Makanan Berpantang: Jenis Makanan Pantang Yang Boleh Diambil & Menu Orang Berpantang 44 Hari

Makanan berpantang antara perkara yang penting selepas ibu bersalin bagi mempercepatkan proses pemulihan tubuh dan luka jahitan bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh selepas bersalin, sering disebut sebagai berpantang, adalah masa perubahan dan penyesuaian yang besar untuk ibu baru. Dalam tradisi Melayu, selepas melahirkan bayi ada banyak pantang larang perlu ibu ikuti. Antaranya adalah makanan berpantang.

Melahirkan bayi antara pengorbanan terbesar dalam kehidupan wanita. Ketika inilah tubuh anda mengalami perubahan fizikal dan hormon yang ketara. Dengan mengikuti makanan orang berpantang, ia dapat menyokong proses penyembuhan dan menyediakan tenaga yang diperlukan untuk menjaga bayi baru lahir. 

Makanan Berpantang Selepas Bersalin

Selepas melahirkan bayi, tubuh ibu berpantang amat memerlukan nutrisi yang mencukupi melalui makanan berkhasiat.  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan pengambilan makanan yang terbaik adalah mengikut sukatan ini – suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, separuh pinggan adalah sayur dan buah.

Ikan, ayam, daging dan telur mengandungi protein yang tinggi dan amat diperlukan untuk pembaikan tisu-tisu badan.

Sekiranya ibu terlalu mengikuti makanan pantang tradisional yang hanya nasi putih dengan ikan bilis atau ikan kering sahaja, sudah pasti nutrisi yang diperlukan tubuh tidak mencukupi.

Berapa Lama Tempoh Berpantang

Secara umumnya, wanita Melayu disarankan untuk berpantang di antara 40 hingga 55 hari. Manakala tempoh berpantang buat wanita berbangsa Cina dan India pula adalah 30 hari.

Amalan ibu berpantang pada zaman dahulu meliputi kesemua aspek kehidupan seharian seperti pemakanan, minuman, berpakaian dan juga kebersihan diri.

Namun, pada zaman ini amalan berpantang bagi wanita lepas bersalin masih ada yang relevan dan juga tidak relevan malah ada juga yang mendatangkan lebih banyak mudarat akibat penyakit yang berbeza berbanding zaman dahulu.

Makanan Orang Berpantang Yang Boleh Diambil

1# Ayam dan daging 

  • Ayam biasa, burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung.
  • Daging batang pinang, daging kurang lemak dan daging kambing.

2# Ikan 

  • Haruan, yu, selar, gelama, jenahak, merah, tenggiri, kurau, bawal putih, senangin, bilis dan salmon. 

3# Ulam-ulaman 

  • Halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, daun, ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kaduk, daun kesum, pudina, kari. 

4# Sayur-sayuran 

  • Ubi kentang, peria, sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam. 

5# Buah-buahan 

  • Buah anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina, blueberry, walnut. 

6# Makanan lain

  • Biskut, roti, nestum, oat, cornflakes, masakan panggang, rebus, kukus, bakar. 

7# Jenis minuman ibu berpantang

  • Air suam, pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu, air coklat, horlicks.

Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Berpantang

1# Ayam dan daging 

  • Kurangkan ayam dan daging yang di bahagian berlemak.

2# Ikan 

  • Ikan kering, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, parang, kembung, tamban, cencaru, tongkol, makanan laut seperti udang, ketam dan kerang PALING TAK BOLEH MAKAN.

3# Sayur-sayuran

  • Ubi kayu, kangkung, petola, terung, timun, tomato, kubis, seledri, terung, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, petola, terung, tomato, kubis, seledri, sayur keladi, pucuk ubi, kacang panjang, labu, kacang botol, petai, jering, cili padi, asam keping

4# Buah-buahan

  • Nenas, limau, buai lai, tembikai, kiwi, epal hijau, pear, pisang, jambu, belimbing, durian, mangga, betik,ciku, langsat, nangka, cempedak, ubi kayu, sengkuang, manggis dan kuinin.

5# Makanan yang diproses

  • Tempe, makanan daging yang diperoses, bihun, mee, kuey teow, laksa, masakan berminyak.

6# Minuman ais, sejuk

  • Air berais, air sejuk, bergas, tebu, cincau, kelapa muda, jus buah, cuka buah

Selain dari itu, senarai makanan dalam pantang yang anda boleh beli sebulan terus seperti lada hitam, lada putih, biji halba, kayu manis, cengkih, biji ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis. 

Lauk Pantang Dan Menu Orang Berpantang 44 Hari

Seiring peredaran waktu, ramai ibu atau confinement lady kreatif dalam menyediakan makanan ibu berpantang yang sedap dan memikat selera.

