Cirit Birit Semasa Hamil - Bahaya Ke Pada Janin & Apa Cara Merawatnya?

lead image

Cirit birit semasa mengandung boleh membahayakan kesihatan anda dan bayi jika anda tak mengambil langkah yang betul. Baca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Walaupun kebanyakkan ibu mengandung akan mengalami sembelit, cirit birit semasa mengandung juga antara gangguan pencernaan yang biasa berlaku.

Cirit birit berlaku apabila anda mengalami tiga atau lebih najis cair dalam sehari, dan ia boleh jadi bahaya jika tak dijaga dengan betul.

Apabila anda makin hampir due date, cirit birit akan lebih kerap berlaku kerana badan sedang bersiap sedia untuk bersalin. Tapi tak semua orang mengalami masalah ini semasa mengandung.

Apa yang menyebabkan cirit birit semasa mengandung?

src=https://imgix.bustle.com/uploads/image/2017/7/16/84934532 ceb7 4738 a927 09cc736584ee fotolia 157113224 subscription monthly m.jpg?w=960&h=540&fit=crop&crop=faces&auto=format&q=70 Cirit Birit Semasa Hamil   Bahaya Ke Pada Janin & Apa Cara Merawatnya?

Sebab-sebab biasa kenapa terjadinya cirit birit ketika mengandung adalah:

1. Perubahan pemakanan

Pemakanan yang berubah tiba-tiba untuk memberi nutrisi pada bayi boleh menyebabkan cirit birit.

Ini terjadi kerana badan tak dapat masa yang cukup untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. 

2. Hormon tak stabil

Turun naik tahap hormon dalam badan juga akan memberi kesan pada sistem pencernaan.

3. Sensitif terhadap makanan

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/08/dreamstime xs 42384062 hor.jpg Cirit Birit Semasa Hamil   Bahaya Ke Pada Janin & Apa Cara Merawatnya?

Makanan yang sebelum ini tak pernah buat anda sakit perut boleh menjadikan anda tak selesa semasa mengandung.

Anda mungkin akan alami cirit birit, angin, kembung perut atau sakit perut bila makan makanan tertentu.

4. Intoleransi laktosa

Sebab lain cirit birit semasa mengandung adalah peningkatan pengambilan produk tenusu semasa hamil.

Kebanyakan orang tak ada toleransi terhadap pengambilan susu yang berlebihan seperti keju atau produk lain yang mengandungi laktosa.

Adakah cirit birit semasa mengandung bahaya untuk bayi?

src=https://mk0checkpregnanf3mx0.kinstacdn.com/wp content/uploads/2016/04/Cramping.jpg Cirit Birit Semasa Hamil   Bahaya Ke Pada Janin & Apa Cara Merawatnya?

Cirit birit ketika mengandung biasanya tak bahaya pada bayi dalam kandungan jika ia dirawat tepat pada masanya.

Tapi, cirit birit yang teruk boleh menyebabkan anda dehidrasi dan melambatkan perjalanan darah kepada janin.

Cirit birit juga bahaya untuk bayi jika anda mengalami jangkitan abdomen atau uterus pada trimester kedua atau ketiga.

Cirit birit semasa mengandung: Bila perlu jumpa doktor?

Cirit birit yang berpanjangan boleh menyebabkan dehidrasi. Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda alami cirit birit yang berlanjutan dua tiga hari diikuti dengan tanda-tanda ini:

Anda juga perlu cepat berjumpa doktor jika anda alami cirit birit disertai dengan tanda-tanda bersalin pramatang seperti:

Rawatan untuk cirit birit semasa mengandung

src=https://www.shape.com.sg/wp content/uploads/2018/03/ginger e1519989512412.jpg Cirit Birit Semasa Hamil   Bahaya Ke Pada Janin & Apa Cara Merawatnya?

Makanan memainkan peranan yang penting apabila anda alami cirit birit atau masalah pencernaan yang lain.

Biasanya, doktor akan menyarankan anda makan pisang, nasi atau roti yang lembut untuk sistem pencernaan dan mengawal cirit birit.

Selain itu, anda juga boleh cuba makanan-makanan ini untuk mendapatkan vitamin dan mineral:

  • Biskut kraker, kentang atau bijirin
  • Sayur
  • Daging tanpa lemak
  • Sup sayur, ayam atau mee
  • Yogurt segar

Anda juga perlu elakkan makanan-makanan ini:

  • Minuman bergas dan bergula
  • Makanan pedas dan berlemak
  • Daging merah
  • Susu, jika anda ada intoleransi laktosa
  • Cokelat dan gula-gula

Atau anda juga boleh cuba petua-petua ini untuk merawat cirit birit:

Air lemon: Campurkan air lemon dengan secubit garam untuk membuat minuman yang efektif bagi melegakan cirit birit dan mual.

Halia: Teh halia suam juga boleh merawat cirit birit dan meningkatkan metabolisma dan kesihatan.

Ekstrak pudina: Tambahkan ekstrak pudina dalam setengah cawan air dan minum. Ia akan kurangkan simptom cirit birit.

Cirit birit bukanlah satu perkara yang perlu anda risaukan, asalkan anda tahu tahap keparahan cirit birit dan bila anda perlu berjumpa doktor.

Cuba untuk rawat cirit birit ikut petua-petua di atas. Jika anda ada petua lain untuk kongsi dengan ibu-ibu mengandung lain, boleh kongsikan di ruangan komen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga:

10 Tanda-Tanda Masalah Kehamilan Yang Perlu Anda Ambil Serius

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!