X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bolehkah Bayi Diberi Vitamin?

8 min bacaan
Bolehkah Bayi Diberi Vitamin?

Fungsi vitamin untuk bayi menyusu adalah penting bagi memastikan mereka cukup nutrien untuk membesar dengan sihat.

Fungsi vitamin ini sememangnya penting untuk tubuh badan manusia. Sebab itulah kita semua digalakkan untuk mengambil lebih banyak makanan yang memiliki sumber vitamin iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan.

Untuk pengetahuan anda, vitamin adalah nutrien yang penting diperlukan oleh tubuh untuk membesar, berkembang dan melaksanakan fungsinya secara normal. Nutrien ini dikelaskan sebagai mikronutrien yang membawa maksud tubuh badan manusia memerlukannya dalam satu jumlah yang kecil.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat vitamin, boleh baca pencerahan kami di bawah ini.

Isi Kandungan

  • Apakah Fungsi Vitamin?
  • Adakah Bayi Boleh Diberikan Vitamin?
  • Adakah Bayi Yang Menyusu Badan Atau Susu Formula Perlu Mengambil Vitamin?
  • Jenis-jenis Vitamin Untuk Bayi
  • Petua Memberi Vitamin Kepada Bayi
  • Tanda Bayi Tidak Sesuai Dengan Vitamin

Apakah Fungsi Vitamin?

vitamin adalah, vitamin apa, manfaat vitamin, jenis jenis vitamin, apa itu vitamin, vitamin yang

Fungsi vitamin sememangnya pelbagai untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Secara tidak langsung, manfaat vitamin adalah sebagai bahan yang bertindak secara langsung untuk menjadi pengatur pelbagai nutrien yang telah diambil dan masuk ke dalam badan manusia.

Dan secara umumnya, jenis-jenis vitamin terbahagi kepada 6 jenis iaitu Vitamin A, B, C, D, E, dan K. Mungkin anda tidak tahu bahawa setiap jenis-jenis vitamin ini mempunyai khasiat tersendiri.

Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin secara sendiri ataupun menyimpannya. Oleh sebab itu, kita haruslah mendapatkan pengambilan vitamin daripada makanan yang diperkaya dengan khasiat nutrien mencukupi untuk menikmati manfaat vitamin.

Adakah Bayi Boleh Diberikan Vitamin?

Untuk ibu ayah baharu di luar sana, pasti anda berasa keliru sama ada bayi anda memerlukan suplement vitamin untuk kekal sihat? Berikut merupakan pencerahan mengenai topik ini.

Kebanyakannya, susu ibu atau susu formula menyediakan hampir kesemua khasiat yang diperlukan bayi untuk 6 bulan pertama, kecuali vitamin D yang disyorkan sebagai suplemen untuk bayi yang menyusu bermula sejurus selepas kelahiran (termasuk bayi yang diberi susu formula), serta vitamin K yang diterima oleh bayi sebagai suntikan semasa lahir.

vitamin adalah, vitamin apa, manfaat vitamin, jenis jenis vitamin, apa itu vitamin, vitamin yang

Walau bagaimanapun, selepas 6 bulan apabila keperluan pemakanan bayi meningkat dan diet mereka berubah daripada hanya susu ibu atau formula kepada makanan pepejal, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suplemen vitamin tambahan.

Sebagai contoh, bayi memerlukan lebih banyak vitamin A, D, E, dan K dari 7 hingga 12 bulan berbanding sejak lahir hingga 6 bulan. Bayi juga memerlukan lebih banyak zat besi apabila mereka mencapai usia 6 bulan. (Bayi baru lahir mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi untuk kira-kira 6 bulan pertama selepas dilahirkan).

Bayi yang makan pelbagai jenis makanan dari masa ke masa mungkin tidak memerlukan vitamin tambahan, tetapi terdapat pengecualian. Sebagai contoh, suplemen mungkin diperlukan jika bayi anda:

  • Dilahirkan secara pramatang, pada berat lahir rendah, atau kecil untuk usia kehamilan.
  • Mempunyai masalah kesihatan kronik yang menjejaskan keupayaan mereka untuk makan. Pastikan anda bertanya kepada doktor jika anda mempunyai kebimbangan.

