering 48 jam selepas berkhatan. Pastikan ia sentiasa bersih dengan mencuci ketika mandi. Elakkan penggunaan produk yang berbau wangi. Biarkan ia kering secara semulajadi.

Bagi bayi, zakarnya akan kelihatan kekuningan untuk 7-10 hari. Basuh dengan air setiap hari. Tukarkan lampin sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada air kencing dan najis. Jika zakarnya dibalut dengan kain gauze, tukar balutan baru setiap kali menukar lampin. Letakkan petroleum jelly pada balutan bagi mengelakkan ianya melekat pada zakar. Bagi anak-anak yang menggunakan ring plastik, ianya akan gugur sendiri selepas 5-8 hari.

Secara umunya, kulit zakar pada bayi akan pulih dalam 7-10 hari. Bagi kanak-kanak dan lelaki dewasa, pemulihan sepenuhnya mengambil masa 5 – 7 hari.

berkhatan, semua yang anda perlu tahu tentang berkhatan

Pengambilan ubat
Jika terasa sakit, ambillah ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen. Tanya doktor anda bagaimana ubat tersebut harus diberi kerana ada kanak-kanak yang belum pandai mengambil ubat berbentuk pill. Bagi anak-anak berusia 16 tahun ke bawah, jangan sekali-kali mengambil aspirin. Elakkan ubat atau krim sapuan yang tidak disarankan oleh doktor atau mudim.

Biarkan mereka berehat
Anak-anak perlu direhatkan sejurus selepas berkhatan. Jika boleh, biarlah mereka berbaring dalam 1-2 jam sebelum dibawa pulang. Elakkan menunggang basikal, motor atau menggunakan permainan yang boleh diduduki sehingga bengka surut sepenuhnya.

Berpakaian longgar
Zakar mungkin akan menjadi merah dan sedikit membengkak. Anak-anak mungkin lebih selesa dengan memakai pakaian yang longgar seperti kain pelikat. Mereka boleh mula memakai seluar yang longgar selepas 3-4 hari.

Bertemu doktor
Dapatkan nasihat doktor jika:
• pendarahan berterusan selepas 2-3 jam dikhatan.
• bengkak berterusan selepas 2 minggu
• sakit ketika buang air kecil beberapa hari selepas berkhatan
• bayi tidak kencing dalam masa 6-8 jam selepas berkhatan
• kemerah-merahan pada hujung zakar yang bertambah teruk selepas 3-5 hari

 

Rujukan:

All About Circumcision
Circumcision
Penjagaan selepas berkhatan
Hukum Berkhatan Lelaki dan Perempuan

 

Kongsikan pandangan anda tentang topik ini di ruangan komen di bawah! :)

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner