Tanda kanser rahim atau kanser serviks mungkin sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Tahukah anda ia merupakan kanser paling tinggi penyebab kerosakan organ pembiakan wanita? Akan tetapi, kanser rahim (atau kanser serviks) juga sering dikelirukan sebagai kanser ovari.
Apa yang membezakan kedua-dua kanser ini ialah di mana sel kanser ini berlaku. Kanser rahim melibatkan serviks bahagian tengah dan atas rahim. Manakala kanser ovari melibatkan ovari, organ pembiakan yang berada di sebelah rahim.
Baca juga: Doktor Kongsi Kisah Pesakit Merana Kanser Tahap 4, Suami Pula Tidak Izin Buat Pembedahan
Bagaimana tanda kanser rahim boleh terjadi?
Mengapa ramai wanita keliru kanser rahim atau kanser ovari? Sebenarnya, ia mungkin disebabkan beberapa simptom kanser rahim yang seakan sama dengan kanser ovari. Tapi jangan risau, hari ini kami akan bawakan kepada anda 13 tanda kanser rahim agar anda tahu membezakan antara kedua-dua kanser yang mengelirukan ini.
Namun sebelum itu, mari fahami mengapa kanser rahim terjadi.
Kanser rahim terjadi mungkin kerana peningkatan hormon estrogen dalam badan. Berikut antara beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian kanser rahim:
- Pengambilan hormon estrogen dalam terapi
- Obesiti
- Sindrom polycystic ovarian
- Pengambilan ubat tamoxifen
- Tidak pernah mengandung
- Mula datang haid pada usia yang muda
- Haid berhenti pada lewat usia
- Pengambilan alkohol
13 tanda kanser rahim pada peringkat awal
Jangkitan human papillomavirus (HPV) juga antara faktor risiko utama untuk kanser rahim. Gejala kanser rahim terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pada peringkat awal, peringkat sederhana dan peringkat lanjut.
Jom lihat apakah tanda kanser rahim berdasarkan 3 peringkat ini.
Pada peringkat pertama, amat sukar untuk melihat simptom kanser rahim. Tapi, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan melakukan pemeriksaan sel HPV dalam rahim.
Simptom kanser rahim peringkat sederhana
Gejala kanser rahim akan semakin jelas pada peringkat sederhana. Antara tanda-tandanya ialah:
#1 – Sakit ketika melakukan hubungan seks
Jika anda mengalami rasa sakit yang berlebihan ketika berhubungan intim, anda perlu mendapatkan pandangan pakar. Ini merupakan salah satu tanda kanser rahim.
#2- Pendarahan atau keluar cecair tidak normal dari faraj
Pendarahan tidak normal ini bermaksud mungkin berlaku sebelum tempoh haid atau selepas berhubungan seks pada bila-bila masa.
Cecair yang keluar dari faraj juga antara tanda kanser rahim yang paling selalu terjadi. Cecair ini mungkin berbau kurang menyenangkan, termasuk dengan darah atau dalam bentuk keputihan.
#3- Rasa sakit ketika kencing
Jika anda rasa pedih dan seolah-olah terbakar ketika kencing, hati-hati! Ia mungkin tanda kanser rahim.
Namun, tanda ini juga mungkin bermaksud anda terkena jangkitan penyakit kelamin, masalah pundi kencing dan jangkitan yis.
#4- Rasa sakit ari-ari
Ramai yang mengalami rasa sakit di ari-ari atau bahagian bawah abdomen. Namun mereka menganggap ia sebahagian sakit biasa.
Sedangkan sakit ini mungkin tanda kanser rahim!
#5- Haid yang terlalu lama dengan darah yang banyak
Sangat tidak normal jika anda perlu menukar pad setiap 2 jam sekali akibat pendarahan haid yang terlalu banyak. Ia mungkin disebabkan penyakit polip, fibroid, ketidakseimbangan hormon atau endrometriosis.
Apapun, dapatkan pandangan doktor pakar dengan segera.
Tanda-tanda kanser rahim yang lain
Jika pada peringkat sederhana, anda dapat menemui tanda-tanda awal kanser rahim yang melibatkan kelainan pada fungsi organ, kali ini di peringkat lanjut, anda akan melihat tanda fizikal yang sangat berbeza.
Antara perubahan fizikal yang anda akan alami ialah:
- Kehilangan berat badan secara tiba-tiba
- Selalu keletihan
- Hilang selera makan
- Sakit pada tulang
- Kaki membengkak
- Sakit pada bahagian kaki
- Selalu terkeluar air kencing dari faraj secara tiba-tiba
- Sakit punggung
Jika memiliki gejala kanser rahim ini, apa yang patut saya buat?
Dapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar dalam kadar segera! Untuk melihat ketumbuhan dalam rahim, terdapat beberapa prosedur yang akan dijalankan.
Antaranya ialah imbasan ultrasound, hysteroscopy – prosedur memasukkan kamera ke dalam rahim, x-ray dada dan CT scan.
Rawatan untuk kanser rahim pula bergantung pada tahap mana kanser tersebut sudah merebak. Antara rawatan paling utama ialah membuang sel kanser terbabit dari badan.
Ia kemudiannya diikuti dengan kemoterapi dan radioterapi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: OCRFA, E-Diagnosa
Baca juga: Wanita WAJIB Jaga Rahim Dengan Baik, Ini 7 Makanan Mencegah Penyakit Rahim Anda!