X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Tak Berak Tapi Kentut: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah?

6 min bacaan
Bayi Tak Berak Tapi Kentut: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah?

Bayi tak berak tapi kentut bergantung pada beberapa faktor seperti usia bayi, jenis susu yang diambil, dan tabiat pemakanan ibu

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa memantau perkembangan bayi, termasuk tabiat buang air besar mereka. Kadang-kadang, bayi tak berak tapi kentut selama beberapa hari boleh menimbulkan kebimbangan, terutama bagi ibu bapa baru.

▲▼Isi Kandungan

  • Adakah Normal Bayi Tak Berak Tapi Kentut?
  • Punca Bayi Kerap Kentut Tapi Tak Berak
  • Adakah Sembelit Punca Bayi Kerap Kentut Tapi Tak Berak?
  • Apa Yang Perlu Dilakukan?
  • Pemeriksaan Doktor
  • Berapa Lama Bayi Tidak Berak?
  • Rawatan Rumah Bantu Atasi Bayi Kerap Kentut Tapi Tak Berak

Adakah Normal Bayi Tak Berak Tapi Kentut?

Bayi tak berak tapi kentut terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti usia bayi, jenis susu yang diambil, dan tabiat pemakanan ibu (jika bayi menyusu badan).

Dalam kebanyakan kes, keadaan bayi tak berak tapi adalah normal dan tidak perlu bimbang, selagi si manja tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan atau tidak selesa.

Bayi yang menyusu badan eksklusif mungkin tidak berak setiap hari kerana susu ibu mudah dicerna dan diserap hampir sepenuhnya oleh badan bayi. Namun, jika bayi nampak gelisah atau perutnya keras, ia mungkin tanda sembelit atau masalah pencernaan.

Punca Bayi Kerap Kentut Tapi Tak Berak

Ada beberapa sebab kenapa bayi kerap kentut tapi tak berak:

1. Sistem Pencernaan Belum Matang

Bayi tak berak tapi kentut terjadi disebabkan oleh sistem pencernaan belum matang. Usus bayi masih dalam proses perkembangan, jadi ada ketikanya pergerakan usus menjadi perlahan. Ini menyebabkan bayi tidak berak selama beberapa hari tetapi tetap kentut.

2. Kurang Serat atau Cecair

Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, diet rendah serat atau kurang air boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sukar dikeluarkan.

3. Susu Formula

Punca bayi tak berak tapi kentut dikaitkan dengan susu formula yang diambil. Sesetengah bayi mengalami kesukaran menghadam susu formula kerana ia lebih pekat berbanding susu ibu. Ini boleh menyebabkan sembelit.

4. Perubahan Diet Ibu

Bagi bayi yang menyusu badan, apa yang ibu makan boleh mempengaruhi sistem penghadaman bayi. Makanan seperti produk tenusu atau makanan berangin boleh menyebabkan bayi kerap kentut tetapi susah berak.

5. Kurang Aktiviti Fizikal

Bayi tak berak tapi kentut boleh terjadi disebabkan oleh si manja kurang bergerak atau tidak cukup rangsangan pada perutnya mungkin mengalami pergerakan usus yang perlahan.

6. Tanda Alergi atau Intoleransi

Sesetengah bayi mungkin mempunyai alahan atau intoleransi protein dalam susu lembu atau bahan lain dalam diet mereka, yang boleh menyebabkan masalah pencernaan.

Adakah Sembelit Punca Bayi Kerap Kentut Tapi Tak Berak?

Ya, sembelit boleh menjadi salah satu punca bayi kerap kentut tetapi tak berak. Apabila bayi mengalami sembelit, najis menjadi keras dan sukar dikeluarkan, menyebabkan gas terperangkap dalam usus.

Gas ini terbentuk akibat proses pencernaan yang perlahan dan penapaian makanan dalam perut, lalu menyebabkan bayi kerap kentut. Selain itu, bayi yang mengalami sembelit mungkin menunjukkan tanda seperti perut kembung, gelisah, atau menangis ketika cuba membuang air besar. 

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Jika bayi kerap kentut tetapi tidak berak, ibu bapa boleh cuba beberapa langkah berikut:

1. Urut Perut Bayi

Lakukan urutan lembut pada perut bayi dalam gerakan membulat mengikut arah jam. Ini membantu merangsang pergerakan usus dan mengurangkan gas yang terperangkap.

2. Gerakkan Kaki Seperti Berbasikal

Baringkan bayi dan perlahan-lahan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Pergerakan ini membantu melepaskan angin dan merangsang pergerakan usus untuk memudahkan bayi membuang air besar.