Justeru nanti tidaklah anda berasa bosan dan tertekan ketika melalui tempoh berpantang ini. Selain berkhasiat, ia juga boleh dinikmati seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut beberapa cadangan lauk pantang dan menu orang berpantang 44 hari yang boleh dicuba di rumah yang dikongsi oleh ahli kumpulan Masak Apa Hari Ini. Jangan malu untuk minta suami masakkan ya!

#1. Ayam kukus cuka

  • 1/3 ekor ayam bahagian dada
  • 2 sudu cuka
  • 2 inci halia |dihiris
  • 1 sudu lada hitam |tumbuk halus
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun pisang dan lidi untuk membungkus

Cara menyediakan makanan ibu berpantang

  1. Potong dada ayam kepada beberapa bahagian kecil. Gaulkan ayam dengan halia, garam, gula dan lada hitam serta cuka. Bungkus di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.
  2. Angkat dan sedia dinikmati.

#2. Sup siakap

  • Ikan siakap
  • rempah sup
  • halia
  • bawang putih
  • lada hitam
  • garam

Cara menyediakan makanan ibu berpantang:

  1. Tumis semua bahan macam biasa kecuali ikan.
  2. Apabila sudah naik bau, letak ikan balik-balikkan sekejap baru masuk air. Perasakan.
  3. Rebus hingga ikan masak.

#3. Gelama masak asam

  • Ikan gelama
  • bawang merah – potong dua
  • bawang putih-potong dua
  • halia
  • lada hitam
  • cili kering – potong serong
  • cili hidup
  • serai – diketuk
  • lada hitam
  • air asam jawa
  • garam, gula

Cara menyediakan makanan ibu berpantang:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ikan lumur bersama garam dan kunyit. Gorengkan
  2. Minyak yang sama, tumis kesemua bahan kecuali asam jawa.
  3. Bila dah naik bu dan layu masukkan air asam jawa. perasakan dengan garam dan gula. Reneh hingga kuah sedikit pekat

#4. Sup asam ala cina

  • Lobak putih
  • Lobak
  • Capsicum
  • Tauhu jepun
  • Telur
  • Bawang putih
  • Halia
  • Minyak bijan
  • Asam jawa

Cara menyediakan makanan ibu berpantang:

1.Tumis bawang putih dengan halia dalam minyak bijan
2.Masukkan air dan bahan lain yang telah di dadu
3.Masukkan tauhu jepun yang telah di cincang ke dalam sup
4.Masukkan air asam jawa sedikit dan perasakan dengan maggi secukup rasa
5.Pukul sebiji telur dan curah ke dalam sup

#5. Siakap stim

  • siakap
  • halia
  • bawang putih
  • lada hitam
  • perahan limau
  • serai-hiris

Cara menyediakan makanan ibu berpantang:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam bekas dan stimkan sehingga ikan masak.

#6. Daging lada hitam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • daging
  • lada hitam
  • sos tiram
  • kicap
  • halia
  • bawang putih

Cara masak makanan pantang bersalin:

  1. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan sedikit air. tumis hingga daging masak dan lembut.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sedikit kicap untuk warna dan lada hitam. perasakan dengan sedikit gula.

#7. Ayam masak halia

  • ayam
  • halia
  • sos tiram
  • gula

Cara masak makanan pantang bersalin:

  1. Tumis halia dan ayam sehingga masak.
  2. Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air.
  3. Tumis hingga semuanya masak sepenuhnya dan sedia dihidang.

#8. Ikan bakar berempah

  • Ikan
  • bawang putih -tumbuk
  • Bawang merah – tumbuk
  • halia – tumbuk
  • kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • garam
  • lada hitam

Cara masak makanan pantang bersalin:

  1. Lumurkan semua bahan pada ikan
  2. Bakar ikan sehingga masak

#9. Singgang ikan

  • Ikan
  • Bawang putih – kisar
  • Bawang merah – kisar
  • halia – kisar
  • kunyit – kisar
  • serai -di titik
  • Air
  • sedikit air asam jawa
  • Lada hitam
  • Garam

Cara masak makanan pantang bersalin:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali ikan) dalam periuk sehingga air mendidih
  2. Masukkan ikan dan biarkan ia masak

#10. Ikan selar goreng bawang

  • Bawang
  • Lada hitam kasar
  • Ikan selar

Cara masak makanan pantang bersalin:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1.Gorengkan ikan selar dan asingkan
2.Tumis bawang sebanyak cinta anda kepada suami dan perasakan dengan garam
3.Taburkan lada hitam kasar. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam pegaga

#11. Ikan merah tumis bawang

  • Ikan merah
  • Bawang

Cara masak makanan pantang bersalin:

