X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pasangan Belum Ada Zuriat, Ibu Anak Kembar 3 Ini Pesan Ubah Mindset Ke Arah Positif

5 min bacaan
Pasangan Belum Ada Zuriat, Ibu Anak Kembar 3 Ini Pesan Ubah Mindset Ke Arah Positif

Ubah mindset ke arah yang lebih positif. Ikuti nasihat ibu ini yang TTC 5 tahun, reda dan ikhlas sehingga Allah mengurniakan anak kembar

Bagi pasangan yang belum dikurniakan rezeki anak, berhadapan dengan 'mulut orang' serta pertanyaan menjurus kepada zuriat kadangkala boleh mengguris hati. Jadi bagaimana untuk ubah mindset anda dalam mengharungi situasi seperti berikut?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Selalu rasa hilang semangat sebelum ubah mindset
  • Reda dan ikhlas, ubah mindset anda
  • Bina silaturrahim dengan orang sekeliling
  • Ada makcik doakan lahir kembar tiga

Setiap pasangan berumah tangga, mempunyai keinginan menimang cahaya mata kerana anak bukan hanya menceriakan suasana bahkan, penguat kasih sayang antara suami dan isteri.

Selalu rasa hilang semangat sebelum ubah mindset

ubat mindset
Seperti dikongsikan pada hantaran Facebook Raihana Kadir yang juga seorang kepada anak kembar tiga, dia sendiri berdepan pelbagai pengalaman sewaktu TTC (Try To Conceive) atau wanita cuba untuk hamil/mengandung selama 5 tahun. Ikuti kisah ibu ini cara mengubah set minda ke arah yang positif.

"Kita akan down jika kita menunggu rezeki yang kita idam-idamkan tak muncul-muncul. Kita akan rasa kecewa jika benda yang kita mahu tak dapat-dapat.''

''Macam dalam situasi berTTC, kita akan rasa down tiap kali kita datang period atau tiap kali kita test UPT dan selalu negatif. Siapa selalu rasa perasaan itu? Bagi saya, itu pengalaman biasa".

"Tipulah kalau saya kata saya tak pernah lalui. Dulu mula-mula kahwin, boleh dikatakan hari-hari menangis apabila mengetahui ada kenalan hamil atau mereka muat naik di media sosial.''

''Setiap hujung minggu menangis dan biasanya apabila balik ke kampung dan setiap hujung bulan menangis apabila period datang atau UPT negatif".

"Bila teringat balik, rasa seperti kanak-kanak pun ada, sampai suami pun tak tahu nak cakap apa. ‘Dah la tu Yang, abang dah tak tahu nak cakap apa dah’. Yelah, asyik menangis saja, mana tak suami yang tension".

Reda dan ikhlas, ubah mindset anda

ubah mindset

"Tapi bila sudah lama lebih setahun, saya kurang menangis seperti sudah boleh terima keadaan, namun masih belum reda sepenuhnya. Perlu reda dengan ikhlas, bukan reda tapi dalam hati sedih dan sumpah seranah".

"Dulu, kalau ada kenduri, rasa malas nak pergi sebab tak nak dapat soalan cepumas seperti; bila nak ada isi?, belum mengandung lagi?, eh, kan dah lama kahwin, belum ada anak lagi? Kadangkala nak menjerit saja dan jawapannya pun kita tak tahu".

Macam mana kita nak jawab soalan tersebut. Apabila tiba masa waktu balik kampung pun, kita rasa tak mahu balik sebab tak nak tengok isteri-isteri yang perutnya membesar bawa bayi dalam tu, sayu rasa hati. Agak lama saya berperasaan begitu, tetapi bila saya betul-betul reda dengan takdir, saya ubah mindset saya.

Bina silaturrahim dengan orang sekeliling

ubah mindset

"Apabila ada kenduri, saya pergi dan balik kampung pun, sudah tidak ada rasa apa-apa. Saya bina silaturrahim bersama keluarga dan kenalan. Bila orang tanya, saya akan jawab dengan tenang, belum lagi, doakan saya ya (sambil tersenyum). Bila kita jawab begitu, pasti orang yang tanya tersebut akan jawab, insya-Allah ada rezeki anak lepas ni".

"Apa yang kita perlukan adalah doa orang sekeliling sebab kita tidak tahu doa siapa yang termakbul. Jadi kenapa kita mahu jauhkan diri daripada orang sekeliling sedangkan dia boleh mendoakan kita. Saya mohon siapa yang berTTC jadikan rutin minta orang sekeliling doakan kita. Biar ramai yang doakan kita, insya-Allah segalanya dipermudahkan".

Ada makcik doakan lahir kembar tiga

kelima
Menerusi hantaran yang lain, Raihana memberitahu, dia tidak pernah berdoa untuk mendapatkan anak kembar lebih-lebih lagi kembar tiga, setakat teruja apabila melihat orang lain dikurniakan rezeki anak kembar.

"Tapi saya mula teringat ada yang mendoakan saya mendapat kembar tiga semasa berada di Mekah menunaikan ibadah haji. Apabila dapat tahu mengandung kembar 3, tiba-tiba saya teringat makcik yang mendoakan saya itu. Muka tak ingat tapi kata-katanya saya ingat sampai sekarang".

"Semasa menunggu menunaikan solat zuhur, makcik-makcik di sebelah saya menegur. Mereka bertanya datang dengan siapa, dari mana, duduk tingkat berapa dan macam-macam lagi. Mereka teruja bila ada jemaah muda menunaikan haji, alhamdulillah rezeki saya dan suami. Soalan popular selalu saya dapat adalah, anak dah berapa?"

"Dengan tenang sambil tersenyum saya menjawab, 'belum lagi cik, acik doakan saya ya'. Jawapan yang selalu saya ulang bila dapat soalan serupa".

"Terus salah seorang makcik disitu menjawab 'acik doakan kau balik malaysia lepas ni, terus dapat kembar 3'. Terkedu kejap 'ala cik, jangan la 3' dalam hati saya bolehkah mengandung 3 orang. Lepas kejadian itu, saya meneruskan kehidupan seperti orang biasa dan alhamdulillah, doa makcik tersebut dimakbulkan oleh Allah".

Hantaran tersebut dikongsikan oleh ibu itu pada Mei 2019 dan ketiga-tiga anak kembarnya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan kini membesar dengan sihat. Kami mendoakan semoga dikurniakan kebahagiaan kepada keluarga ini. 

Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga: Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

Baca juga: Ibu Ada 2 Anak Lelaki Mahu Cuba Dapatkan Anak Perempuan, Tak Sangka Terima Kejutan Mengandung Kembar 5!

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Pasangan Belum Ada Zuriat, Ibu Anak Kembar 3 Ini Pesan Ubah Mindset Ke Arah Positif
Kongsikan:
  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

    Pakai Seluar Jeans Ketika Mengandung Tidak Bahaya, Tapi Jika Ketat Boleh Jadi Punca 7 Masalah Ini

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.