TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Wanita Ini Mengandung Lagi Walaupun Sedang Hamil, Ini Dipanggil Superfetation, Bukan Kembar!

4 min bacaan
Wanita Ini Mengandung Lagi Walaupun Sedang Hamil, Ini Dipanggil Superfetation, Bukan Kembar!

Anda sedang hamil, tetapi disahkan hamil lagi? Keadaan ini dipanggil superfetation dan ia bukanlah kehamilan kembar walaupun ada yang berkata begitu. Ini penjelasannya.

Mengandung dua kali dalam waktu sama dipanggil superfetation. Ramai yang ingat superfetation adalah kehamilan kembar, namun sebenarnya ia bukan perkara yang sama.

Superfetation terjadi apabila berlakunya persenyawaan ketika wanita itu sedang hamil dan telur itu berkembang menjadi janin. Ia bermakna ovum berjaya disenyawakan dengan sperma dan melekat di rahim selang beberapa hari atau minggu daripada kehamilan pertama.

Ia bukan kembar tetapi ia adalah kehamilan kedua ketika wanita tersebut sedang hamil. Kejadian ini amat jarang berlaku yang mana nisbahnya adalah satu kepada sejuta manusia, tetapi ia sering berlaku kepada haiwan. 

Sebilangan besar kes ini berlaku pada wanita yang menjalani rawatan kesuburan seperti persenyawaan invitro (IVF).

Kembar dan superfetation sama ke?

Kembar

Kredit: roberts.supertwins

Seperti dikongsikan seorang wanita ini, dia turut tidak menyangka akan mengalami kehamilan ajaib ini. Dia melahirkan kedua-dua bayinya serentak pada hari yang sama namun bayi yang kedua itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 95 hari. 

Dari segi pertumbuhan, mereka ternyata berbeza. Bayi yang pertama lebih besar dan yang kedua lebih kecil. 

Bayi yang lahir dari superfetation sering dianggap sebagai kembar kerana mereka mungkin dilahirkan semasa kelahiran yang sama pada hari yang sama.

Ini antara faktor risiko yang mengancam keselamatan bayi kerana bayi yang kedua itu mungkin terpaksa dilahirkan pada hari sama dengan bayi yang pertama, walaupun usianya masih belum cukup untuk dilahirkan. 

Tanda superfetation berlaku

Biasanya situasi ini akan dapat dikesan semasa ujian ultrasound di klinik atau hospital. Doktor dapat mengenal pasti jika ada kehadiran dua janin. Namun janin-janin itu mengalami perkembangan dan pertumbuhan yang sangat berbeza daripada segi saiz dan kematangan.

Anda mungkin akan dirujuk kepada doktor pakar jika dikesan anda mengalami superfetation kerana risikonya juga agak tinggi bagi kandungan seperti ini.

Komplikasi kepada ibu dan bayi yang dikandung

Kembar

Kredit: swastik healthbeing

Komplikasi paling ketara bagi keadaan ini adalah bayi akan membesar dan berkembang pada tahap yang berbeza semasa kehamilan. Perbezaan paling ketara ialah pertumbuhan mereka.

Apabila bayi pertama dilahirkan, janin yang seterusnya mungkin belum bersedia dan masih belum tiba masanya. Situasi ini akan menyebabkan risiko tinggi kelahiran pramatang bagi bayi yang kedua.

Kelahiran pramatang dianggap berisiko tinggi kerana bayi mampu mengalami masalah perubatan, seperti:

  • Masalah bernafas
  • Berat lahir rendah
  • Masalah pergerakan dan koordinasi
  • Kesukaran untuk makan
  • Pendarahan otak
  • Sindrom gangguan pernafasan neonatal, gangguan pernafasan yang disebabkan oleh paru-paru yang kurang berkembang

Selain itu, wanita yang membawa lebih dari satu bayi dalam kehamilan menghadapi risiko peningkatan komplikasi tertentu, termasuk:

Kembar

Kredit: bbc

  • Tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing (preeklampsia)
  • Doktor mungkin akan mencadangkan untuk ibu bersalin secara pembedahan kerana keadaan bayi yang tidak sama pertumbuhannya
  • Ada risiko bayi kedua tidak dapat diselamatkan jika dia terlalu muda tetapi terpaksa juga dilahirkan kerana seorang lagi bayi sudah sampai masa untuk dilahirkan

Simptom superfetation mungkin hampir sama dengan kehamilan kembar

  1. Rasa mual yang teramat kuat sehingga hilang selera makan, melainkan makanan yang mudah dihadam.
  2. Kurang toleransi terhadap makanan, bau, tekstur dan rupa sesuatu makanan. Terutamanya seperti daging, makanan laut, kopi dan teh.
  3. Saiz uterus yang membesar lebih daripada normal yang menunjukkan ada dua embrio.
  4. Tahap hCG tinggi. Boleh dikesan menggunakan kit ujian kehamilan. Tahap yang tinggi boleh dikesan di dalam air kencing sebelum anda sedar telah terlepas haid. Tahap hCG juga boleh dikesan melalui ujian darah, bagi mereka yang menggunakan bantuan rawatan konsepsi.
  5. Jantung bekerja lebih kuat. Wanita akan perasan denyutan nadi akan jadi lebih tinggi dari normal kerana jantung perlu mengepam dengan lebih banyak. Darah yang mengandungi oksigen perlu disalurkan kepada uterus.
  6. Pergerakan bayi dalam kandungan boleh dirasakan dengan lebih awal yang mana ibu yang hamil dengan bayi kembar dapat merasakannya lebih awal berbanding tempoh normal, iaitu selepas 15-16 minggu.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: insider, regenerativemedicinemarket

Kredit: lifestyle bisnis, semantic scholar

Baca juga: Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Jangan Umum Kehamilan AWAL Sangat, Takut Keguguran! Bila Masa Sesuai Untuk Umum?

Baca juga: Fasa Awal Kehamilan Agak Meletihkan, 11 Perkara Ini Penting Ini Ibu Wajib Take Note!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Wanita Ini Mengandung Lagi Walaupun Sedang Hamil, Ini Dipanggil Superfetation, Bukan Kembar!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham