Pernahkah anda terjumpa ibu bapa yang sangat berhati-hati dengan makanan dan ubat untuk anak mereka? Mungkin mereka perlu memastikan si kecil tidak tersentuh kacang parang, ubat gegat atau antibiotik tertentu.
Ini kerana anak mereka menghidap kekurangan enzim G6PD, satu kondisi genetik yang boleh menyebabkan sel darah merah musnah jika terdedah kepada bahan tertentu.
Walaupun nampak remeh, kesilapan kecil seperti makan makanan terlarang boleh membawa kesan serius, malah mengancam nyawa!
Apa Maksud Kekurangan Enzim G6PD?
Kekurangan enzim G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah satu keadaan genetik yang mempengaruhi keupayaan sel darah merah untuk berfungsi dengan baik
Enzim ini penting untuk melindungi sel darah merah daripada kerosakan akibat bahan-bahan yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif.
Individu dengan kekurangan enzim ini lebih berisiko mengalami hemolisis iaitu pemecahan sel darah merah secara mendadak apabila terdedah kepada bahan tertentu termasuk makanan dan ubat-ubatan tertentu.
Individu dengan kekurangan G6PD biasanya tidak menunjukkan simptom sehingga mereka terdedah kepada pencetus seperti:
- Makanan tertentu (contohnya, kacang parang).
- Jangkitan.
- Ubat-ubatan tertentu.
Penyakit G6PD Banyak Mempengaruhi Kaum Lelaki
Kekurangan enzim G6PD lebih banyak mempengaruhi kaum lelaki berbanding wanita. Ini kerana gen G6PD terletak pada kromosom X.
Lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, jadi jika gen tersebut mengalami mutasi, mereka akan menunjukkan simptom kekurangan enzim G6PD.
Sebaliknya, wanita mempunyai dua kromosom X. Jika satu gen G6PD mereka bermutasi, gen yang satu lagi mungkin boleh mengimbangi keadaan tersebut.
Oleh itu, wanita biasanya menjadi pembawa gen tanpa menunjukkan sebarang simptom.
Makanan Yang Perlu Pesakit G6PD Elakkan
Bagi individu yang mempunyai kekurangan enzim G6PD, penting untuk mengelakkan bahan yang boleh mencetuskan hemolisis. Berikut adalah senarai makanan dan bahan lain yang perlu dielakkan:
1. Antibiotik
Sesetengah antibiotik, seperti sulfonamida dan dapsone boleh mencetuskan hemolisis pada individu dengan kekurangan enzim G6PD. Sebelum mengambil sebarang antibiotik, pesakit harus memaklumkan kepada doktor mengenai keadaan mereka.
2. Ubat Malaria
Ubat seperti primaquine yang digunakan untuk merawat malaria juga boleh menyebabkan hemolisis. Alternatif ubat perlu dibincangkan dengan doktor.
3. Aspirin
Aspirin dalam dos tinggi boleh mencetuskan tekanan oksidatif dan mempengaruhi sel darah merah. Pesakit G6PD disarankan untuk mengelakkan penggunaannya.
4. Ubat Gegat
Ubat gegat (naphthalene) yang sering digunakan untuk menghalau serangga boleh menghasilkan bahan kimia yang mencetuskan hemolisis. Sebaiknya elakkan menggunakan produk ini di rumah.
5. Inai
Penggunaan inai (henna) pada kulit boleh mencetuskan hemolisis kerana kandungan kimia dalam inai boleh diserap ke dalam badan.
7. Kacang Parang
Kacang parang adalah makanan utama yang perlu dielakkan oleh pesakit G6PD. Ia mengandungi bahan yang boleh mencetuskan tekanan oksidatif pada sel darah merah dan mengakibatkan hemolisis.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk pesakit mengelakkan makanan ini bagi mencegah komplikasi serius.
Sebab Kacang Parang Bahaya Untuk Penghidap G6PD
1. Mengandungi Bahan Oksidatif Tinggi
Kacang parang mengandungi bahan seperti vicine dan convicine yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif pada sel darah merah.
2. Menyebabkan Favisme
Dalam kes yang teruk, pengambilan kacang parang boleh mencetuskan favisme, iaitu reaksi serius yang menyebabkan kelemahan, jaundis (kuning), air kencing gelap, dan anemia hemolitik akut.
Jika hemolisis berlaku, pesakit mungkin memerlukan pemindahan darah atau rawatan sokongan di hospital kerana sel darah merah yang musnah tidak dapat dipulihkan dengan cepat.
Jadi, bagi individu yang ada G6PD deficiency, elakkan makanan ini untuk mencegah komplikasi serius!
Kekurangan enzim G6PD memerlukan penjagaan dan perhatian khusus terhadap makanan dan ubat-ubatan yang diambil. Individu dengan kekurangan ini harus berbincang dengan doktor untuk mendapatkan senarai lengkap bahan yang perlu dielakkan dan langkah berjaga-jaga tambahan.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Penyakit G6PD Pada Anak: Kenali Apa Itu G6PD, Punca Penyakit G6PD & Pantang Larang G6PD
Baca juga: Alergi Kanak-Kanak: Jenis Alahan, Simptom & Cara Mengatasi Dengan Berkesan
Baca juga: Selain Kerap Beri Susu Ibu, Daun Pisang Dipercayai BERKESAN Turunkan Demam Kuning Bayi!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!