Ada beberapa jenis hormon yang mempengaruhi kehamilan dan menyebabkan berlakunya banyak perubahan terhadap tubuh badan, fungsi organ serta emosi ibu mengandung. Walaupun sesetengahnya membuatkan rasa tidak selesa, ia adalah untuk menjaga kesihatan ibu dan janin.
Secara umumnya, hormon kehamilan ini akan wujud sebaik sahaja anda disahkan berbadan dua. Namun ada juga jenis hormon telah hadir sebelum hamil dengan tahap berbeza.
Jenis hormon kehamilan yang perlu para ibu tahu
credit to sources
Berikut ada beberapa jenis hormon yang terhasil semasa anda mengandung dan fungsinya terhadap kesihatan:
#1. Jenis hormon kehamilan- Human placental lactogen (hPL)
Human placental lactogen dihasilkan oleh plasenta sejak kandungan memasuki usia 2 minggu. Ia juga dikenali dengan sebutan human chorionic somatomammotropin dan berperanan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh janin. hPL ini turut merangsang kelenjar susu pada bahagian payudara sehingga tibanya waktu menyusu bayi.
#2. Human chorionic gonadotropin hormone (hCG)
Human chorionic gonadotropin hormone adalah hormon semasa hamil yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon ini menjadikan tanda positif mengandung pada alat ujian kehamilan yang dijual dalam pasaran.
HCG berfungsi untuk menjaga kehamilan dan perkembangan janin. Sekiranya kadar hCg didapati rendah pada awal usia kandungan, ia merupakan sesuatu yang normal.
Selain itu, hormon ini turut menjadi tanda sekiranya anda mengalami masalah kehamilan ektopik, keguguran dan kematian bayi. Sekiranya kadar hCG ini sangat tinggi, ia adalah petanda kehamilan kembar, hamil anggur atau sindrom down.
#3. Jenis hormon ibu hamil- Progesteron
credit to sources
Sebelum mengandung lagi sebenarnya hormon ini sudah ada, namun kadarnya mungkin sedikit berbeza. Peningkatan progesteron semasa kehamilan boleh menyebabkan munculnya bulu-bulu halus pada bahagian payudara dan perut.
Ibu juga mungkin akan mengalami masalah sembelit, kerap pening kepala, berasa loya dan perut memulas.
Biarpun mendatangkan kesan yang tidak menyenangkan, fungsi hormon progesteron adalah untuk:
- Menjaga sistem ketahanan tubuh ketika janin dalam kandungan
- Mempersiapkan payudara bagi menghasilkan susu ibu
- Menjaga ketebalan dinding rahim ketika janin membesar
- Menjaga otot rahim sepanjang kehamilan
#4. Prolaktin
Hormon prolaktin akan meningkat antara 10 hingga 20 kali ganda ketika ibu sedang hamil. Peningkatan hormon ini amat penting bagi mempersiapkan jaringan payudara untuk menyusu dan menghasilkan lebih banyak susu badan.
Prolaktin juga penting dalam mengawal tahap metabolisme ibu semasa mengandung dan membantu dalam rangsangan pertumbuhan sel sistem imunisasi.
Setiap hormon kehamilan memiliki fungsi yang begitu penting untuk kesihatan ibu dan janin. Kehadiran prolaktin ini juga biasanya menyebabkan ketidakselesaan pada ibu mengandung dan membuatkan anda sedikit terganggu.
#5. Estrogen
credit to sources
Hormon ini sudah ada dalam tubuh wanita sebelum mengandung lagi. Ia mengalami peningkatan sejak kehamilan terjadi dan menyebabkan rasa mual terutamanya ketika trimester pertama.
Kemudian setelah ibu memasuki trimester kedua, estrogen ini akan berfungsi dalam mengembangkan saluran susu di payudara. Antara fungsi lainnya ialah:
- Menyokong perkembangan janin
- Meningkatkan aliran darah ke dalam tubuh sehingga menimbulkan kesan glowing pada sesetengah ibu hamil
- Membentuk pembuluh darah baru bagi menyalurkan nutrisi ke janin
#6. Jenis hormon semasa hamil- Oksitosin
Jenis hormon Oksitosin memainkan peranan dalam proses kelahiran bayi. Ia akan melenturkan rahim pada akhir kehamilan bagi membolehkan bayi keluar dengan mudah.
Pada saat yang sama, hormon ini turut merangsang puting susu bagi menghasilkan lebih banyak susu dan juga merangsang kelenjar Montgomery pada sekitar puting dan areola. Sebab itulah sebaik sahaja bayi dilahirkan, ibu boleh terus menyusunya.
Justeru, sekiranya anda merasakan ketidakselesaan seperti perubahan emosi dalam kadar yang singkat, kerap berasa penat, sakit kepala dan sedikit tertekan, ketahuilah bahawa ia adalah perkara normal yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung yang lain.
Sekiranya tidak dapat dikawal, kami menyarankan anda mendapatkan nasihat daripada pakar bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Sumber: Parents
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!