Adakah Bayi Yang Menyusu Badan Atau Susu Formula Perlu Mengambil Vitamin?

bayi menyusu

Jika bayi anda menyusu badan, anda mungkin beranggapan bahawa susu ibu adalah makanan sempurna dan lengkap dengan setiap vitamin yang diperlukan oleh bayi. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya sering kekurangan jumlah yang mencukupi untuk dua nutrien penting ini, iaitu vitamin D dan zat besi.

Apabila bercakap tentang vitamin dan bayi yang diberi susu formula, lain pula ceritanya.

Formula sudah diperkaya dengan vitamin D, zat besi dan banyak nutrien lain, jadi selagi bayi anda mendapat kira-kira 32 auns formula setiap hari, dia tidak memerlukan makanan tambahan. 

Jenis-jenis Vitamin Untuk Bayi

#1. Vitamin D

Vitamin D adalah penting untuk membina tulang yang kuat. Ini kerana susu ibu kebiasaannya tidak mengandungi vitamin ini yang mencukupi. Oleh itu, doktor mengesyorkan semua bayi yang menyusu untuk mendapat 400 IU vitamin D sehari dalam bentuk suplemen, beberapa hari selepas bayi dilahirkan.

Bagaimana pula dengan mendapatkan vitamin D melalui cahaya matahari (sun-tanning)?

Walaupun benar bahawa manusia boleh menyerap vitamin D melalui pendedahan kepada sinaran matahari, praktis ‘tanning’ ini bukanlah satu perkara yang disyorkan untuk bayi. Jadi cara paling selamat untuk memastikan bayi yang menyusu mendapat kuota vitamin D mencukupi adalah dengan memberinya suplemen harian.

Sebagai alternatif, anda boleh mengambil suplemen yang mengandungi 6400 IU vitamin D setiap hari.

Kebiasaannya, pakar pediatrik mungkin akan mencadangkan suplemen vitamin D liquid over-the-counter (OTC) untuk bayi anda. Kebanyakannya mengandungi vitamin A dan C yang sesuai untuk dimiliki oleh si manja. Pengambilan vitamin C yang mencukupi sebenarnya boleh meningkatkan penyerapan zat besi.

#2. Zat Besi

Zat besi diperlukan untuk sel darah yang sihat dan perkembangan otak. Bayi yang menyusu dan separa menyusu (susu ibu) perlu mengambil 1 mg/kg suplemen zat besi oral sehari ketika berumur 4 bulan sehingga makanan kaya zat besi (seperti bijirin, daging dan sayur-sayuran hijau) boleh diperkenalkan.

Tetapi bayi memerlukan 11 mg zat besi sehari, jadi doktor anda mungkin mengesyorkan agar bayi terus mengambil suplemen tersebut sehingga dia mendapat zat besi yang diperlukannya daripada makanan yang diambil.

#3. Vitamin B12

Vitamin B12 adalah penting untuk pembangunan sistem saraf dan mencegah anemia. Vitamin ini secara semulajadi ditemui dalam ikan, daging, ayam, telur, susu, dan produk susu (seperti keju dan yogurt).

Jika anda sedang menyusu dan tidak makan banyak (atau mana-mana) produk haiwan, adalah penting untuk anda mendapatkan sumber vitamin B12 yang tetap dan boleh dipercayai, sama ada daripada makanan tambahan atau makanan yang diperkaya. Ini berkesan supaya diet bayi anda juga mengandungi jumlah vitamin yang mencukupi.

#4. DHA

DHA, asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak dan mata bayi. Dalam susu ibu ia berkadaran dengan jumlah DHA dan asid lemak penting dalam diet anda. Banyak jenama formula diperkaya dengan DHA.