  1. Gorengkan ikan merah dan toskan
  2. Tumis bawang dan perasakan dengan garam dan perasa
  3. Masukkan ikan merah yang telah digoreng

#12. Hati ayam masak lada hitam

  • Hati ayam
  • Kentang
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Lada hitam

Cara masak makanan pantang bersalin:

  1. Goreng kentang dan hati ayam. Toskan
  2. Tumiskan bawang, bawang putih dan masukkan bahan yang telah digoreng tadi
  3. Masukkan sedikit lada hitam dan perasakan

Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan

Makanan untuk orang berpantang pembedahan adalah bergantung pada jenis pembedahan yang dilakukan dan keadaan kesihatan individu.

Berikut adalah beberapa garis panduan umum tentang makanan untuk orang berpantang pembedahan yang perlu dipertimbangkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Protein: Protein penting untuk pemulihan tisu badan. Sumber protein seperti ayam, ikan, daging merah rendah lemak, telur dan produk tenusu rendah lemak boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Serat: Serat membantu mengekalkan pencernaan yang sihat. Sayur-sayuran segar, buah-buahan dan bijirin penuh (cth. beras perang, quinoa) adalah sumber serat yang baik. 
  • Vitamin dan mineral: Pastikan anda mendapat vitamin dan mineral penting yang mencukupi untuk menyokong penyembuhan, seperti vitamin C, vitamin D, kalsium dan zat besi. Ambil makanan kaya dengan nutrien ini, seperti sayur-sayuran berdaun hijau, oren, ikan berlemak, dan produk tenusu rendah lemak.
  • Air: Kekal terhidrat adalah kunci. Minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi, yang boleh melambatkan proses penyembuhan. Elakkan minuman beralkohol dan soda.
  • Elakkan makanan pedas dan berlemak: Makanan pedas dan berlemak boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam sistem penghadaman. Sebaiknya elakkan makanan ini semasa berpantang.
  • Makan bahagian kecil: Makan bahagian kecil dengan kerap boleh membantu mengelakkan perut kembung dan senak.

Kenapa Orang Berpantang Tak Boleh Makan Makanan Berminyak

Orang berpantang sering dinasihatkan untuk mengelakkan makanan berminyak semasa dalam tempoh berpantang. Berikut adalah beberapa sebab kenapa orang berpantang tak boleh makan makanan berminyak:

  1. Pencernaan: Ketika ibu dalam pantang, sistem pencernaan mereka mungkin lebih lemah daripada biasa. Makanan berminyak dan berlemak mungkin memerlukan lebih banyak tenaga untuk dihadam, yang mungkin tidak sesuai dengan badan yang baru sahaja melalui proses bersalin.
  2. Gangguan pada badan: Makanan berminyak boleh menyebabkan gangguan kepada badan yang sedang pulih daripada proses bersalin. Ia boleh memberi tekanan tambahan pada hati dan pankreas untuk menghasilkan enzim pencernaan dan menghadkan pemulihan.
  3. Berat badan: Makanan berminyak selalunya mengandungi lebih banyak kalori, yang menyebabkan penambahan berat badan tidak diingini semasa berpantang. Ramai ibu berpantang mungkin ingin mengelakkan kenaikan berat badan yang berlebihan atau cuba kembali ke berat asal selepas bersalin.
  4. Kesihatan bayi: Sesetengah makanan berminyak atau pedas boleh menjejaskan bayi melalui susu ibu. Oleh itu, mengelakkan makanan berminyak boleh membantu memastikan bayi tidak mengalami ketidakselesaan atau masalah.

Sayur Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

  • Lobak putih
  • Lobak merah
  • Sawi
  • Ubi Kentang
  • Salad
  • Tomato
  • Peria
  • Brokoli
  • Kailan
  • Kucai
  • Bayam
  • Kuaci Labu /kuaci bunga matahari

Walau bagaimanapun elakkan dari mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Makanan Ringan Untuk Ibu Berpantang

credit: serious eats

Makanan ringan untuk ibu berpantang yang sihat menyediakan nutrien dan tenaga diperlukan untuk menyokong pemulihan dan penyusuan.