3. Pastikan Bayi Cukup Cecair

Jika bayi menyusu badan, teruskan penyusuan secara kerap. Bagi bayi yang sudah mula makan, pastikan mereka mendapat cukup air atau susu formula bagi mengelakkan sembelit.

4. Tukar Jenis Susu Formula (Jika Perlu)

Jika bayi minum susu formula dan kerap mengalami masalah pencernaan, cuba berbincang dengan doktor untuk menukar kepada formula yang lebih mudah dihadam.

5. Beri Makanan Tinggi Serat (Jika Bayi Mula Makan)

 Jika bayi sudah makan makanan pejal, tambahkan buah seperti betik, pir, atau sayur seperti brokoli yang kaya dengan serat untuk membantu melancarkan pencernaan.

6. Mandikan Dengan Air Suam

Memandikan bayi dengan air suam boleh membantu mengendurkan otot perut dan merangsang pergerakan usus, sekali gus memudahkan proses pembuangan najis.

Pemeriksaan Doktor

Jika bayi mengalami simptom berikut, segera dapatkan pemeriksaan doktor:

  1. Tidak berak lebih dari 5-7 hari
  2. Menangis berterusan akibat sakit perut
  3. Perut keras dan sangat kembung
  4. Muntah berulang kali
  5. Najis berdarah atau hitam pekat

Doktor mungkin akan mencadangkan perubahan diet atau memberikan rawatan tertentu bergantung kepada punca masalah.

Berapa Lama Bayi Tidak Berak?

Kekerapan bayi berak boleh berbeza-beza. Bayi yang minum susu formula biasanya berak setiap 1-2 hari, tetapi tidak jarang mereka tidak berak sehingga 3 hari. Bayi yang menyusu badan boleh tidak berak lebih lama, malah sehingga seminggu tanpa menjadi masalah selagi tiada tanda-tanda lain yang mencurigakan.

Rawatan Rumah Bantu Atasi Bayi Kerap Kentut Tapi Tak Berak

Berikut adalah beberapa rawatan rumah yang boleh membantu mengatasi masalah bayi kerap kentut tetapi tidak berak:

  1. Gunakan Minyak Telon atau Minyak Bayi – Sapukan minyak telon atau minyak bayi pada perut bayi dan urut perlahan-lahan untuk membantu melegakan perut kembung serta merangsang pergerakan usus.

  2. Posisi Tummy Time – Letakkan bayi dalam posisi meniarap untuk beberapa minit di bawah pengawasan. Tekanan lembut pada perut boleh membantu mengeluarkan angin dan merangsang pembuangan najis.

  3. Kain Suam di Perut – Letakkan kain suam pada perut bayi untuk membantu melegakan ketegangan otot dan mempercepatkan proses pembuangan najis.

  4. Elakkan Susu atau Makanan Penyebab Kembung – Jika bayi sudah makan makanan pejal, cuba elakkan makanan seperti kubis, kacang, atau produk tenusu yang boleh menyebabkan kembung perut dan memperlahankan pencernaan.

  5. Sendawakan Bayi Dengan Betul – Pastikan bayi disendawakan selepas setiap penyusuan untuk mengurangkan gas berlebihan dalam perut. Ini boleh membantu mengelakkan masalah angin dan sembelit.

  6. Gunakan Probiotik (Jika Disyorkan Doktor) – Probiotik seperti yogurt khas bayi atau suplemen probiotik boleh membantu meningkatkan kesihatan usus dan memperbaiki sistem pencernaan bayi.

Jika bayi masih tidak berak selepas beberapa hari atau menunjukkan tanda ketidakselesaan yang serius, segera bawa ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kesimpulannya, bayi tak berak tapi kentut tidak perlu dirsaukan jika dia masih ceria, aktif dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Namun ibu ayah hendaklah sentiasa peka dengan sebarang perubahan dalam corak pencernaan bayi. Jika terdapat sebarang tanda luar biasa, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda

Healthline, Happiest Baby

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Bayi Tak Berak, Adakah Bahaya? Ibu Ayah, Fahami Tentang Kesihatan Usus Bayi Yang Normal

Baca juga: Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Tanda, Punca Dan Cara Berkesan Ibu Ayah Boleh Cuba Untuk Legakan Si Manja!

Baca juga:  Perut Anak Meragam? Cuba 12 Langkah Urut Bayi Sembelit & Muak Susu, Barulah Dia Selesa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan & Umur Anak
  • /
  • Bayi Tak Berak Tapi Kentut: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah?
Kongsikan:
  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham