5 Jenis Urutan Sesuai Lepas Bersalin, Elak Urutan 'Sengkak' Yang Menyiksa Badan!

Urutan badan lepas bersalin bantu buat ibu relaks, tapi mesti ada ibu yang pernah ada pengalaman urutan sengkak dan tahu seksa dan mengilunya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urutan badan selepas bersalin memang membantu buat ibu relaks. Tetapi ia bukanlah urutan menyakitkan yang boleh membuatkan ibu lepas bersalin jadi lagi stres.

Pasti ada ibu lepas bersalin yang pernah dengar mengenai urutan sengkak. Urutan sengkak biasa dilakukan tukang urut dan dikatakan berkesan untuk mengecutkan rahim dan menaikkan semula rahim ke tempat asalnya.

Tidak tahulah sejauh mana betulnya andaian itu, tetapi dengan arus dan teknologi perubatan yang semakin moden sekarang ini, menurut doktor urutan mengecutkan rahim tidak perlu lagi. 

Urutan Badan Lepas Bersalin Bantu Ibu Relaks

Menurut pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin, perbuatan mengecutkan rahim ini adalah bagi mengurangkan risiko pendarahan kepada ibu hamil.

Katanya, ketika zaman dulu, apa nenek moyang kita terpaksa buat selepas ibu bersalin adalah mereka mesti mengurut rahim berhari-hari untuk membantu rahim mengecut walaupun ini memberi kesakitan kepada ibu-ibu.

Tetapi kini, ibu yang bersalin di hospital akan diberikan suntikan untuk mengecutkan rahim disebabkan itu kurang masalah pendarahan seperti yang dialami oleh ibu zaman dulu.

Jadi disebabkan itulah, zaman sekarang ibu yang pulang dari hospital selepas bersalin, tidak perlu urut-urut rahim. 

Tiada keperluan lagi untuk ibu-ibu lepas bersalin di hospital untuk diurut sakit-sakit kerana mereka sudah pun diberikan suntikan untuk mengecutkan rahim untuk elakkan pendarahan.

Pendarahan ini bahaya kerana ibu kehilangan haba dari badan ibu melalui pendarahan itu dan ibu akan kesejukan.

Kita tidak boleh membenarkan ibu kesejukan selepas pendarahan yang teruk sekiranya tiada transfusi darah, sebab kesejukan badan ini (hypothermia) boleh menyebabkan darah menjadi cair (DIVC) dan lebih pendarahan lagi, dan kesejukan badan ibu boleh mengganggu fungsi organ dalaman.

Kegagalan organ dalaman selepas pendarahan yang teruklah sebabnya ibu meninggal dunia.

Berurut Untuk Buat Ibu Relaks Adalah Lebih Baik

Kami kongsikan di sini, kebaikan berurut selepas bersalin. Pasti anda tertanya-tanya mengapa ramai yang mahu berurut lepas bersalin:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Lancarkan perjalanan darah

Melancarkan perjalanan darah dalam badan antara kelebihan urut selepas bersalin. Urut selepas bersalin ini dapat meningkatkan lagi pengaliran darah.

Maka, ini akan membolehkan ibu mendapat lebih banyak oksigen yang disalurkan pada tubuh badan.

#2. Betulkan urut tegang

Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya. Perlu ambil maklum, bahawa urut selepas bersalin ini bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah tegang urat. Cuma ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan.

#3. Meredakan tekanan

Menjadi ibu baru adalah satu pengalaman yang memang menguji dan ia mungkin buat anda tertekan. Jadi dengan berurut lebih-lebih lagi menggunakan minyak aromaterapi ia dikatakan mampu meredakan tekanan

#4. Banyakkan susu badan

Kadang kala, ada ibu baru bersalin yang saluran susu pada payudaranya tersumbat. Jadi boleh minta tukang urut untuk urut di bahagian payudara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia agak menyakitkan tetapi sangat membantu melancarkan pengeluaran susu anda dan mengelak terjadinya bengkak susu. Ia juga membuka sel-sel payudara supaya menjadi lancar. 

Bengkak susu boleh membuatkan anda demam urat dan rasa tidak selesa di badan, jadi dengan mengurut pada bahagian payudara ia akan melegakan liang-liang yang menyebabkannya tersumbat.

