X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Tak Selesa Bila Kena Ruam Lampin, Ibu Cuba 9 Cara Paling Mudah Ini Untuk Lindungi Kulit Si Manja!

4 min bacaan
Anak Tak Selesa Bila Kena Ruam Lampin, Ibu Cuba 9 Cara Paling Mudah Ini Untuk Lindungi Kulit Si Manja!

Kulit bayi yang sensitif merengsa dengan mudah kerana lebih halus dan mulus berbanding orang dewasa. Ibu-ibu, boleh cuba salah satu tips ini!

Kebanyakan bayi yang baru lahir sememangya mempunyai kulit yang sensitif, jadi tidak hairanlah jika mudah terjadinya ruam lampin terutamanya pada kemaluan, punggung, celah kelangkang dan pelipat peha.

Ia boleh terjadi apabila anak dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama sehingga kulit menjadi merah dan tidak selesa.

Tetapi, sebenarnya ruam yang biasa terjadi pada bayi tidak akan lama dan akan hilang dengan sendirinya kecuali masalah ekzema.

Pakar dermatologi pediatrik turut berkongsikan beberapa cara untuk yang paling mudah untuk melindungi kulit anak dari terkena ruam lampin dan ekzema. 

Cara untuk melindungi kulit anak anda 

KULIT

1. Jauhi produk yang mempunyai wangian, pewarna dan pengawet.

Tanpa disedari, kita sebenarnya banyak terdedah dengan bahan kimia setiap hari dan boleh jadi ia mungkin memudaratkan kulit si manja yang lebih tipis menyebabkan mudah untuk menyerap lebih banyak bahan kimia yang terdapat dalam produk penjagaan kulit.

Sebaiknya, pilih produk yang bebas dari wangian, pewarna dan bahan pengawet dengan kandungan bahan yang paling sedikit.

Pakar dermatologi pediatrik lebih mengesyorkan ibu-ibu menggunakan bahan produk yang mengandungi 100% minyak kelapa tulen, shea butter dan jeli petroleum yang selamat digunakan kepada anak-anak. 

Advertisement

2. Menjaga luka dapat mengurangkan parut. 

Jika anak anda mengalami luka, calar atau cedera ringan, bersihkan dahulu kawasan tersebut dengan sabun dan air untuk mengelakkan jangkitan.

Kemudian, oleskan krim pelembap untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering.

Kalau dibiarkan, luka pada kulit lambat sembuh kerana terjadinya kudis yang menyebabkan kesan parut.

3. Sapukan nappy cream pada kulit bayi jika terjadi ruam lampin.

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mencegah ruam lampin, pastikan anda menukar lampin bayi dengan lebih kerap dan tidak membiarkan bayi berlampin dalam tempoh yang lama. 

Namun, sekiranya kulit bayi mengalami ruam lampin, bersihkan dengan lembut tanpa menggunakan sabun. Cuci dengan air suam dan lap sehingga betul-betul kering. 

Baru sapukan nappy cream sebagai pelindung daripada terkena air kencing atau kotoran yang boleh merengsakan kulit. 

4. Gantikan sabun dengan air bersih.

Bayi tidak mudah berpeluh atau berminyak yang menyebabkan bau, jadi ibu ayah tidak perlu menggunakan sabun setiap kali membersihkan badan mereka.

Sebaliknya, guna air bersih atau air suam untuk mengelap dan membersihkan bayi untuk mengelakkan kulit mereka jadi kering dan mengalami ruam kemerah-merahan atau gatal-gatal akibat penggunaan sabun yang terlalu banyak buih. 

5. Mandikan anak untuk melembapkan kulit. 

Tanda-tanda ekzema seperti tompok-tompok kering, gatal-gatal dan ruam kemerahan boleh diatasi dengan mandi dengan lebih kerap untuk mengelakkan kulit anak dehidrasi. Hanya perlu berendam selama 5 hingga 10 minit sekali sehari dan lihat perubahannya. 

Jangan lupa lap hingga kering sebelum oleskan sebarang ubat ekzema tropikal dan pelembap sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema. 

6. Gunakan kira-kira satu sudu besar pelembap untuk setiap anggota badan.

kulit

Walaupun anak anda tidak mempunyai ekzema, penggunaan pelembap membantu memperbaiki dan menjadikan kulit kekal lembap. Oleh itu, pastikan anda sapukan pelembap pada anak kira-kira sebanyak satu sudu besar untuk setiap anggota badan dan biarkan ia meresap lebih kurang 5 minit. 

7. Memakai pelindung matahari pada anak anda.

Kulit anak yang terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang terlalu lama boleh mengundang risiko kanser kulit apabila mereka semakin tua. Untuk bayi 6 bulan kebawah, adalah disyorkan untuk memakai pelindung matahari pada kawasan kulit yang terdedah seperti muka dan tapak tangan. 

Jika keluar berjalan-jalan, pakaikan anak baju dan seluar panjang dengan kain yang nipis dan topi untuk melindungi kulit terdedah dengan cahaya matahari.

Sunscreen berasaskan mineral yang mengandungi zink oksidan atau titanium dioksida adalah bahan yang paling selamat untuk kanak-kanak. Pilih spektrum yang melindungi dari sinaan UVA dan UVB dan mempunyai kadar SPF 30 atau lebih tinggi. 

8. Sapu ruam biasa dengan pelembap.

Kebanyakan ruam tidak berbahaya, jadi ada baiknya jika anda sapukan dahulu krim atau pelembap untuk melegakan kerengsaan kerana adakalanya ia mungkin hilang dengan sendirinya.

Namun, jika ia berlanjutan sehingga menyebabkan demam, lepuh atau alahan muncul pada bahagian sensitif seperti mata, mulut atau kemaluan, pastikan dapatkan rawatan doktor dengan segera. 

9. Jika tumbuh tahi lalat baru, dapatkan nasihat doktor.

Jika anda perasan tumbuh satu atau lebih tahi lalat baru pada anak, adalah lebih baik jika berjumpa dengan pakar dermatologi atau pakar kanak-kanak sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. 

Sentiasa perhati dengan teliti perkembangan tahi lalat sekiranya ia berubah dalam saiz, bentuk, warna atau berbeza dengan tahi lalat yang biasa. 

Parents.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penting Ambil Tahu Jenis Krim Yang Disapu Pada Kulit Anak, Jangan Pakai Sapu Saja

Baca juga: Ruam Kemerah-Merahan Adakah Ia Tanda Ekzema Pada Bayi Anda?

Baca juga: Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Anak Tak Selesa Bila Kena Ruam Lampin, Ibu Cuba 9 Cara Paling Mudah Ini Untuk Lindungi Kulit Si Manja!
Kongsikan:
  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham