Kanak-kanak apabila mengalami selsema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis dan merengek hingga membuatkan ibu buntu. Jadi, untuk membantu anda, hari ini kami senaraikan beberapa makanan dan cara hilangkan selsema anak ini.
Secara lumrahnya, kanak-kanak yang jatuh sakit akan menyebabkan selera makannya turut terjejas.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara hilangkan selsema bayi: ibu sediakan 5 makanan mudah ini
- Apa perlu buat jika anak tiada selera makan?
- cara hilangkan selesema anak dengan cara lain
Lagi pula ketika selsema, mereka akan berasa tidak selesa ketika makan kerana menganggap makanan yang dihidangkan itu membosankan dan hambar.
Kerongkong mereka pula akan gatal dan hidung tersumbat. Lagilah susah nak makan walaupun makanan yang dihidang itu antara kegemaran mereka!
Namun tak usah khuatir sangat. Hilang selera makan ketika selsema adalah perkara normal. Ia akan kembali seperti sedia kala selepas sihat.
5 Cara Hilangkan Selsema Bayi
Perkara utama yang harus dititik beratkan ketika anak selsema adalah si kecil tetap terhidrasi. Tetapi, sekiranya si kecil itu meminta makanan kerana lapar, anda boleh menyediakan beberapa jenis makanan ini untuk mereka.
Kelebihannya adalah ia amat berkhasiat dan boleh bantu anak pulih dengan lebih cepat!
1. Madu Asli
Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik dari ubat batuk yang dibeli dari farmasi. Ia dapat mengurangkan batuk, selsema dan sakit tekak.
Madu asli ialah bahan mujarab yang digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan. Ia terbukti berkesan merawat batuk dan melegakan sakit tekak secara saintifiknya.
Antara cara yang boleh ibu cuba untuk merawat selesema anak kecil dengan betul ialah:
- Beri anak makan 1/2 sudu teh madu sebelum waktu tidur.
- Campurkan madu dengan jus lemon atau air halia untuk menambahkan dos vitamin C, minyak pati dan antioksidan.
- Campurkan sedikit madu dengan tepung gandum, kemudian letakkan bancuhan tadi diatas kain perca (jadikan seperti patch) dan tampalkan dibekalang badan anak.
Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.
2. Sup ayam
Kajian menunjukkan, makan sup ketika selsema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:
- Rembesan mucus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak.
- Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.
- Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan.
Selain sup ayam, anda juga oleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.
3. Vitamin C
Pengambilan vitamin C dapat membantu mengurangkan gejala selsema.
Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.
Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi iaitu:
- Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis
Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selsema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.
4. Daging tanpa lemak
Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak.
Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.
5. Bawang putih
Bawang putih juga merupakan ramuan memasak yang lazat dan mencegah penyakit.
- Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat.
- Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selesema anak.
Apa perlu buat jika anak tiada selera makan?
Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.
Jadi, adalah lebih baik anda berikan makanan yang halus dan lancar seperti
- Makanan pejal yang ringan seperti puding, yogurt atau buahan-buahan yang mengandungi tinggi vitamin C.
- Sup dengan hirisan bawang putih.
- Kisarkan beberapa pilihan buah-buahan dan jadikan ia smoothie atau jus.
- Tetap beri susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah 6 bulan. Sementara itu, bagi ibu yang menyusu badan, anda disarankan amalkan pemakanan di atas supaya khasiatnya dapat kepada anak melalui susu badan.
Cara hilangkan selesema anak dengan cara lain
- Guna ubat titisan (saline drops) yang berbentuk cecair ke saluran hidung anak. Ia boleh digunakan tiga kali sehari.
- Banyakkan minum air bagi membantu kahak/lendir ingus lebih cair dan memudahkan urusan membersihkan hidung yang tersekat. Air putih, susu dan jus dapat membantu melegakan masalah ini.
- Tinggikan kepala bayi ketika tidur dapat membantunya bernafas dengan lebih baik di saat hidung tersumbat.
- Hidupkan humidifier supaya meningkatkan kelembapan udara dan membantu anak untuk bernafas dengan lebih baik.
- Bawa anak berjumpa doktor bagi merawat demamnya jika suhu semakin membimbangkan. Jika doktor bagi ubat, beri anak makan dengan waktu yang telah diarahkan.
- Jangan paksa mereka makan ketika sakit, biarkan mereka sendiri yang memberi tahu pada anda jika berkeinginan untuk makan.
Jika keadaan anak semakin berlarutan, adalah lebih baik dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk pemantauan yang lebih rapi.
Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bahan Semula Jadi Untuk Rawat Selsema Anak, Selamat & Berkesan!
Baca juga: Sangka Hanya Demam Biasa, Ibu Pasrah Anak Terpaksa Ditidurkan Kerana Kuman RSV
Baca juga: Bila Anak Demam, Lakukan Perkara Ini! Doktor Pesan Elakkan Jelum Kepala Guna Tuala Basah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!