X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini 3 Sebab Mengapa Doktor Larang Baby Pakai Mittens & Booties, Ia Punca Salur Darah Tersekat

3 min bacaan
Ini 3 Sebab Mengapa Doktor Larang Baby Pakai Mittens & Booties, Ia Punca Salur Darah Tersekat

Mittens baby dan booties memang comel di saat anak kecil memakainya namun ketahuilah bahawa ia punca kepada salur darah tersekat. Ikuti perkongsian lanjut daripada doktor ini.

Selalu kita mendengar doktor akan melarang ibu memakaikan mittens baby dan booties terlalu lama kepada bayi. Sampai kadang-kadang rasa pelik, mengapa pula tak boleh pakai ya?

Inilah antara perkara yang ibu ayah kurang sedari di kala memilih pakaian dan barangan untuk si jantung hati.

Ini kerana mittens dan booties itu walaupun nampak comel namun ia boleh memberikan kesan bahaya kepada bayi yang baru lahir jika dipakaikan terlalu lama.

Berikut ini adalah perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang kesan memakaikan mittens dan booties terlalu lama kepda baby.

Kesan mittens baby dan booties terlalu lama kepada bayi

#1. Biarkan si manja  explore sense of touch sejak dari kecil

mittens baby

Walaupun jari si manja masih halus namun sebolahnya dia mahu menyentuh semua benda sebab terasa lebih teruja memegang setiap objek dan tekstur tertentu.

Dengan cara ini, deria sentuhan bayi akan lebih terangsang. Kemudian baby akan melalui fasa belajar untuk memasukkan tangan dan benda ke dalam mulutnya pula. Ini merupakan rangsangan yang berlaku untuk deria rasa si kecil.

Dengan rangsangan yang berlaku itu nanti akan membuatkan perkembangan otak si manja jadi lebih hebat dan luar biasa.

#2. Mata baby belum sensitif sepenuhnya lagi

mittens baby

Kalau anda hendak tahu, bayi yang masih kecil tidak sedar bahawa dia mempunyai dua belah tangan.

Jadi bila dia dapat melihat tangannya sendiri maka dia akan lebih kerap menggunakan tangan dan jari untuk menyentuh apa saja yang ada di hadapan matanya.

Sebab itu kalau duduk sorang-sorang pun bayi kelihatan begitu teruja dan terleka untuk bermain dengan jari-jemarinya.

#3. Boleh menyebabkan salur darah tersekat

Ini 3 Sebab Mengapa Doktor Larang Baby Pakai Mittens & Booties, Ia Punca Salur Darah Tersekat

Ini yang paling menakutkan jika ia benar-benar berlaku di mana jika dipakaikan mitten dan booties terlalu lama ia dikhuatiri boleh menyebabkan tangan dan kaki bayi menjadi kebiruan kerana salur darah tersekat.

Kadang-kadang jari tercedera ini boleh buat ibu ayah dan penjaga tak perasan. Misalnya jari jemari si kecil itu terbelit benang dan sebagainya.

Sebab itu kalau dipakaikan mitten dan booties ini, anda kena selalu semak keadaan jari jemari anak supaya tidak berlaku sebarang kecederaan semasa memakainya.

Justeru, bagi mengelakkan kesan buruk di kemudian hari, adalah lebih baik anda hindari memakaikan si kecil terlalu kerap dan terlalu lama sarung tangan serta kaki ini.

Jangan disebabkan ia comel maka anda nak pakaikan terlalu lama kepada si comel anda. Kelak nanti anda juga akan menyesal tak sudah. Kalau boleh lepas ibu habis berpantang maka bayi juga tidak perlu dipakaikan lagi dengan kedua-dua benda ini.

Selain itu, adalah lebih baik ibu hanya membelinya dengan kuantiti yang sedikit kelak tak rugi di kemudian hari.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa untuk dikongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain yang mungkin sedang berada dalam pantang. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Ahmad Luqman Bukhari 

Baca juga: Checklist barang bayi baru lahir dan keperluan bersalin; lengkap A TO Z

Baca juga: Kalau Betul Teknik Bedungnya, Bayi Boleh Syok Tidur Berjam-Jam! Betul Ke?

Baca juga: Cara mencuci dan menyimpan baju bayi baru lahir untuk ibu bapa baru

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Ini 3 Sebab Mengapa Doktor Larang Baby Pakai Mittens & Booties, Ia Punca Salur Darah Tersekat
Kongsikan:
  • Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?

    Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?

  • Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Pada Anak: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Pada Anak: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?

    Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?

  • Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Pada Anak: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Pada Anak: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.