#5. Percepatkan proses pemulihan

Selepas bertarung nyawa bersalin, dengan urutan badan ia membantu melegakan anda. Selepas melahirkan anak si ibu akan merasa sangat penat. 

Jadi dengan berurut, ia akan mempercepatkan proses pemulihan bukan saja daripada segi fizikal malah emosi. Anda boleh rasai kelainannya selepas berurut. 

#6. Menyegarkan badan

Dengan berurut, ia juga akan melancarkan proses aliran darah dalam badan dan seterusnya sampai ke bahagian otak.

Jadi dengan pengaliran darah yang lancar ia akan meningkatkan aliran oksigen dalam tubuh badan yang membuatkan anda sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari. 

Kami ada senaraikan khidmat bidan berurut terbaik di sini.

Jenis Urutan Paling Sesuai Lepas Bersalin

Di sini kami kongsikan urutan badan wanita yang boleh dilakukan selepas bersalin:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Urutan Sweden – Juga dipanggil urutan klasik, ia adalah gabungan pukulan panjang dengan pergerakan menguli, menggoncang dan mengetuk. Ia adalah urutan yang menyegarkan dan menenangkan keseluruhan badan anda.
  • Urutan jamu –  Diamalkan oleh orang Indonesia, teknik urutan ini menggunakan pelbagai herba yang diekstrak daripada akar, kulit kayu, dan bunga tumbuhan ubatan. Pukulan urutan yang kuat boleh mengetatkan dan menguatkan otot perut, dan membantu mengempiskan perut.
  • Urutan refleksologi kaki – Urutan kaki asas merangsang titik acupressure kaki, yang berkait rapat dengan organ badan yang berbeza. Oleh itu, ia boleh melegakan kemurungan, keletihan, dan tekanan selepas bersalin.
  • Mandian herba – Ia merupakan sebahagian daripada urutan selepas bersalin di mana air yang dicampur dengan herba, rempah dan akar yang berbeza digunakan. Mandian itu diberikan selepas urutan dan membantu merawat sakit urat, dan menyegarkan badan.
  • Acupressure – Tekanan dikenakan pada titik tekanan yang berbeza untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.

Bahagian Perlu Dielakkan Ketika Berurut

  • Elakkan membuat urutan di bahagian perut sehingga sembuh sepenuhnya. Dalam pada itu, tumpuan harus diberikan pada kepala, belakang, lengan dan kaki
  • Elakkan memberi tekanan pada perut
  • Cara urutan badan yang betul untuk urutan belakang adalah baring secara mengiring 
  • Elakkan mengurut puting untuk keselamatan dan kebersihan bayi

Waktu Sesuai Berurut

Wanita yang bersalin normal boleh urut badan selepas bersalin sebaik sahaja pulang dari hospital. Biasanya, ini berlaku dalam tempoh lima hari pertama selepas bersalin. Walau bagaimanapun, urutan selepas bersalin untuk ibu yang menjalani pembedahan czer hanya boleh dilakukan selepas luka telah sembuh.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan urutan selepas bersalin apabila anda sudah mulai rasa selesa. Sama ada melahirkan bayi secara pembedahan caesar atau bersalin secara normal, anda memerlukan sekitar enam hingga lapan minggu untuk pemulihan sepenuhnya.

Sebaik-baiknya, tunggu sehingga anda pulih sepenuhnya selepas bersalin dan kemudian dapatkan urutan.

Walau bagaimanapun, adalah baik untuk berunding dengan doktor anda sebelum memutuskan untuk mendapatkannya.

  1. Fun Empire (May 12, 2022). 10 Best Postnatal Massage Singapore. www.thefunempire.com/postnatal-massage-singapore/
  2. Imelda Balchin (n.d) www.facebook.com/imelda.balchin

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil, Ibu Berisiko Alami Kelahiran Pramatang!

Baca juga: 6 kelebihan berurut selepas bersalin dan lokasi bidan area KL/Selangor

Baca juga: Jaga-Jaga Ya! Kebaikan Sauna Memang Banyak,Tapi Ia Boleh Sebabkan Kecacatan Otak Janin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar