6 jenis senyuman bayi, selaras dengan perkembangan positif otaknya

lead image

Tafsiran dan makna disebalik senyuman si kecil menjadi tanda tanya pada ibu dan ayahnya...

Bayi senyum buat pertama kali merupakan saat yang paling comel dan menggembirakan. Bahkan, menurut saintis, ia merupakan salah satu perkembangan emosi dan sosial bayi baru lahir!

Apa yang lebih penting ialah bagaimana anda bertindak balas terhadap senyuman manis mereka itu kerana ia dapat membantu otak bayi untuk berinteraksi dengan orang sekelilingnya.

Bayi senyum mengikut emosinya – kajian 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/BLOG BABY.jpg 6 jenis senyuman bayi, selaras dengan perkembangan positif otaknya

Kredit: Blog Baby

Baru-baru ini, saintis dari Universiti of California mencipta satu robot yang senyum pada sukarelawan dengan cara yang sama seperti bayi yang berumur empat bulan senyum. 

Dengan pengiraan matematik, penyelidik membuat kesimpulan, ketetapan senyuman bayi membuatkan ibu mereka juga turut tersenyum. 

Sementara itu, ahli psikologi di Johnson State College di Amerika Syarikat pula menegaskan bayi tidak akan tersenyum jika ibu bapa mereka tidak ketawa bersama

Bahkan mereka juga menyatakan bayi berumur lima bulan akan tertawa dan tersenyum pada benda lucu seperti bermain ba cak. Walaupun perlakuan itu nampak biasa saja, namun bagi bayi ia melucukan.

6 jenis bayi senyum – bayi anda suka buat yang mana?

1. Bayi senyum secara spontan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/bimbo tenero.600.jpg 6 jenis senyuman bayi, selaras dengan perkembangan positif otaknya

  • Ibu ayah menunggu dengan sabar bagi melihat senyuman si kecil yang baru lahir ini. 
  • Kebiasaan, senyuman jenis berlaku ketika bayi mengantuk atau semasa tidur. Ia dikenali sebagai senyuman spontan kerana tiada rangsangan daripada luar.
  • Senyuman bayi baru lahir ini mungkin disebabkan bahagian primitif otak dan impuls yang disambungkan ke sistem kognitif dan emosi. 

2. Senyuman secara sosial 

  • Apabila bayi berusia enam hingga lapan minggu, dia akan mula tersenyum dan bertindak balas kepada rangsangan luar seperti mendengar suara dan melihat wajah ibu bapanya
  • Bayi akan tersenyum apabila melihat orang yang dia kenal terutama ibu dan ayahnya. 
  • Bayi berusia tiga bulan ke atas akan kecewa jika orang dewasa yang tengah tersenyum padanya tiba-tiba bertukar wajah masam. 
  • Pakar percaya ini menunjukkan ekspresi emosi dan sebagai langkah untuk berinteraksi. 

3. Senyuman tanda bertindak balas terhadap orang sekeliling 

  • Anda dapat melihat senyuman ini pada bayi berumur antara dua hingga enam bulan. 
  • Ciri-ciri senyuman ini adalah mengangkat pipi dan otot mata untuk beri respon pada senyuman ibu bapanya. 

4. Senyuman sambil mulut terbuka atau senyuman suka bermain 

  • Bayi senyum dengan bibir dibesarkan dan mulut terbuka. Tanda dia terlalu suka! 
  • Ia dapat dilihat ketika anda sedang bermain dengan bayi yang berumur sekitar lapan bulan. Bahkan, ini merupakan langkah positif untuk melihat perkembangan bayi. 

5. Senyuman anticipatory 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/story.motherhood.com .jpg 6 jenis senyuman bayi, selaras dengan perkembangan positif otaknya

Kredit: story. motherhood.com

  • Setelah berumur enam bulan, bayi mula menyukai bermain dengan permainan. 
  • Contohnya, ketika bermain dan membelek mainan si kecil akan tersenyum. 
  • Apabila bayi berumur lapan hingga 12 bulan bermain dengan mainan yang berbunyi. Mereka akan memberi reaksi seronok dan tersenyum dengan girang. 

6. Lucu dan tertawa 

  • Bayi akan mula tertawa lucu sekitar umur sembilan bulan ke atas. 
  • Manakala bayi berusia tujuh bulan akan mula ketawa dan kemudian berhenti jika orang sekelilingnya tidak turut serta bersamanya. 
  • Menurut pakar, walaupun masih kecil. Kanak-kanak usia ini sudah dapat menyesuaikan tindak balas dengan emosi orang lain. 

Justeru ibu bapa perlu tahu maklumat bayi senyum ini supaya anda lebih peka terhadap emosi si kecil dan tidak terkejut sekiranya melihat bayi tersenyum dan ketawa girang. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Nakita ID 

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Mengapa bayi saya lambat senyum dan selalu nampak muram saja?