Anda disarankan untuk mengkaji lebih lanjut tentang suplemen omega-3 dan cara mendapatkan asid lemak penting ini dalam diet anda.

Ibu menyusu yang tidak mengambil sumber pemakanan DHA iaitu golongan vegetarian dan vegan, khususnya mungkin ingin bertanya terlebih dahulu kepada pakar kesihatan tentang pengambilan suplemen DHA.

Golongan vegetarian, vegan serta bayi mereka didapati mempunyai tahap DHA yang lebih rendah daripada mereka yang makan daging.

#5. Vitamin K untuk bayi baru lahir

suplemen bayi baru lahir

Bayi yang baru lahir secara rutin mendapat suntikan vitamin K semasa mereka masih di hospital, beberapa jam selepas dilahirkan. Vitamin K membantu mengatasi pembekuan darah dan membantu mengekalkan kesihatan tulang.

Tanpa suntikan ini, bayi anda lebih berisiko mengalami pendarahan yang lebih banyak. Suntikan ini akan memastikan bayi anda cukup serta mengelakkan kekurangan vitamin K untuk bulan pertama kehidupan sehingga mereka mula makan makanan solid dan mendapatkan vitamin melalui sumber lain.

Petua Memberi Vitamin Kepada Bayi

#1. Jangan campur

Untuk rangsangan nutrisi terbesar, jangan campurkan multivitamin atau zat besi dengan susu ibu atau susu formula berasaskan susu atau produk susu lain. Kalsium dalam susu boleh menghalang keupayaan tubuh untuk menyerap mineral.

Walau bagaimanapun, anda boleh mencampurkan vitamin D ke dalam botol susu atau memberikannya semasa penyusuan kerana ia tidak akan menjejaskan pengambilan.

#2. Bantu ia diserap dengan mudah

Risau si manja anda tidak memberi kerjasama untuk telan suplemen? Kebanyakan titisan vitamin bayi adalah lazat, jadi bayi anda mungkin meneguknya terus.

Jika dia melawannya, berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang strategi, seperti mencuba jenama lain atau beralih kepada suplemen yang lebih pekat yang memerlukan dos lebih kecil.

#3. Pastikan suplemen disimpan dengan selamat

Pastikan suplemen terutamanya yang mengandungi zat besi diletakkan di tempat yang selamat dan jauh daripada capaian kanak-kanak.

Tanda Bayi Tidak Sesuai Dengan Vitamin

Tanda-tanda bayi anda terlebih (overdose) ataupun tidak sesuai dengan vitamin yang diberikan adalah kesan langsung hiperkalsemia atau selalunya berkait rapat dengan tahap kalsium. Ini termasuk:

  • Penyusuan yang tidak baik
  • Intoleransi penyusuan
  • Sembelit
  • Poliuria
  • Dehidrasi
  • Kelesuan
  • Kerengsaan
  • Kegagalan untuk membesar
  • Muntah dan cirit-birit

Oleh itu, ibu ayah disarankan untuk rujuk kepada pakar pediatrik terlebih dahulu tentang manfaat vitamin untuk bayi, jenis-jenis vitamin, apa itu vitamin, dan segala persoalan yang belum diketahui oleh anda sebelum membuat keputusan untuk memberikan vitamin buat si manja.

Semoga bermanfaat.

  1. whattoexpect. (July 18, 2022) Vitamin and Breastfed Babies. www.whattoexpect.com/first-year/feeding-your-baby/vitamins-and-babies.aspx
  2. babycenter.com (March 24, 2022) Do Babies Need To Take Vitamins? www.babycenter.com/baby/solids-finger-foods/does-my-baby-need-to-take-vitamins_9154

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Vitamin Tambah Selera Makan Terbaik, 7 Jenama Ini Bantu Tambah Selera Makan Anak!

Baca juga: Vitamin Untuk Bayi 9 Bulan-12 Bulan Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Keperluan Bayi
  • /
  • Bolehkah Bayi Diberi Vitamin?
Kongsikan:
  • Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

    Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

  • Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

    Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.