Berikut adalah beberapa idea makanan ringan untuk ibu berpantang:

  1. Lactation cookies: Biskut laktasi dapat menggalakakn penghasilan susu badan yang lebih banyak. Ia biasanya mengandungi bahan-bahan seperti oat, biji rami, dan fenugreek yang dianggap membantu bekalan susu.
  2. Coklat gelap: Memandangkan tempoh berpantang adalah memenatkan, ibu boleh ambil coklat gelap secara sederhana bagi meningkatkan mood dan melepaskan tekanan. Jika anda menyusukan bayi, ambil perhatian bahawa coklat gelap mengandungi sedikit kafein. Sesetengah bayi mungkin sensitif terhadap kafein, jadi pantau reaksi bayi anda. 
  3. Yogurt Yunani: Yogurt Yunani tinggi protein dan juga mengandungi probiotik, yang boleh menyokong kesihatan pencernaan. Anda boleh menambah sedikit madu atau beberapa buah segar untuk rasa tambahan.
  4. Kacang: Badam, walnut, dan pistachio adalah sumber lemak, protein dan serat yang sihat. Sebilangan kecil kacang boleh menjadi makanan ringan untuk ibu berpantang yang enak dan meningkatkan tenaga.
  5. Roti Bakar Bijian Penuh: Roti bakar bijirin teratas dengan hirisan avokado, tomato atau telur rebus untuk snek yang memuaskan dan sihat.
  6. Oatmeal: Semangkuk oatmeal hangat boleh menjadi snek yang selesa dan berkhasiat. Anda boleh menambah buah, kacang dan sedikit madu untuk rasa lebih sedap.

Makanan Orang Berpantang Keguguran

Keguguran adalah kehilangan janin sebelum usia kandungan mencapai 20 minggu atau sebelum berat janin 500 gram atau lebih. Selepas keguguran, adalah penting untuk memberi perhatian khusus kepada pemulihan fizikal dan emosi.

Berikut adalah beberapa panduan makanan orang berpantang keguguran:

Makanan orang berpantang keguguran yang boleh diambil:

  • Makanan Kaya Nutrien: Secara umumnya, makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan, protein tanpa lemak, dan bijirin penuh adalah penting untuk pemulihan badan.
  • Zat besi: Kehilangan darah semasa keguguran boleh menyebabkan kekurangan zat besi. Makanan seperti daging merah, ikan, telur dan sayur-sayuran berdaun hijau mengandungi zat besi yang boleh membantu mengatasi kekurangan ini.
  • Asid Folik: Makanan yang kaya dengan asid folik seperti sayur-sayuran berdaun hijau, oren, kacang, dan bijirin yang diperkaya boleh membantu dalam proses pemulihan.
  • Kalsium: Kalsium penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Susu, yogurt dan produk tenusu lain adalah sumber kalsium yang baik.

Makanan orang pantang keguguran yang tidak boleh diambil:

  • Makanan Tinggi Lemak: Makanan tinggi lemak boleh menyebabkan masalah penghadaman dan tidak disyorkan semasa tempoh berpantang.
  • Makanan Lemak Tepu: Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, seperti makanan segera dan makanan yang diproses.
  • Makanan yang Menyebabkan Angin: Makanan yang boleh menyebabkan angin seperti kubis dan kekacang boleh mengganggu penghadaman dan sebaiknya dielakkan.
  • Minuman Beralkohol dan Kafein: Kafein dan alkohol boleh menjejaskan kesihatan dan keseimbangan hormon anda, jadi sebaiknya dielakkan.
  • Makanan Pedas: Makanan pedas boleh menyebabkan kerengsaan perut, jadi mereka dinasihatkan untuk dielakkan.

Kenapa Perlu Berpantang

Berpantang ini merupakan tempoh ekslusif bagi wanita untuk memperbaiki segala ‘kerosakan’ dalam tubuh badan selepas melahirkan anak.

Memetik laporan Harian Metro, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan Metro IVF iaitu Dr Pravin Peraba berkata berpantang adalah salah satu rawatan tradisional dan menjadi tradisi bagi wanita yang melahirkan bayi1.

Tujuan berpantang adalah untuk menyembuh dan memulihkan tenaga dan kesihatan dalam tempoh tertentu. Mengikut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), berpantang bermula satu jam selepas ibu melahirkan bayi2.

Tapi, ibu baru lepas bersalin perlu tahu peraturan makanan ketika berpantang ini supaya tak meroyan, sakit-sakit badan, tubuh menjadi lesu dan lain-lain. 

Kesimpulannya dalam tempoh berpantang, menjaga badan anda melalui pemakanan yang betul adalah penting untuk pemulihan dan keupayaan diri untuk menjaga bayi baru lahir.

Fokus pada diet seimbang yang kaya dengan protein, zat besi, kalsium, asid lemak omega-3, serat, dan pelbagai vitamin dan mineral.

Dengan meningkatkan kesihatan diri melalui pemakanan yang berkhasiat, anda boleh cepat sembuh dan mendapatkan semula kekuatan dalam melalui perjalanan kehidupan sebagai ibu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh

Baca juga: Faktor Penting Dalam Berpantang, Ini Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu, Elak Bentan!