X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Satu Tanda Kanser Ovari Yang 99% Wanita Tak Sedar, Hinggalah Semuanya Sudah Terlambat!

3 min bacaan
Satu Tanda Kanser Ovari Yang 99% Wanita Tak Sedar, Hinggalah Semuanya Sudah Terlambat!

Hanya 1% wanita saja yang perasan tentang satu simptom kanser ovari ini, walaupun ia selalu terjadi pada anda setiap hari! Mari ketahui apakah simptomnya.

Kanser ovari dan simptomnya

Menurut statistik Ovarian Cancer Canada, kanser ovari antara kanser yang paling biasa berlaku di dunia.

Penyakit ini telah memberi kesan pada hampir 2,800 orang wanita setiap tahun.

Istilah “kanser ovari” sebenarnya menjelaskan tentang pelbagai jenis kanser yang boleh terjadi dari sel-sel ovari.

Antara penyebab utama mengapa kanser ovari terjadi adalah kerana tumor muncul di epitelium (sel lapisan ovari), tiub fallopian atau lapisan dalam perut. 

kanser ovari

Kredit: Healthybookworm.com

Simptom kanser ovari yang sering wanita terlepas pandang

Walaupun tidak menunjukkan beberapa simptom tetap, tapi wanita dengan kanser ovari sering rasa:

  • kembung dan sakit perut
  • perubahan dalam kitaran haid
  • cepat penat
  • cepat rasa kenyang
  • bahagian abdomen membengkak
  • baju tidak muat tiba-tiba
  • kaki membengkak
  • sesak nafas

Akan tetapi, ada satu tanda tetap yang seringkali semua wanita “terlepas pandang”.

Menurut kajian dari kumpulan Target Ovarian Cancer, hampir 99% wanita tidak tahu yang tanda tetap ini adalah gejala kanser ovari.

Ia adalah rasa lebih kerap untuk ke tandas – kencing.

kanser ovari

Bagi sesetengah orang, mungkin perbuatan asyik nak ke tandas itu satu benda biasa. Tapi kalau anda perasan peningkatan kekerapan untuk ke tandas, hati-hati!

Simptom asyik ke tandas untuk kencing

Menurut Pengarah Perkhidmatan di Target Ovarian Cancer – Katherine Pinder, gejala ini merupakan satu tanda bagaimana kanser ovari menjejaskan pundi kencing wanita.

Ini kerana bahagian abdomen wanita akan menolak organ yang berhampirannya, termasuklah pundi kencing.

Simptom ini sama seperti seorang wanita hamil yang akan kerap ke tandas untuk kencing.

Anda juga mungkin akan lebih kerap kencing jika anda minum banyak air, atau anda merupakan penghidap kencing manis.

Tapi, ia tak bermaksud anda perlu memandang ringan simptom ini sebagai bukan simptom kanser ovari. 

5 faktor yang meningkatkan risiko kanser ovari

Menurut American Cancer Society, sepertimana pendedahan kepada cahaya matahari yang berpanjangan boleh menjadi salah satu faktor risiko kanser kulit, kanser ovari juga boleh tercetus kerana beberapa faktor.

Antaranya ialah:

1. Umur

kanser ovari

Kredit: NetDoctor

Risiko untuk terkena ovarian cancer semakin meningkat sejajar dengan usia seseorang wanita.

Biasanya, kanser ovari tidak terjadi pada wanita yang berusia bawah lingkungan 40-an. Kebanyakan kanser ovari terjadi selepas menopaus. 

2. Sejarah keluarga dengan kanser ini atau kanser payudara

Kanser ovari boleh diwarisi dalam keluarga. Ini kerana risiko mutasi (gen) yang diwarisi boleh berubah dan menyebabkan sindrom kanser.

Jika anda ada ibu, kakak atau anak perempuan yang pernah menghidap kanser ovari, seeloknya anda melakukan pemeriksaan awal.

3. Obesiti

Kajian telah mendapati kaitan antara wanita yang obes dan ovarian cancer.

Keseluruhannya, wanita obes (dengan BMI 30 ke atas) akan lebih berisiko untuk terkena kanser ini.

4. Pil perancang keluarga

Wanita yang menggunakan kontraseptif (perancang keluarga) jenis pil atau yang perlu ditelan mempunyai risiko ovarian cancer yang lebih rendah.

Stories Rakan Kongsi
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?

Malah, kajian baru-baru ini juga mendedahkan perancang keluarga jenis suntikan hormon Depo-Provera CI juga menurunkan risiko terkena ovarian cancer.

kanser ovari

Kredit: camillaengmanz.gq

Breastfeeding juga menurunkan risiko ini.

5. Ubat kesuburan

Dalam sesetengah kajian, pengkaji mendapati wanita yang mengambil ubat kesuburan seperti clomiphene citrate selama 1 tahun akan ada risiko kanser ovari yang lebih tinggi.

Malah, wanita yang tidak subur juga lebih berisiko terkena ovarian cancer berbanding wanita yang subur dan hamil.

Sama-samalah kita, wanita menjaga kesihatan tubuh badan kita. 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Yahoo!, American Cancer Society dan MedicineNet

Kredit gambar: Health Magazine

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-tanda-awal-kanser-ovari-yang-anda-patut-tahu/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Satu Tanda Kanser Ovari Yang 99% Wanita Tak Sedar, Hinggalah Semuanya Sudah Terlambat!
Kongsikan:
  • 6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

    6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

  • Diserang kanser ovari, ibu kuat ini redha kehilangan rahimnya

    Diserang kanser ovari, ibu kuat ini redha kehilangan rahimnya

  • Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
    Stories Rakan Kongsi

    Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • 6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

    6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

  • Diserang kanser ovari, ibu kuat ini redha kehilangan rahimnya

    Diserang kanser ovari, ibu kuat ini redha kehilangan rahimnya

  • Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
    Stories Rakan Kongsi

    Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.