X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

''Buah Nenas Boleh Gugurkan Kandungan,'' Tapi Jika Teringin, Selamatkah Ibu Hamil Makan?

8 min bacaan
''Buah Nenas Boleh Gugurkan Kandungan,'' Tapi Jika Teringin, Selamatkah Ibu Hamil Makan?

Nenas boleh gugurkan kandungan adalah kata-kata yang sering kita dengar. Namun sejauh manakah kebenarannya terhadap ibu mengandung

“Awak kalau boleh elak makan buah nanas muda. Sebab orang tua-tua cakap nenas boleh gugurkan kandungan. Bahaya untuk ibu mengandung.”

Tentu anda biasa dengar nasihat ini ketika berbadan dua kan? Sehingga ramai ibu mengandung sangat takut untuk mengambil buah nenas yang sering dianggap makanan ‘tajam’.

Bahkan hampir 70% ibu hamil akan mengelak mengambil buah ini kerana takut nenas boleh gugurkan kandungan atau komplikasi yang lain.

Isi Kandungan

  • Benarkah nenas boleh gugurkan kandungan?
  • Nanas muda bahaya untuk ibu mengandung
  • Berapa banyak makan nanas semasa mengandung untuk keguguran?
  • Khasiat nenas untuk wanita
  • Khasiat nenas yang ramai tidak tahu
  • Cara gugurkan kandungan dengan nenas
  • Tanda keguguran setelah makan nanas
  • Diet yang selamat dan tidak selamat semasa mengandung?
  • Diet yang tidak selamat semasa hamil
  • Makanan yang boleh gugurkn kandungan

Benarkah nenas boleh gugurkan kandungan?

makan nanas ketika hamil

Bagi anda yang tidak tahu sama ada buah nenas boleh gugurkan kandungan ataupun tidak, Pakar Dietitian Sunway Velocity, Ang Yi Pei ada jawapannya.

Buah nenas atau nanas mengandungi bromelain iaitu sejenis enzim yang mencerna protein dan boleh ditemui dalam jus buah nanas.

Apatah lagi, suplemen atau tablet bromelain tidak disyorkan untuk digunakan semasa kehamilan kerana penggunaannya boleh memberi kesan sampingan seperti pendarahan yang berat.

Walau bagaimanapun, perubatan integratif 2018 mengatakan terdapat risiko yang tidak diterangkan secara jelas apabila makan nanas semasa mengandung. Bahkan, beberapa kajian juga mendapati minum jus atau ekstrak buah nanas tidak menyebabkan keguguran atau merangsang kontraksi rahim.

Akan tetapi, adalah tidak disyorkan untuk mengambil sejumlah besar nanas kerana boleh memberi kesan ketidakselesaan terutama pada perut yang sensitif.

Keduanya, asid dalam nanas muda boleh memburukkan lagi pedih ulu hati atau refluks yang sering menganggu wanita hamil.

Untuk mengelakkan kesan sampingan ini, anda disarankan untuk mengambilnya secara sederhana.

Menurut Ang Yi Pei, beliau mengesyorkan anda mengambil sekeping nanas sahaja setiap hari yang lebih selamat. Ini kerana sekeping nanas itu mengandungi Vitamin C dan mineral yang mencukupi untuk kehamilan.

Nanas muda bahaya untuk ibu mengandung

Memandangkan di pasaran menjual pelbagai jenis nenas, pasti sekali-sekala ibu berasa terliur dan mengidam untuk makan nanas ketika mengandung.

Justeru sebolehnya elakkan ambil nanas muda. Hal ini kerana rasanya yang terlalu masam boleh membuatkan ibu diserang sakit perut dan cirit-birit.

Pastikan anda memilih jenis nenas yang sudah benar-benar masak, warnanya kuning keemasan dan rasa yang manis.

Berikut beberapa jenis nenas yang menjadi pilihan kebanyakan ibu:

  • Nenas MD2
  • Jenis nenas Maspine
  • Josapine
  • N36
  • Moris Gajah
  • Nenas Gandul
  • Nenas Yankee
  • Nenas Sarawak
  • Nenas atau nanas Moris

Berapa banyak makan nanas semasa mengandung untuk keguguran?

Untuk menyebabkan pendarahan atau kesan negatif semasa hamil, anda perlu makan nenas semasa mengandung antara 7 – 10 biji nanas serentak.

Tetapi dengan hanya makan beberapa potongan nenas, ia tidak akan memberi kesan yang sama.

Khasiat nenas untuk wanita

makan nenas ketika hamil

Menurut Public Health Malaysia, khasiat nenas untuk wanita adalah kaya dengan vitamin C yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap imuniti tubuh.

