X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sebab Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

4 min bacaan
Sebab Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh JangkaanSebab Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

Tarikh jangkaan bersalin bagi setiap anak mungkin berbeza dengan tarikh yang dimaklumkan oleh doktor ketika melakukan pemeriksaan. Kenapa ia boleh berlaku?

Perkara pertama yang anda akan tahu semasa melakukan pemeriksaan kehamilan pertama ialah tarikh jangkaan bersalin. Dari situ anda mula merancang bila hendak membeli barang-barang bayi.

Bukan itu saja, ibu juga mula mencari dan menempah tukang urut dan sebagainya. Tapi ramai juga tidak bersalin mengikut tarikh yang dijangka. Ini mengundang persoalan mengapakah tarikh bersalin boleh berubah?

Baca juga: Anggaran Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan, Para Ibu Wajib Semak Sebelum Due Date!

Tarikh bersalin berubah, patutkah ibu hamil risau?

Jangan terlalu risau, tarikh bersalin hanyalah jangkaan dan ia memang boleh berubah. Berikut adalah 4 sebab utama mengapa tarikh bersalin berubah:

1 – Haid yang tidak teratur

tarikh bersalin berubah

credit to sources

Untuk menjangka tarikh bersalin anda, doktor akan bertanya bilakah tarikh hari pertama haid anda sebelum hamil. Bagi wanita yang mempunyai haid tidak teratur, mengira semula bila hari pertama haid mungkin agak sukar.

Ini kerana kitaran haid mereka tidak tetap dan ia mungkin mempunyai bilangan hari yang berbeza.

Selalunya mereka mempunyai kitaran haid melebihi 28 hari. Mengapa kitaran haid mempengaruhi tarikh bersalin? Ini kerana tarikh jangkaan bersalin dipengaruhi oleh kitaran haid.

Bagi wanita mempunyai kitaran haid 28 hari, ovulasi akan terjadi 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya. Tapi jika kitaran tidak teratur seperti kitaran 33 hari, ovulasi mungkin terjadi pada hari ke-18.

Untuk mengelakkan kekeliruan, doktor akan mencadangkan imbasan ultrasound semasa trimester pertama untuk menjangka umur janin.

2 – Ukuran latar belakang bayi yang tidak menentu

Semasa pemeriksaan doktor, ukuran latar belakang bayi berdasarkan saiz rahim anda. Ini akan membantu memberikan jangkaan tarikh bersalin yang lebih jelas.

Jika anda mempunyai bayi yang lebih besar atau kecil dari biasa, jangkaan tarikh bersalin mungkin boleh berubah-ubah. Selepas mengambil ukuran, doktor akan mengubah tarikh jangkaan bersalin jika perlu.

3 – Imbasan ultrasound di trimester kedua

tarikh bersalin tidak tepat

credit to sources

Satu kajian oleh American Journal of Obstetrics and Gynecology mendapati imbasan semasa trimester (sebelum minggu ke 13 kehamilan) pertama adalah lebih tepat untuk menjangka tarikh bersalin.

Jika kehamilan anda adalah dari IVF, doktor akan mengambil kira umur embrio dan tarikh ia dipindahkan untuk mengira tarikh jangkaan bersalin.

4 – Tahap Alpha fetoprotein tidak normal

Tahap alpha fetoprotein (AFP) merupakan protein yang dikeluarkan oleh hati dan kantung bayi yang sedang membesar. Ia selalunya di ukur di antara minggu 14 dan minggu 22 kehamilan.

Sekiranya tahap AFP tinggi, ia bermakna tarikh jangkaan bersalin anda tidak tepat. Di dalam kes tertentu, ia bermakna, bayi anda mungkin mempunyai genetik yang tidak normal.

Kiraan jangkaan tarikh bersalin yang tidak tepat kadang-kala boleh mendatangkan keresahan buat ibu bapa.

Tetapi apa pun, sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa, anda perlu bersedia untuk apa yang tidak dijangka. Ini kerana bukan semuanya akan terjadi seperti apa yang kita rancang.

Tetapi apa pun yang penting ialah anda bakal menerima kedatangan orang baru yang akan memenuhi hati anda dengan kasih sayang.

Persediaan penting sebelum bersalin

punca due date berubah
Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

credit to sources

#1. Memastikan barang keperluan bayi mencukupi seperti pakaian, lampin pakai buang, bedung, selimut, stokin, set barang mandian, set tempat tidur dan set perubatan.

#2. Memilih tempat untuk bersalin yang dekat dengan rumah dan mengikut bajet anda.

#3. Merancang lebih awal untuk memohon cuti dari majikan mengikut tarikh jangkaan bersalin.

#4. Tentukan sama ada anda ingin berpantang di rumah sendiri, mak mentua atau rumah ibu ayah agar tidak kelam-kabut nanti.

#5. Menggunakan perkhidmatan bidan menjaga ibu berpantang atau confinement lady. Ini adalah penting bagi membolehkan anda bertungku, berurut, bertangas, masak makanan berpantang dan mengurus bayi dengan sebaiknya.

#6. Sediakan keperluan selepas bersalin seperti pakaian yang longgar dan selesa agar ibu mudah bergerak, pad maternity dan bra menyusu.

#7. Mengetahui tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kerap, turun darah, pecah air ketuban dan berlakunya sakit perut seolah-olah ingin membuang air besar.

Sumber: theAsianparent Singapore, What to Expect, Healthline, ACOG

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Keperluan Selepas Bersalin Juga Penting, Ibu Semak Item Ini Supaya Nanti Tak Kalut!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Sebab Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan
Kongsikan:
  • 4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

    4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

  • Memilih Tarikh Untuk Bersalin: Ya Atau Tidak?

    Memilih Tarikh Untuk Bersalin: Ya Atau Tidak?

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • 4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

    4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

  • Memilih Tarikh Untuk Bersalin: Ya Atau Tidak?

    Memilih Tarikh Untuk Bersalin: Ya Atau Tidak?

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.