Ujian kehamilan atau pregnancy test adalah alat penting yang membantu wanita atau pasangan berkahwin untuk mengetahui sama ada diri hamil ataupun tidak.
Hal ini kerana sesetengah wanita mungkin tidak menyedari mereka sedang hamil kerana tiada pengalaman mengandung ataupun tidak mengalami sebarang tanda hamil.
Dalam artikel ini kami kongsikan panduan lengkap apa itu ujian kehamilan (pregnancy test), bilakah waktu sesuai untuk guna pregnant test dan cara guna pregnancy test dengan betul.
Ujian Kehamilan Positif/ Negatif
Apa Itu Pregnancy Test
Ujian kehamilan atau pregnancy test adalah alat yang mengesan kehadiran human chorionic gonadotropin (hCG), iaitu hormon yang dihasilkan oleh plasenta sejurus selepas implantasi berlaku.
Terdapat dua jenis utama test pregnant: berasaskan air kencing dan berasaskan darah.
Sejauh Manakah Ketepatan Ujian Kehamilan?
Ketepatan ujian kehamilan atau pregnant test (UPT) bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk sensitiviti ujian, waktu ujian, dan bagaimana arahan diikuti.
Secara amnya, ujian berdasarkan air kencing dianggap sangat tepat apabila digunakan dengan betul.
Namun, terdapat kemungkinan untuk keputusan pregnant test palsu negatif atau positif, terutamanya jika ujian dilakukan terlalu awal atau jika terdapat kesalahan penggunaan.
Ketepatan ujian kehamilan adalah faktor penting yang menjadi kebimbangan bagi individu yang menggunakannya untuk mengesahkan kehamilan.
Walau bagaimanapun, sejauh mana ketepatan test pregnant ini bergantung kepada beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti:
- Sensitiviti Pregnant Test: Sensitiviti ujian merujuk kepada keupayaan pregnant test untuk mengesan kehadiran hormon kehamilan, iaitu hormon chorionic gonadotropin manusia (hCG), dalam air kencing. Ujian dengan sensitiviti yang lebih tinggi cenderung dapat mengesan tahap hCG yang lebih rendah, yang bermakna ia dapat mengesan kehamilan lebih awal. Oleh itu, pregnant test yang memiliki sensitiviti tinggi cenderung memberikan hasil yang lebih tepat.
- Waktu Ujian: Waktu menggunankan test pregnant ini juga mempengaruhi ketepatan hasil. Kebanyakan ujian kehamilan mengesyorkan anda menggunakannya selepas haid datang lewat. Ini adalah kerana tahap hCG mungkin tidak mencukupi untuk dikesan sebelum haid. Jika ujian dilakukan terlalu awal, risiko hasil palsu negatif meningkat.
- Ketepatan Ujian: Ketepatan pregnancy test (UPT) juga bergantung kepada betapa telitinya pengguna dalam mengikuti arahan penggunaan ujian. Penggunaan yang tidak betul seperti menggunakan air kencing yang terlalu cair atau tidak menunggu lama untuk membaca hasil boleh mengakibatkan hasil tidak tepat.
- Kehamilan Ektopik atau Keguguran: Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun ujian kehamilan menunjukkan hasil positif, masih terdapat kemungkinan kehamilan berkaitan dengan masalah kesihatan, seperti kehamilan ektopik atau keguguran. Dalam kes ini, ujian kehamilan mungkin menunjukkan hasil positif, tetapi kehamilan tidak berkembang sepertimana yang dijangka turut mengakibatkan kesan palsu positif.
Bila Waktu Sesuai Untuk Buat Ujian Kehamilan
Ujian kehamilan sebaiknya dilakukan seminggu selepas anda terlepas haid. Jika tidak mahu menunggu selama itu, disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu selepas melakukan hubungan seks.
Yang terbaik adalah melakukan ujian kehamilan pada awal pagi, ketika kepekatan air kencing adalah paling tinggi pada masa tersebut.
Penting untuk mengelakkan melakukan ujian kehamilan terlalu awal kerana keputusan yang diperoleh mungkin tidak tepat. Ini disebabkan oleh keperluan badan untuk menghasilkan hormon HCG pada tahap yang mencukupi untuk dikesan dengan mudah oleh ujian kehamilan.
Selain itu, terdapat beberapa petanda lain yang boleh menjadi tanda untuk melakukan ujian kehamilan (UPT), antaranya:
- Badan rasa lesu
- Rasa sakit seperti senggugut
- Lebih kerap buang air kecil
- Payudara bengkak dan sensitif
- Muntah dan loya
- Deria bau lebih sensitif
Cara Guna Pregnancy Test
Cara guna pregnancy test adalah bergantung kepada jenis dan jenama yang anda pilih. Walau bagaimanapun kebiasaannya cara guna pregnant test adalah sama iaitu dengan:
- Tunggu 1-2 minggu selepas haid pertama sebelum buat pregnancy test.
- Baca arahan dengan teliti pada kotak atau kertas arahan produk.
- Gunakan sample urin yang pertama selepas bangun dari tidur kerana ia lebih pekat. Bagi anda yang ingin melakukan pregnancy test pada siang hari, pastikan jangan minum air terlampau banyak dan kalau boleh jangan kencing dalam tempoh 4-5 jam.
