Cyst atau sista dalam ovari adalah seperti ketumbuhan di dalam sistem pembiakan. Ia biasanya datang dan pergi semasa anda haid. Ada sesetengah wanita tidak sedar mereka mempunyai tanda tanda cyst ini kerana anggap ia adalah normal.
Sista ovari sebenarnya ialah satu poket padat atau berisi cecari di dalam atau pada ovari seorang wanita. Ia biasanya perkara yang biasa, terutamanya pada wanita hamil mahupun yang belum menopaus. Bahkan sista ovari tidak menyakitkan dan membahayakan nyawa.
Tanda Tanda Cyst Wanita
Cyst wanita menjadi masalah apabila ia tidak hilang atau saiz bertambah besar. Berikut tanda tanda cyst pada rahim wanita:
1. Sakit Berterusan Di Bahagian Pelvik
Tanda-tanda cyst ovari yang biasa terjadi adalah sakit di bahagian kanan atau kiri di bawah pelvik (tempat letaknya ovari).
Jika anda mempunyai ketumbuhan di tempat yang tak sepatutnya ada, anda pasti akan rasa sakit semasa melakukan sesuatu seperti senaman atau berhubungan intim.
Menurut Dr. Taraneh Shirazian, pakar ginekologi di NYU, “jika rasa sakit menjadi semakin bertambah, anda mungkin mempunyai ovarion torsion.”
Ini terjadi apabila simptom cyst anda menjadi besar dan boleh bergerak atau berpusing dengan sendiri lalu memotong saluran darah yang menyebabkan anda rasa sangat sakit di bahagian pelvik.
2. Kerap Kembung Perut
Bengkak atau kembung perut biasanya adalah tanda tanda cyst yang sangat tak jelas, tapi ia boleh dikaitkan dengan cyst ovari bergantung pada saiznya.
Kebanyakan cyst hanya bersaiz bawah 10cm. Tapi, beberapa cyst boleh tumbuh sangat besar sebesar saiz buah tembikai!
Ramai wanita hanya menganggap mereka tambah berat badan, tapi sakit perut atau kembung perut boleh disebabkan oleh cyst yang sedang membesar di dalam perut.
3. Rasa Kenyang Atau Perut Penuh
Salah satu tanda tanda cyst ovari adalah rasa berat pada bahagian perut kerana cyst adalah jisim dan ia boleh memberikan anda rasa seperti tekanan dalam perut.
Rasanya sama seperti sembelit, tapi rasa ini hanya menyerang salah satu bahagian pelvik anda. Jika sistem pembuangan anda baik tapi anda rasa seperti ini selama dua hingga tiga minggu, mungkin ini adalah masa untuk anda berjumpa doktor.
4. Rasa Nak Terkencing
Jika tanda cyst menolak pundi kencing anda, anda mungkin akan rasa nak terkencing selalu. Ada juga yang rasa nak terkencing tapi susah nak keluar, ini mungkin kerana cyst telah menghalang saluran kencing anda.
Jika anda mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan saluran kencing, anda perlu berjumpa doktor.
5. Sakit Ketika Bersama Pasangan
Tanda-tanda ada cyst dalam rahim yang seterusnya adalah sakit semasa melakukan seks.
Jika anda melakukan hubungan seks dengan pasangan menyebabkan rasa tidak selesa serta sakit, ia mungkin tanda cyst ovari.
Tanda-tanda ada cyst dalam rahim ini, bila ia membesar boleh terletak pada belakang rahim pada kedudukan serviks anda. Jadi, anda akan rasa sakit bila berlaku penetrasi yang dalam.
Kebanyakan tanda tanda cyst dalam rahim adalah biasa dan tak memerlukan apa-apa rawatan kerana ia akan hilang dengan sendiri.
Punca Sakit Cyst
Punca sakit cyst boleh terjadi disebabkan oleh berbagai faktor, antaranya adalah:
- Ketidakseimbangan hormon: Gangguan hormon, seperti ketidakseimbangan estrogen dan progesteron, boleh menyebabkan pembentukan sakit cyst
- Faktor genetik: Sesetengah sakit cyst ovari mempunyai komponen genetik yang boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat sista.
- Endometriosis: Keadaan endometriosis, di mana tisu yang biasanya melapisi rahim tumbuh di luar rahim, juga boleh menyebabkan sakit cyst ovari terbentuk.
- Sindrom ovari polikistik (PCOS): PCOS adalah gangguan hormon yang boleh menyebabkan pembentukan sista ovari.
- Kehamilan: Dalam sesetengah kes, sista ovari boleh terbentuk semasa kehamilan dan biasanya hilang sendiri selepas bersalin.
Makanan Penyebab Cyst
Ada beberapa jenis makanan penyebab cyst dan ia dianggap sebagai pengaktif penyakit cyst ini. Antaranya termasuklah:
- Soya dan evening primrose: Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen. Jadi kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst
- Ayam: Kebiasaannya, ayam disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar tumbesaran. Justeru pertimbangkan untuk ambil ayam kampung berbanding dengan ayam yang disuntik hormon estrogen.
- Ikan keli yang dibela
- Pengambilan makanan tinggi kolesterol boleh penyebab kenaikan hormon estrogen.
Cara Mengesan Cyst Wanita
Terdapat beberapa cara check cyst yang perlu anda lakukan. Berikut adalah kaedah pemeriksaan biasa:
1. Pemeriksaan Fizikal
Cara check cyst ini dapat mencari tanda tanda cyst ovari. Mereka akan memeriksa perut, pelvis, dan organ pembiakan wanita menggunakan tangan mereka untuk merasakan sebarang ketulan atau bengkak yang tidak normal.
