X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gastrik Ketika Puasa: Punca, Tanda Dan Cara Mengatasinya

6 min bacaan
Gastrik Ketika Puasa: Punca, Tanda Dan Cara Mengatasinya

Gastrik ketika puasa terjadi kerana 1) Makanan Pedas, Berasid Ketika Sahur dan Berbuka 2) Pengambilan Kafein, 3) Sahur Terlalu Awal

Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu ibadah yang sangat mulia, tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh menjadi sedikit mencabar terutama jika mereka mengalami masalah gastrik ketika puasa.

Perut yang kosong dalam tempoh yang lama boleh mencetuskan ketidakselesaan yang mengganggu ibadah dan aktiviti harian. Jadi, bagaimana nak hadapi gastrik ketika puasa dengan bijak? 

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Gastrik Ketika Puasa
  • Adakah Orang Gastrik Boleh Berpuasa?
  • Punca Gastrik Ketika Puasa
  • Tanda-Tanda Gastrik Semasa Puasa
  • Tips Elak Gastrik Ketika Puasa
  • Bila Perlu Jumpa Doktor
  • Adakah Oat Bagus Untuk Gastrik?
  • Adakah Gastrik Boleh Minum Susu?
  • Adakah Yogurt Baik Untuk Gastrik?

Apa Itu Gastrik Ketika Puasa

Gastrik adalah keadaan di mana lapisan perut mengalami keradangan, biasanya disebabkan oleh peningkatan asid perut. Dalam bahasa mudah, gastrik berlaku apabila perut kita “merajuk” kerana terlalu lama kosong atau disebabkan pemakanan yang tidak teratur.

Adakah Orang Gastrik Boleh Berpuasa?

Ya, orang yang ada gastrik boleh berpuasa, tetapi dengan syarat mereka mengawal pemakanan dan jadual makan dengan baik. Pastikan bersahur dengan makanan berkhasiat, elakkan makanan pedas, berasid, dan bergoreng, serta berbuka secara sederhana. Jika gastrik teruk atau ada ulser, dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.

Punca Gastrik Ketika Puasa

Berikut beberapa punca gastrik ketika puasa:

1. Perut Kosong Terlalu Lama

Apabila kita berpuasa, perut tidak menerima makanan selama lebih kurang 12-14 jam. Ini boleh menyebabkan asid perut meningkat dan merengsakan lapisan perut.

2. Makanan Pedas Dan Berasid Ketika Sahur Atau Berbuka

Gastrik ketika puasa berpunca oleh makanan pedas, berlemak atau berasid. Kesannya, ia mencetuskan pengeluaran asid berlebihan.

3. Sahur Awal Dan Makan Sikit

Gastrik ketika puasa boleh terjadi apabila anda sahur terlalu awal atau hanya makan dalam jumlah yang sangat sedikit. Perut lebih mudah terdedah kepada asid.

4. Pengambilan Kafein Berlebihan

Minuman seperti kopi dan teh boleh merangsang penghasilan asid perut yang banyak.

Tanda-Tanda Gastrik Semasa Puasa

Berikut tanda-tanda gastrik semasa puasa:

  1. Sakit perut atau pedih ulu hati

  2. Rasa kembung dan tidak selesa

  3. Loya atau muntah

  4. Hilang selera makan

  5. Sendawa berlebihan

  6. Perut berasa sebu

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

Antara tips elak gastrik ketika puasa adalah:

1. Jangan Tinggal Sahur

Sahur bukan sekadar sunnah, tapi ia sangat penting untuk mengelakkan perut kosong terlalu lama. Bila perut kosong, asid perut meningkat dan boleh mencetuskan rasa pedih ulu hati. Pastikan anda bersahur dengan makanan yang lambat dihadam seperti:

  • Oat – Tinggi serat dan membantu menyerap asid perut
  • Roti wholegrain – Memberi tenaga berpanjangan dan mengurangkan risiko gastrik.
  • Nasi dengan lauk berprotein seperti ayam bakar atau ikan kukus – Elakkan makanan berminyak atau pedas.

2. Elakkan Makanan Pedas, Berasid & Bergoreng

Tips elak gastrik ketika puasa adalah dengan mengelakkan makanan pedas, berasid dan bergoreng. Makanan ini boleh merangsang pengeluaran asid perut yang berlebihan:

  • Pedas: Boleh merengsakan dinding perut.
  • Berasid (limau, tomato): Menambah keasidan dalam perut, jadi elakkan semasa sahur dan berbuka.
  • Bergoreng & berlemak: Sukar dihadam dan boleh membuatkan perut kembung.

3. Ambil Makanan Tinggi Serat

Serat membantu melambatkan pengosongan perut, jadi anda kenyang lebih lama dan mengawal pengeluaran asid. Pilihan yang baik:

  • Buah-buahan: Pisang, epal, betik – lembut pada perut
  • Sayur-sayuran hijau: Bayam, brokoli – kaya serat dan nutrien
  • Bijirin penuh: Oat, beras perang – mengekalkan tenaga dan mengelakkan perut kosong terlalu lama

4. Minum Air Secukupnya

Dehidrasi boleh memburukkan gejala gastrik. Amalkan minum air suam dan elakkan air sejuk atau berais. Guna teknik “2-4-2”:

  • 2 gelas air semasa berbuka
  • 4 gelas air selepas solat Isyak/Tarawih
  • 2 gelas air semasa sahur

5. Berbuka Secara Sederhana

Jangan terus makan banyak semasa berbuka. Bila makan berlebihan, perut yang kosong terkejut dan menghasilkan asid berlebihan. Cara berbuka yang baik:

  • Mulakan dengan kurma dan air suam – Kurma memberi tenaga segera tanpa membebankan perut
  • Rehatkan perut dengan solat Maghrib sebelum makan berat.
  • Makan perlahan-lahan dan kunyah dengan baik untuk memudahkan penghadaman.

6. Elak Minuman Berkafein

Kopi, teh, dan minuman berkafein lain boleh meningkatkan asid perut dan membuat anda dehidrasi. Jika anda peminum kopi tegar, cuba kurangkan sedikit demi sedikit sebelum Ramadan supaya badan tak “terkejut” bila tak dapat kafein.

7. Ambil Suplemen atau Ubat Jika Perlu

Jika anda sedang mengambil ubat gastrik seperti antacid atau proton pump inhibitor (PPI), pastikan anda ikut jadual yang disarankan oleh doktor. Boleh juga berbincang dengan doktor jika perlu menukar waktu pengambilan ubat untuk disesuaikan dengan puasa.

8. Amalkan Yogurt atau Probiotik

Yogurt (terutama yogurt asli tanpa gula) kaya dengan probiotik yang membantu keseimbangan bakteria baik dalam usus dan mengurangkan gangguan pencernaan. Pilihan yang baik untuk sahur atau sebagai pencuci mulut selepas berbuka.

9. Jaga Jadual Tidur dan Rehat

Tekanan dan kurang tidur boleh merangsang asid perut berlebihan. Pastikan anda tidur secukupnya dan elakkan stres. Jika boleh, ambil masa untuk berehat sebentar selepas solat Tarawih.

Tip Bonus: Jika anda rasa sukar mengawal gastrik semasa puasa, cuba minum susu rendah lemak atau susu oat sebelum tidur. Ia membantu meneutralkan asid perut sepanjang malam.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Jika anda mengalami gejala seperti berikut, segera dapatkan nasihat doktor:

  • Sakit perut yang teruk dan berterusan.
  • Mual atau muntah berlebihan.
  • Pedih ulu hati yang melampau.
  • Najis hitam atau muntah berdarah (tanda pendarahan gastrik).

Adakah Oat Bagus Untuk Gastrik?

Ya, oat sangat bagus untuk gastrik kerana ia tinggi serat larut yang membantu menyerap asid perut berlebihan dan memberikan rasa kenyang lebih lama. Oat juga lembut pada sistem penghadaman, jadi ia pilihan yang baik untuk bersahur atau berbuka.

Adakah Gastrik Boleh Minum Susu?

Ini bergantung pada individu. Ada yang boleh minum susu tanpa masalah, tetapi bagi sesetengah orang, susu boleh merangsang pengeluaran asid perut dan memburukkan gejala gastrik. Jika mahu minum susu, pilih susu rendah lemak atau susu berasaskan tumbuhan seperti susu badam atau oat.

Adakah Yogurt Baik Untuk Gastrik?

Ya, yogurt terutamanya yang mengandungi probiotik sangat baik untuk gastrik. Probiotik membantu menyeimbangkan bakteria baik dalam perut dan memperbaiki sistem penghadaman. Pilih yogurt plain tanpa gula tambahan untuk kesan yang lebih baik.

Kesimpulannya, gastrik ketika puasa sememangnya membuatkan anda berasa tidak selesa dan menganggu aktiviti harian. Namun dengan pemakanan yang baik, anda boleh mengawal gejala gastrik menjadi lebih teruk.

Naluri Life, Hermina Hospital

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Kadar Fidyah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2025, Update Terkini Mengikut Majlis Agama Islam

Baca juga:  Hukum Meninggalkan Puasa Kerana Bersalin, Wajib Ganti & Bayar Fidyah

Baca juga: Hukum Telan Kahak Ketika Puasa, Batal Jika Sudah Keluar Dari Mulut Dan Ditelan Dengan Sengaja

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Gastrik Ketika Puasa: Punca, Tanda Dan Cara Mengatasinya
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham