5 Senaman Yang Patut Dielakkan Semasa Mengandung

Terdapat banyak jenis senaman yang boleh dilakukan tetapi adakah ia sesuai dan selamat? Berikut adalah 5 senaman yang patut dielakkan semasa mengandung.

Jika anda seorang yang gemar bersenam, kehamilan tidak harus menjadi penghalang untuk melakukan senaman kegemaran anda. Cara hidup yang aktif dengan melakukan senaman yang sesuai, adalah penting untuk kehamilan yang sihat.

Ketika saya mengandung dulu, saya selalu berenang sekurang-kurangnya 20 lap di kolam renang, 2 kali seminggu sehingga minggu ke-34.

Masih berenang pada minggu ke 34

Saya menganggap diri saya cukup cergas pada masa itu. Mungkin sebahagian daripada kamu masih terkejut berapa banyak lap saya telah habiskan, tetapi badan saya tidak berasa letih.

Sebaliknya, aktiviti fizikal berenang telah membantu saya untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam. Saya juga perasan badan saya lebih bertenaga di siang hari.

Terdapat banyak jenis senaman yang boleh dilakukan tetapi adakah ia sesuai dan selamat? Berikut adalah 5 senaman yang patut dielakkan semasa mengandung:

 

#1 Sit Up dan Crunch

Sumber: Internet

Sebelum mengandung, mungkin kedua-dua senaman ini telah membantu menjaga perut yang kempis dan ramping. Tetapi apabila anda hamil, badan anda sedang mengalami banyak perubahan. Senaman sit-up atau crunches bukan pilihan yang baik apabila otot abdomen anda sudah diregangkan!

 

#2 Latihan Selang High-Intensity (HIIT)

sumber: Andrew Gardner's Illustration Portfolio

Latihan HIIT bukan untuk semua orang, walaupun tahap kecergasan anda sangat tinggi. Apabila anda hamil, Latihan HIIT boleh memberi tekanan kepada jantung anda. Ini adalah kerana jantung anda sudah bekerja keras untuk mengepam 30% lebih banyak darah apabila anda hamil.

 

#3 Over-head Shoulder Press

sumber: womanshealthmag

Apabila perut anda mengembang, tekanan pada bahagian bawah belakang anda akan bertambah. Apabila melakukan senaman ini, terutamanya dengan dumbell yang berat, ia boleh meletakkan tekanan yang lebih banyak dan boleh menyebabkan sakit belakang.

 

#4 Yoga yang menggunakan bilik panas

sumber: Yoga City

Ibu hamil yang terdedah kepada suhu yang tinggi apabila mereka hamil minggu ke 4 - 6, mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi. Suhu yang tinggi semasa mengandung juga boleh meningkatkan risiko bayi kecacatan tiub neural.

Jika anda mahu mencuba yoga, terdapat banyak posisi yoga yang sesuai ibu-ibu hamil. Elakkan menahan nafas semasa melakukan posisi yoga yang sukar.

 

#5. Angkat berat

sumber: Youtube

Ibu hamil tidak digalakkan melakukan senaman angkat berat semasa mereka mengandung. Tetapi terdapat juga ibu-ibu hamil yang mengikuti senaman Cross Fit yang telah berjaya mengangkat berpuluh-puluh kilo!

Ia adalah penting untuk berbincang dengan doktor mengenai tahap kecergasan anda sebelum cuba sukan ini. Sukan angkat berat boleh menyebabkan tekanan kardiovaskular dan otot.

 

Sumber: Momjunction