Ini Akan Berlaku Pada Tubuh Anda Lepas Bersalin Dalam Tempoh 24 Jam, 7 Hari & 1 Tahun

Apa yang berlaku pada tubuh anda selepas melahirkan bayi? Ini beberapa perkara yang anda perlu tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu yang baru bersalin kadang-kadang tidak tahu tips kesihatan wanita yang tepat selepas melahirkan anak.

Ini kerana tubuh setiap orang dan pengalaman mereka adalah berbeza. Bahkan cara anda bersalin juga tidak sama seperti berapa lama kontraksi, berapa lama duduk dalam wad bersalin, melahirkan secara normal atau czer dan sebagainya.

Namun tak usah gentar lagi kerana dalam artikel ini, kami akan terangkan lebih jelas tentang tips kesihatan wanita selepas melahirkan bayi dan proses pemulihan bermula dari jam pertama, hari, minggu dan setahun selepas bersalin.

Pada jam pertama selepas melahirkan

Kredit: East Idaho News

Sekiranya anda bersalin secara normal, doktor akan meletakkan bayi atas dada ibu untuk proses sentuhan kulit ke kulit.

Kemudian, doktor akan memeriksa dinding perineum dan vagina anda supaya ia dalam keadaan baik. Selepas itu denyutan nadi dan tekanan darah akan diperiksa juga.

Manakala kelahiran czer pula, anda mungkin menerima antibiotik bagi mengurangkan risiko jangkitan dan oxytocin bagi mengawal pendarahan. Malah tekanan darah dan nadi juga akan diperiksa dengan kerap.

24 jam selepas melahirkan

Perasaan anda selepas 24 jam melahirkan adalah bergantung pada faktor persalinan sama ada bersalin czer atau normal. Berikut adalah perkara yang mungkin terjadi pada anda.

#1. Pendarahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa melalui fasa ini, doktor atau jururawat mungkin mengesyorkan anda memakai 2 ke 3 pad selepas bersalin supaya dapat menampung darah nifas yang sedikit berat dalam satu masa.

Darah nifas ini akan berlangsung selama 4 hingga 6 minggu. Manakala pendarahan berat akan berlaku dalam tempoh tiga hingga 10 hari selepas bersalin.

#2. Kejang

Sekiranya anda menyusu, kekejangan ini mungkin berlaku lebih kerap kerana pengucupan rahim selepas melahirkan.

Ini kerana semasa bayi menghisap payudara ia mencetuskan pelepasan hormon oxytocin yang menyebabkan kontraksi sekaligus membantu rahim mengecut ke saiz normal.

#3. Kesakitan

Sekiranya anda bersalin normal mungkin vagina anda membengkak dan tidak selesa dalam masa 24 jam. Ia memerlukan masa untuk sembuh.

Walau bagaimanapun anda boleh mengurangkan kesakitan itu dengan duduk di atas bantal, sejukkan luka dengan pek ais selama 20 minit, tanya doktor sekiranya ada ubat semburan dan buat senaman kemutan.

#4. Menyusu

Payudara akan menghasilkan kolostrum iaitu cecair kuning yang melekat dengan nutrien dan antibodi bagi membantu bayi membina sistem imun yang kuat.

#5. Penurunan berat badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan wanita selepas bersalin kehilangan 6 kilogram berat termasuk berat bayi, plasenta dan cecair amniotik.

Manakala rahim, otot perut dan kulit mengambil masa sedikit untuk kembali normal.

#6. Perubahan mood

Melahirkan anak boleh mencetuskan perubahan hormon secara tiba-tiba kerana anda akan mengalami banyak kekurangan waktu tidur. Namun, anda harus menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan lambat laun ia akan kembali normal.

Minggu pertama selepas melahirkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di minggu pertama selepas bersalin, mungkin anda akan berasa sangat penat namun ibu perlu dapatkan rehat yang secukupnya dan mengambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti gandum, daging, ayam dan pasta. Juga hadkan makanan manis dan berlemak.

Jika bersalin czer, pastikan pergerakan anda perlahan supaya tidak menyakitkan tempat luka pembedahan. Perlu diingatkan elak mengangkat benda berat yang amat berbahaya bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Selepas seminggu juga payudara akan mengalami pembengkakan kerana diisi dengan susu. Jadi, pastikan anda menyusukan anak dan pam payudara mengikut jadual yang tepat. Jika ada sebarang pertanyaan dapatkan bantuan dari jururawat atau doktor.

Dari sudut kesihatan mental pula, jangan pendam perasaan letih, sedih dan sebagainya secara berseorangan diri tapi sila kongsikan ia dengan suami atau ibu anda.

Jika mengalami perubahan mood yang teruk seperti letih melampau, hilang selera makan, tidak gembira dan lain-lain anda mungkin mengalami kemurungan jadi sila berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat.

Tahun pertama selepas melahirkan anak

Kredit: Freepik

Menjelang enam minggu, darah nifas anda mungkin telah berhenti. Kemudian doktor akan teliti kejayaan pemulihan tubuh anda seperti luka bersalin yang elok, penyusuan yang lancar, boleh menjaga bayi dengan baik dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, tips kesihatan wanita yang anda perlu ingat selalu ialah anda perlu mengelak angkat barang berat kerana ia mungkin menyakitkan parut pembedahan anda jika bersalin secara czer.

Malah anda juga mungkin mengalami rambut gugur sekitar enam bulan selepas bersalin jadi anda perlu dapatkan makanan yang bernutrisi dan banyakkan makan buah serta sayur.

Namun begitu, menjelang akhir cuti bersalin anda mungkin cemas untuk kembali bekerja dan rasa ralat untuk menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska tapi perkara ini boleh dibicangkan dengan baik bersama suami mengenai penjagaan anak yang terbaik.

Pun begitu, pastikan pengasuh atau taska yang anda ingin hantar anak itu dalam senarai mereka yang terbaik dan berdaftar dengan kerajaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sertai komuniti dalam aplikasi theAsianparent

Bagi menyokong ibu baru dan memberi bimbangan kepada mereka anda boleh download aplikasi theAsianparent dalam Google Store anda. Di sini anda boleh bertanyakan soalan, mendapatkan pandangan dari rakan ibu bapa dan menjejaki perkembangan anak.

Banyak sebenarnya maklumat yang anda boleh perolehi dalam aplikasi theAsianparent ini. Jom ibu download ia sekarang!

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: Penulis asal Jaya dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penjagaan Diri Selepas Bersalin Amat Penting, Ini 7 Tips Mudah Bantu Ibu Segera Sembuh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan