Bahaya kalau masalah kencing tak lawas dibiarkan begitu sahaja lama-lama. Bukan hanya boleh mengganggu aktiviti atau rutin kerja harian, tetapi juga boleh merosakkan sistem buah pinggang.
Umum tahu yang mana sistem urinari manusia berfungsi adalah kerana buah pinggang yang menghasil, menyimpan dan menyingkirkan urin kita, yang mana sisa buangan cecair yang dihasilkan oleh buah pinggang.
Fungsi buah pinggang juga adalah menapis sisa metabolik, bahan kimia yang terhasil dari darah, ion berlebihan yang kemudiannya membentuk menjadi air kencing.
Setelah air kencing dihasilkan oleh buah pinggang, ia akan dibawa melalui ureter, yang mana adalah sepasang tiub dari buah pinggang ke pundi kencing. Kemudian, pundi kencing akan diisi dengan air kencing serta menyimpannya sehinggalah badan sudah bersedia untuk membuangnya, di mana apabila pundi kencing mencapai tahap dari 150 hingga 400 mililiter, dinding pundi kencing akan mula meregang dan reseptor regangan pada bahagian dinding akan menghantar isyarat kepada otak dan saraf tunjang.

Dengan isyarat ini, ia akan membuatkan kita rasa untuk membuang air. Hendaklah kita tahu bahawa kita boleh menahan atau menangguhkan membuang air kencing selagi pundi kencing tidak mencapai tahap maksimum. Namun, ia akan menaikkan rasa ketidakselesaan terhadap seseorang itu untuk membuang air kencing dengan secepatnya.
Punca kencing tak lawas:
Berikut adalah antara punca kencing tak lawas:
1. Jangkitan pada saluran kencing
Masalah kencing tidak lawas biasanya berlaku kerana jangkitan saluran pundi kencing atau UTI. Ia selalunya akan membuatkan rasa iritasi atau tidak selesa pada bahagian pundi kencing dan rasa yang sangat kuat untuk membuang air kecil.
2. Masalah kecederaan saraf
Biasanya perkara ini berlaku akibat masalah kesihatan yang dialami seperti diabetes dan sklerosis. Ia akan mengakibatkan kecederaan saraf pada bahagian pundi kencing, uretra dan lantai pelvis.
3. Sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan masalah kawalan pundi kencing. Bagi individu atau pesakit yang selalu meneran sewaktu membuang air besar, ia sebenarnya boleh menyebabkan pundi kencing dan lantai pelvis menjadi lemah lama kelamaan. Disebabkan masalah tekanan dan stres pada bahagian otot, ia boleh menjadi punca kencing tidak lawas.
Cara atasi kencing tak lawas
Ada beberapa cara yang dapat membantu mengatasi masalah kencing tidak lawas:
1. Kawal berat badan
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, sebaiknya turunkan berat badan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah kencing tidak lawas.
2. Elak minum atau makan minuman dan makanan yang mencetus masalah kencing tak lawas
Kafein dan alkohol adalah contoh minuman yang boleh menyebabkan mereka yang menderita kencing tidak lawas kerap ke tandas.
3. Makan lebih banyak makanan serat
Seperti mana yang dimaklumkan di atas, meneran boleh menyebabkan otot bahagian lantai pelvis mengalami kecederaan. Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan daripada meneran adalah dengan mengelakkan sembelit. Seeloknya, ambil makanan serat untuk membolehkan anda untuk membuang air besar dengan lancar seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
4. Minum air kosong secukupnya
Penting untuk tubuh mendapat air yang secukupnya, ia juga akan mengelakkan masalah sembelit. Pastikan anda meminum 2 liter air setiap hari.
Jadi, kesimpulannya kencing tak lawas sememangnya boleh diatasi dengan cara yang betul. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.
Sirap Limau Sihatafiat.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Masalah Kerap Kencing Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang/ Diabetes? Ini Jawapan Doktor
Baca juga: Kenapa Bayi Kurang Kencing? Ini 3 Perkara Yang Ibu Perlu Peka Elak Anak Dehidrasi
Baca juga: Kerap Kencing Kotor Ketika Hamil, Wanita Kongsi Petua BERKESAN Dengan Minum Air Barli
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!