2. Ultrasound
Kaedah ini menggunakan gelombang bunyi yang tinggi untuk membuat gambar organ dalaman badan. Dalam kes sista ovari, terdapat dua jenis ultrasound yang biasa digunakan:
a. Ultrasound Transvaginal: Doktor akan memasukkan probe ultrasonik kecil ke dalam faraj untuk mendapatkan lebih dekat gambar ovari dan organ berkaitan. Kaedah ini memberikan gambaran yang lebih jelas, terutamanya jika sista ovari adalah kecil.
b. Ultrasound Perut: Dalam sesetengah kes, doktor mungkin melakukan ultrasound perut menggunakan probe ultrasonik pada permukaan perut untuk melihat ovari dan penyakit cyst.
3. Ujian Darah
Doktor juga boleh mempertimbangkan ujian darah untuk mengukur tahap hormon tertentu, seperti hormon perangsang folikel (FSH), hormon lutein (LH), estrogen, dan progesteron. Ujian darah ini boleh memberikan petunjuk tentang aktiviti hormon ovari dan membantu dalam diagnosis penyakit cyst.
4. Pemeriksaan Pengimejan Lain
Dalam sesetengah kes, doktor mungkin merujuk pesakit untuk ujian pengimejan tambahan, seperti tomografi berkomputer (imbasan CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI). Kaedah ini boleh memberikan imej yang lebih terperinci tentang ovari dan penyakit cyst, terutamanya jika penilaian lanjut diperlukan.
Ibu boleh rujuk kepada doktor pakar sakit puan yang senaraikan di sini untuk memeriksa dan mengetahui lebih tentang cyst.
Rawatan Sista Ovari
Anda harus ingat bahawa sista ovari tidak membahayakan. Namun digalakkan untuk dikeluarkan kerana sekiranya saiznya bertambah besar, ini boleh menyebabkan gangguan kepada struktur dalaman.
Sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor berpengalaman tentang isu ini. Mereka mungkin mengesyorkan untuk abaikan sahaja sista kecil.
Namun jika sista anda mendatangkan masalah dan bersaiz besar, doktor akan menggunakan jarum dan menyedut keluar kandungan agar cyst kosong dan kecut. Rawatan lain pula adalah melalui pembedahan iaitu:
- Laparoskopi – Pembedahan untuk sista kecil. Doktor mengeluarkan sista dengan alat kecil berkamera dan anda tidak perlu bermalam di hospital.
- Laparotomi – Pembedahan untuk sista yang mungkin sebenarnya kanser. Ia dilakukan dengan memotong bahagian tertentu dalam perut.
Tanda Cyst Sudah Kecut
Cysta yang mengalami pengecutan atau pengecutan biasanya berlaku kerana cyst mengeluarkan kandungan atau cecairnya, atau kerana rawatan atau campur tangan perubatan yang telah dijalankan.
Jika anda mempunyai sista yang telah pecah atau telah menjadi lebih kecil, adalah penting untuk berunding dengan doktor atau profesional perubatan anda untuk penilaian lanjut.
Perbezaan Fibroid Dan Cyst Rahim
Fibroid dan cyst ovari adalah dua keadaan berbeza yang boleh menjejaskan organ pembiakan wanita. Berikut adalah perbezaan antara fibroid dan sista ovari:
- Lokasi: Fibroid terbentuk dalam rahim, manakala sista ovari terbentuk dalam ovari.
- Ciri-ciri: Fibroid ialah ketumbuhan yang terdiri daripada tisu otot dan gentian, manakala cysta ovarii ialah ketulan yang dipenuhi dengan cecair atau pepejal yang berkembang di dalam atau di sekeliling ovari.
- Keganasan: Fibroid umumnya tidak berbahaya dan jarang menjadi kanser. Sebaliknya, sista ovari boleh menjadi benigna (bukan kanser) atau, dalam beberapa kes, malignan (kanser).
- Simptom: Fibroid boleh menyebabkan gejala seperti sakit pelvis, perubahan haid, tekanan dalam perut, dan gangguan saluran kencing. Cysta ovari boleh menyebabkan simptom yang sama, seperti sakit pelvis, perubahan kitaran haid, ketidakselesaan semasa persetubuhan, dan perubahan dalam corak kencing.
- Kesan ke atas kesuburan: Fibroid yang besar atau banyak boleh menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kesukaran untuk hamil atau keguguran. Sista ovari yang tidak terkawal atau besar juga boleh menjejaskan kesuburan dengan mengganggu pembebasan telur atau menjejaskan fungsi ovari.
- Rawatan: Rawatan untuk fibroid dan sista ovari boleh berbeza-beza bergantung pada saiz, jenis dan gejalanya. Rawatan untuk fibroid boleh termasuk ubat untuk mengawal gejala atau pembedahan, seperti membuang fibroid atau histerektomi (pembuangan rahim). Rawatan sista ovari boleh berbeza daripada pemerhatian dan pengawasan untuk sista yang kecil dan tanpa gejala, kepada pembedahan untuk membuang sista yang lebih besar atau yang menyebabkan masalah.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 tanda awal kanser yang wanita mungkin salah anggap sebagai simptom mengandung
Baca juga: Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)
Baca juga: Pcos Simptom: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!