-

Persediaan Penting Sebelum Beri Puting Kosong Pada Bayi

Share this article with other mums

Puting kosong bagus untuk menenangkan bayi. Tapi, jika anda terlebih awal memberinya, bayi akan keliru dan tidak mahu melepaskan puting lagi. Mari buat persediaan untuk mengelak masalah ini!

Biasanya, ibu akan menggunakan puting kosong untuk menenangkan si manja yang meragam dan menangis. Namun, ada sesetengah ibu tidak bersetuju dengan penggunaannya. Sebenarnya, patut atau tidak memberi puting pada bayi?

Tiada bukti jelas yang menyatakan puting mengganggu kesihatan bayi secara langsung. Tapi, pakar perubatan runsing tentang kesan apabila memberi puting terlalu awal kepada bayi.

Panduan ini dikongsi oleh Baby Center. Saya turut sertakan kesan selepas pemberian puting terlebih awal seperti bayi keliru atau tidak mahu berpisah dengan puting dan panduan untuk mengelaknya.

Semoga perkongsian ini mampu membantu ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah sama.

Puting kosong itu apa?

Puting kosong adalah alat penenang yang diperkenalkan oleh Joaquin Martinez bagi menangani masalah wanita tidak dapat tidur kerana bayi meragam. Alat penenang ini selamat untuk dihisap oleh bayi kerana ia dibuat dari silikon atau getah standard.

Bila ibu harus beri puting pada bayi?

Kebiasaannya, ibu akan memberi puting apabila bayi mereka berusia dua atau tiga bulan. Perbuatan ini salah, lebih-lebih lagi jika anda memberi susu badan! Ia kerana bayi akan mengalami masalah keliru puting.

Keliru puting itu apa?

Keliru puting terjadi apabila bayi yang baru lahir, diberi susu badan malah diperkenalkan dengan puting botol atau puting kosong secara serentak. Selalunya, hal ini terjadi kerana ibu kurang susu, ingin berhenti menyusu atau mengepam susu badan ke dalam botol.

Maka, bayi akan lebih suka puting botol atau puting kosong daripada menghisap susu badan. Anda tahu betapa penting susu badan untuk perkembangan bayi anda, bukan?

Jadi, untuk mengelak si manja anda mengalami keliru puting -- kurangkan penggunaan puting kosong/puting botol ketika bayi masih menyusu badan. Hentikan penggunaannya bila bayi semakin membesar (dalam 6 bulan hingga setahun).

Keburukan & kebaikan beri puting kosong

Selain mengalami masalah keliru puting, bayi juga cenderung sukar untuk "melepaskan" puting setelah biasa dengannya. Akibatnya -- pertumbuhan gigi yang tidak sekata/jongang. Selain itu, bayi juga terbuka untuk memiliki masalah pertuturan kerana mereka tidak dapat membina kemahiran bahasa.

Professor Steve Field dari Royal College of GPs, United Kingdom memberitahu ada bukti kajian yang menunjukkan kesan pemberian puting dengan jangkitan kuman pada telinga bayi.

Akan tetapi, puting kosong juga membawa beberapa faedah seperti:

  • Menenangkan bayi yang menangis
  • Menghisap puting membantu bayi pramatang untuk membiasakan diri beralih daripada tiub kepada penyusuan botol.
  • Memberi perlindungan daripada SIDS (sudden infant death)

Nyata, pemberian puting kosong ada keburukan dan kebaikan yang tersendiri. Oleh itu, tiada siapa yang akan menghukum keputusan anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, apa yang penting adalah persediaan. Mari pastikan anda bersedia!

Ingin beri puting kosong pada bayi?

Jika anda anda ingin memberi puting kosong pada si manja, pastikan anda:

  • guna puting ortodontik;
  • bersihkan puting selalu -- steril macam puting botol
  • ganti puting kosong dengan kerap -- jangan ada lubang, retak atau pecah, nanti kuman boleh bertakung!
  • jangan salut puting dengan makanan manis;
  • cuba hadkan penggunaan puting -- hanya bila bayi menangis;
  • jangan beri puting secara tiba-tiba. Tunggu hingga bayi anda minta;
  • cuba pisahkan bayi dari puting sebelum usia satu tahun.

Jika bayi tidak mahu lepaskan puting kosong...

Ini masalah yang sering terjadi bila bayi anda sudah biasa menghisap puting kosong. Mereka tidak mahu melepaskan puting itu!

Jika anda sudah cuba pelbagai cara untuk memisahkan puting daripada anak, mari cuba idea-idea baru ini pula. Mana tahu ada yang berkesan.

  1. Kurangkan masa anak anda boleh guna puting
  2. Hadkan penggunaan puting pada masa tertentu saja. Bertegas!
  3. Beri ganjaran jika mereka melepaskan puting. Tapi jangan beri gula-gula! Cuba buat aktiviti menark ke...
  4. Tunjukkan model kanak-kanak lain yang tidak guna puting lagi. Mereka akan rasa lebih tua.
  5. Yakinkan mereka untuk melepaskan puting.

Jika anda tidak pasti bila waktu yang sesuai untuk berhenti menyusu si manja anda, sila rujuk artikel ini.

Sumber rujukan: Baby Center, Wikipedia, dan Nipple Confusion

 

Bayi Keibubapaan