X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tips Cari Kerja Kena Sesuai Dengan Kelayakan, Paling Penting Jangan Terlalu Memilih!

4 min bacaan
Tips Cari Kerja Kena Sesuai Dengan Kelayakan, Paling Penting Jangan Terlalu Memilih!

Tips cari kerja pada masa kini hendaklah memenuhi syarat dan pencapaian akademik anda. Meskipun memiliki ijazah, ia tidak bermakna mudah mendapat pekerjaan

Sejak dari dulu lagi, ramai orang selalu mengatakan lebih tinggi kelulusan seseorang, maka lebih mudah untuk mendapat pekerjaan yang bagus. Hakikatnya, bukan mudah untuk cari kerja pada zaman sekarang, apatah lagi selepas Covid-19 yang melanda dunia. Justeru ketahui ada beberapa tips cari kerja bersesuaian dengan pencapaian akademik anda.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang kini bekerja di landasan yang sama sekali tidak berkaitan dengan apa yang dipelajarinya selama ini. Usahanya untuk cari kerja kerapkali tersasar menyebabkan dia tidak lagi memilih pekerjaan, asalkan kerjanya halal dan boleh membantu mendapatkan rezeki.

Baca juga: Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya

Tips cari kerja: lulusan PHD hanya bekerja sebagai penghantar makanan 

cari kerja

Dalam sebuah laman confession Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, seorang pemegang PhD telah meluahkan kemurungannya akibat menganggur walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi dalam pelajaran. Dia berkata, sebab utama syarikat menolak untuk mengambilnya bekerja adalah kerana overqualified! 

“Saya menamatkan PhD saya pada 2017, dan bidang penyelidikan saya adalah Bioproses. Sejujurnya, saya telah mencari diploma untuk pekerjaan peringkat PhD selama 2 tahun sekarang, tetapi masih, saya gagal mendapat apa-apa. Alasan mengapa syarikat-syarikat ini menolak saya, adalah saya terlalu tinggi untuk pekerjaan itu, “

Dia juga telah cuba membuang gelaran PhD dan Sarjana dari resumenya, tetapi nampaknya cara itu juga tidak berhasil kerana jarak kekosongan 8 tahun dipertikaikan. Jadi apabila dia terpaksa memberitahu tentang Sarjana dan Phd, pihak syarikat serta-merta akan menolaknya atas alasan yang sama.

tips temuduga

“Saya seorang lelaki berusia hampir 32 tahun, tanpa pekerjaan yang stabil atau pendapatan yang stabil. Saya berasa kasihan untuk ibu bapa saya. “

Oleh kerana kelulusannya terlalu tinggi untuk mendapat pekerjaan, dia terpaksa bekerja sebagai penunggang penghantaran GrabFood untuk mencari nafkah. Tambahnya lagi, pekerjaannya bukan sebab dia merasa murung tetapi ia lebih kepada rasa tanggungjawabnya kepada keluarga.

“Tolong rancang hidup anda dengan bijak. Banyak perkara telah berubah sekarang. Pengetahuan bukan hanya semata-mata di Universiti, malah juga boleh didapati di kilang, pejabat dan juga di jalanan. Ingat, apabila anda bekerja, orang di sekeliling anda akan mendapat manfaat daripada kerja keras anda.”

5 tips cari kerja: Ini yang perlu anda lakukan sekiranya tidak dapat pekerjaan yang diimpikan

Walaupun anda mencuba yang terbaik, namun masih tidak dapat mencari pekerjaan. Jangan terus menyalahkan diri sendiri dan tetapi teruskan berusaha dan mungkin akan ada pekerjaan yang bersesuaian walaupun bukan dalam bidang anda.

Ini mungkin menyebabkan kekecewaan tetapi jangan putus asa ya. Berikut adalah beberapa petua tentang apa yang perlu dilakukan apabila anda tidak dapat mencari pekerjaan.

#1 Rehat sebentar

Berhenti seketika dari mencari pekerjaan dan berikan peluang untuk diri berehat. Apabila anda sudah mula bersemangat semula, lengkapkan resume dan mula mencari pekerjaan, kali ini dengan lebih bertenaga!

#2 Bersedia untuk merantau

kerja grab

Sesetengah orang akan berpindah ke bandar, negeri, malah negara yang berlainan untuk mencari kerja di dalam bidang yang diingini.

Jangan mengharapkan untuk bekerja di tempat berdekatan rumah sahaja kalau mahu pilihan kerja berdasarkan kelulusan anda.

#3 Membina perhubungan

Networking masih menjadi salah satu cara terbaik untuk bertemu dengan orang baru dan menjana petunjuk baru. Jangan malu untuk berkawan dan menghulurkan perkenalan dengan orang baru kerana mereka mungkin boleh memerlukan khidmat anda dalam aspek pekerjaan.

#4 Pertimbangkan industri lain

Anda mungkin akan menikmati bidang kerjaya baru lebih daripada yang anda fikirkan malah terkejut dengan pelbagai kemahiran baru yang akan diperolehi. Yang pastinya, perubahan karier dapat menjadikan pengalaman kerja anda sesuatu yang lebih menarik dan lebih fleksibel.

#5 Berlatih cara menghadapi proses temuduga 

Anda boleh berlatih dengan rakan-rakan, keluarga, atau pencari kerja yang lain yang mungkin dapat menawarkan tip-tip mengenai apa yang memerlukan penambahbaikan.  Apabila tiba masanya untuk anda ditemuduga, pastinya anda lebih bersedia dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Semoga berjaya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: worldofbuzz

Baca juga: Isteri Bekerja Amat Perlukan Bantuan Suami, Sama-Samalah Penat Agar Anak Tidak Terabai!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Tips Cari Kerja Kena Sesuai Dengan Kelayakan, Paling Penting Jangan Terlalu Memilih!
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham