Pernahkah anda mimpi susukan bayi sedangkan anda tidak pernah mengandung atau berkahwin. Apakah maksud semua mimpi tersebut.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Maksud mimpi menyusukan bayi, adakah benar ia sekadar mainan tidur?
- Maksud mimpi susukan bayi menurut pandangan Ustaz Kazim Elias
Adakah anda perlu bimbang sekiranya mengalami mimpi seperti itu? Atau adakah anda hanya membiarkan sahaja, tidak perlu mengingatinya serta menanggap ia hanya mainan tidur.
Di sini kami senaraikan 5 maksud mimpi menyusukan bayi selain penerangan daripada seorang pendakwah bebas.
Maksud mimpi menyusukan bayi, adakah benar ia sekadar mainan tidur?
1- Perasaan kebergantungan
Mimpi menyusukan bayi melambangkan kebergantungan atau mahu berpaut kepada seseorang yang anda sayangi. Ia mewakili perasaan ‘memiliki’ yang mana anda tidak boleh hidup tanpanya.
Mimpi tersebut juga menunjukkan betapa sukarnya untuk ‘melepaskan’ seperti mana bayi yang bergantung perlindungan daripada ibunya.
Malah ia menunjukkan kerinduan anda untuk bersama seseorang yang anda harapkan. Anda tidak boleh melepaskan atau membiarkan dia berlalu pergi daripada anda.
Ia juga melambangkan pergantungan emosi dan perasaan untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang anda sayangi dan cintai.
Bagaimanapun, terlalu bergantung dan bersandarkan kepada seseorang boleh menyebabkan anda tidak yakin untuk membuat keputusan berdasarkan kehendak anda sendiri.
Jadi mimpi ini juga memberitahu anda supaya menjadi seorang yang berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada seseorang.
2- Ikatan cinta dan kasih sayang yang istimewa
Simbol kepada cinta dan kasih sayang dan ia juga melambangkan kepercayaan dan sikap ambil berat yang mendalam. Sama seperti seorang ibu berkongsi ikatan cinta, kasih sayang dan menjaga anaknya. Mimpi menyusukan bayi mengingatkan anda kepada seseorang yang menyerahkan kasih sayang dan cintanya kepada anda.
Boleh jadi anda berkongsi ikatan yang istimewa dengan seseorang itu dan tidak mungkin anda melepaskan mereka. Mimpi ini mengingatkan anda untuk menyemai hubungan tersebut serta menghargai dan menjaganya dengan baik.
Perasaan cinta, kepercayaan dan persahabatan yang kuat ditunjukkan melalui mimpi ini, melambangkan semangat dan kasih sayang. Ia juga menunjukkan betapa rapat dan akrabnya hubungan dengan orang tersayang.
3- Perasaan takut untuk meninggalkan tabiat lama
Mimpi susukan bayi juga bermaksud takut untuk melepaskan. Ia menunjukkan ketidakselesaan anda kerana tidak dapat meninggalkan tabiat yang lama.
Anda bersandarkan kepada sesuatu atau seseorang dalam memberikan sokongan emosi. Jadi bukan suatu yang mudah untuk melepaskan atau memisahkan diri daripada sumber kekuatan tersebut. Mimpi ini menunjukkan anda masih berpegang kepada tabiat masa lalu walaupun ia tidak lagi bermanfaat atau berguna kepada anda.
Justeru, anda perlu ingat bahawa semakin anda berusia dan matang, anda memerlukan ruang untuk perkara baharu dalam hidup. Melepaskan dan meninggalkan sesuatu membantu untuk menghilangkan ketakutan dalam diri anda.
4- Merasakan diri kurang berharga
Mimpi ini melambangkan anda mempunyai tahap keyakinan diri dan menghargai diri yang kurang. Sebagai contoh, anda tidak selesa atau tidak suka dengan kulit anda. Anda tidak menyukai diri anda sendiri selain tidak yakin dengan diri.
Perasaan terlalu bergantung kepada orang lain kebiasaanya berasal daripada perasaan tidak yakin dengan diri. Anda merasakan diri tidak berguna dan mimpi ini mengingatkan anda supaya sentiasa positif.
Ia memberi mesej peribadi kepada anda supaya menghargai diri. Anda mempunyai kekuatan untuk berubah dan menjalani kehidupan dengan cara yang anda inginkan.
Fokus kepada perkara positif dan apa yang anda miliki. Belajar untuk mencabar tanggapan negatif kepada diri serta berubah kepada positif.
5- Simbolik kehamilan dan keibubapaan
Mimpi susukan bayi melambangkan anda bakal memulakan keluarga baharu tidak lama lagi dan menandakan kepada kelahiran bayi dan permulaan kepada naluri keibubapaan. Dalam kalangan wanita, mimpi seperti ini adalah perkara biasa dan ia menyerlah sikap keibuan mereka.
Selain itu, mimpi ini memberi tanda tidak mustahil untuk anda hamil suatu hari nanti. Bagi wanita yang sedang mengandung pula, mimpi ini menunjukkan sikap ambil berat terhadap bayi yang dikandung.
Dalam masa sama, mimpi ini mendorong anda untuk menerima perubahan baharu serta berani melangkah untuk menggapai impian dan kejayaan dalam hidup anda.
Maksud mimpi susukan bayi menurut pandangan Ustaz Kazim Elias
Menurut pandangan pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias pula, mimpi menyusukan bayi menunjukkan seseorang tersebut mengalami gangguan jin.
“Kalau mimpi menyusu, ‘potong’ mimpi tu, jadi pengarah kejap. Lempar budak tu kerana itu adalah gangguan jin dan tersangat tidak elok,” katanya menerusi ceramah pada video Youtube.
Beliau berkata, gangguan jin memberi beberapa kesan kepada seseorang seperti sering mengantuk pada waktu petang hingga masuk waktu maghrib misalnya dari jam 6.30 petang ke 7 malam selain perasaan melayang-layang dan tanpa sedar menangis tanpa sebab.
Kesan lain pula seperti sukar untuk tidur manakala jika tidur, mudah untuk terjaga serta tidak boleh mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan azan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Alami ‘Hot Flashes’ Selepas Bersalin? Habis Basah Katil Semasa Tidur, Mengapa Ini Terjadi?
Baca juga: Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Baca juga: Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Yang Sihat & Mudah, Suami Pun Boleh Buat!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!