- Celupkan test pregnant itu ke dalam air kencing. Tunggu beberapa saat seperti yang dimaklumkan pada arahan.
- Semak keputusan kehamilan sama ada sama ada satu atau dua baris, simbol (+) atau (-), dengan kata-kata “Pregnant” atau “Not Pregnant”.
- Jika tidak ada garis atau garis, tanda dan tulisan yang muncul nampak samar-samar setelah mengikuti ujian, ini bermakna terdapat ralat semasa menggunakan pregnancy test. Anda perlu mengulang semula.
Jenis Kit Kehamilan Terbaik Di Pasaran
Jenis kit kehamilan terbaik di pasaran mungkin berbeza-beza bergantung pada keperluan dan keinginan individu. Namun begitu, terdapat beberapa jenis test pregnant yang sering menjadi pilihan pengguna kerana kelebihan yang ditawarkan.
#1. Pregnant Test Biasa
Pregnancy test adalah yang paling biasa dan mudah didapati di farmasi atau kedai produk kesihatan. Biasanya gunakan garisan atau tanda tambah/min untuk menunjukkan hasil.
Kelebihannya termasuk harga yang lebih rendah dan kemudahan penggunaan. Contohnya, jenama seperti Clearblue, First Response dan One Step.
#2. Pregnant Test Digital
Pregnancy test digital biasanya mempamerkan keputusan dalam bentuk perkataan, seperti “hamil” atau “tidak hamil,” atau nombor minggu kehamilan.
Harganya adalah lebih mahal, tetapi keputusan pregnancy test digital ini lebih jelas dan mudah difahami. Contoh jenama terkenal ialah Clearblue Digital Pregnancy Test.
#3. Pregnant Test Awal
Kit ujian awal dikatakan dapat mengesan kehamilan beberapa hari lebih awal daripada kit tradisional. Ia biasanya lebih sensitif kepada hormon kehamilan hCG, yang membolehkan pengguna membuat ujian awal sebelum datang haid yang dijangkakan.
Walau bagaimanapun, ketepatan ujian awal mungkin berbeza-beza, dan terdapat risiko keputusan negatif palsu. Contoh kit ujian awal termasuk First Response Early Result Pregnancy Test dan Clearblue Early Detection Pregnancy Test.
Apa Nak Buat Kalau Positif Hamil?
Apabila pregnant test positif, terdapat beberapa langkah yang penting untuk diambil bagi ibu yang mengalami kehamilan yang dijangka atau tidak dijangka.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan jika anda mendapati diri anda positif hamil:
- Mengesahkan Kehamilan: Langkah pertama adalah mengesahkan kehamilan dengan membuat temujanji dengan doktor atau pakar kesihatan. Doktor biasanya melakukan imbasan untuk melihat kehadiran kantung atau perkembangan kehamilan.
- Mencari Sokongan Perubatan: Selepas mengesahkan kehamilan, penting untuk mendapatkan penjagaan prenatal yang sewajarnya. Ini termasuk membuat temujanji awal dengan doktor untuk penilaian kesihatan ibu dan bayi, serta untuk merancang jadual penjagaan pranatal yang seterusnya.
- Menjalani Gaya Hidup Sihat: Amalkan gaya hidup sihat adalah penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Ini termasuk pemakanan yang seimbang, senaman yang berkala, mengelakkan bahan-bahan berbahaya seperti alkohol dan merokok, serta mengambil suplemen prenatal seperti asid folik.
- Berbincang dengan Pasangan atau Sokongan Keluarga: Penting untuk berbincang dengan pasangan atau ahli keluarga yang lain mengenai kehamilan. Sokongan emosi dan fizikal dari keluarga dan pasangan adalah penting bagi kesejahteraan anda semasa kehamilan.
- Merancang Kewangan: Kehamilan dan persediaan untuk menjadi ibu memerlukan perancangan kewangan yang baik. Ini termasuk membuat perbelanjaan untuk keperluan bayi, penjagaan kesihatan, dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran bayi.
- Mendapatkan Sokongan Emosi: Pengalaman kehamilan boleh menjadi perjalanan yang emosional. Jika anda berasa terjejas secara emosi oleh kehamilan atau perubahan yang berlaku, mencari sokongan daripada kumpulan sokongan kehamilan, kaunselor, atau ahli keluarga dan rakan yang dipercayai.
Kesimpulannya, ujian kehamilan atau pregnancy test (UPT) adalah alat penting bagi wanita dalam mengesahkan kehamilan secara peribadi.
Dengan memahami jenis-jenis test pregnant yang ada dan cara yang betul untuk menggunakan pregnant test, anda dapat menjaga kandungan lebih baik dalam memastikan kehamilan yang sihat.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Bagi Yang Sedang Merancang WAJIB Tahu
Baca juga: Apa Tanda Hamil 1 Minggu? Ada Beberapa Tanda Mengandung Seawal 1 Minggu Yang Boleh Rasa Pada Perubahan Diri
Baca juga: 11 Risiko Hamil Lewat Di Usia 35 Tahun Ke Atas (Geriatric Pregnancy), Ibu Sila Waspada
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!