Apa yang istimewa adalah kandungan garam Mangan dalam buah ini. Mineral penting ini adalah untuk menguatkan tulang dan sendi.

Bagi wanita, khasiat nenas untuk wanita mengandungi mangan yang dapat membantu mengurangkan gejala PMS. Kajian membuktikan wanita yang mengambil Mangan dalam dos yang rendah dapat melancarkan darah haid sehingga 50%.

Selain itu, khasiat nanas mengandungi kandungan antioksidan yang dapat mengurangkan radang yang menjadi punca kepada kesakitan dan rasa senak di perut semasa sedang haid.

Enzim bromelain yang kaya di dalam teras nanas ini telah terbukti mampu mengurangkan kesakitan dengan merehatkan otot otot.

Khasiat nenas yang ramai tidak tahu

  • Meningkatkan ketahanan tubuh dari sebarang penyakit

Khasiat nanas mempunyai asid amino yang berfungsi meningkatkan sistem imun badan. Buah ini juga tinggi dengan vitamin C yang merupakan sumber utama antioksidan.

Vitamin C dan asid amino adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk membaiki sel yang rosak akibat radikal bebas.

  • Baik untuk kesuburan

Khasiat nanas mengandungi mineral iaitu tembaga, beta karotena, zink, folat, dan lain-lain. Kandungan mineralnya dipercayai dapat membantu lelaki dan wanita untuk memiliki sistem peranakan yang sihat.

  • Mengekalkan kesihatan kulit

Kebaikan nanas yang seterusnya adalah anti penuaan. Kandungan asid alfa-hidroksi dan antioksidan dalam nanas dapat membantu menghilangkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

  • Mengatasi gejala batuk

Untuk merawat batuk, kebaikan nanas dipercayai dapat menipiskan lendir supaya lebih mudah dikeluarkan ketika batuk.

Kebaikan nanas mengandungi bromelain dapat membantu mengurangkan gejala batuk. Selain itu, nanas mengandungi vitamin C yang dipercayai mempercepatkan proses pemulihan.

  • Mencegah asma

Kebaikkan nenas yang seterusnya adalah sebagai makanan mengandungi beta karoten yang boleh membantu mengurangkan risiko asma dan keradangan pernafasan.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Pencemaran, toksin, pemakanan yang buruk, penyalahgunaan antibiotik, dan tekanan adalah beberapa faktor yang memainkan peranan utama dalam perkembangan asma.

Kebaikkan nenas memiliki keupayaan detoksifikasi dan sekaligus mengurangkan keradangan.

Cara gugurkan kandungan dengan nenas

Memandangkan ramai mempercayai bahawa makan nenas semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran, maka ramailah wanita yang belum bersedia untuk hamil mengambil buah ini.

Walau bagaimanapun menurut Dr Rusyainie Ramli, tiada kajian saintifik ke atas manusia cara gugurkan kandungan dengan nenas. 

Ada satu kajian yang dilakukan untuk melihat kesan nenas ke atas rahim tikus. Berdasarkan kajian itu, ada kemungkinan bahan aktif dalam nenas boleh mempengaruhi kontraksi rahim tikus yang bertindak seakan-akan seperti sebatian serotonin.

Malangnya kajian itu, hanya pada rahim tikus. Untuk manusia, kesannya tidak diketahui.

Kita kena tahu, bahan aktif yang dimaksudkan dalam nenas yang digunakan dalam kajian tadi, mungkin sudah jauh berubah apabila ia melalui sistem penghadaman manusia, maka kesan yang sama ke atas rahim, mungkin tidak wujud pun.

Untuk menggugurkan kandungan atau Termination of Pregnancy, ia adalah prosedur yang mesti dilakukan dengan perbincangan terperinci di antara pakar sakit puan yang terlibat dan pesakit.

Mesti ada sebab musabab yang jelas. Contohnya, dengan mengandung, nyawa ibu terancam atau fetus yang dikandungnya mengalami kecacatan ketara menyebabkan ia tidak mampu hidup sekiranya lahir nanti.

Untuk menggugurkan kandungan, doktor tidak menggunakan cara gugurkan kandungan dengan nenas ya! Kita bagi ubat yang bersesuaian. Sebab kita tahu dos selamat dan potensi kesan sampingan.

Tanda keguguran setelah makan nanas

nanas keguguran

Tanda keguguran setelah makan nanas dengan kuantiti yang begitu banyak boleh berlaku kepada ibu mengandung.

Antaranya:

  1. Keluarnya cecair dari vagina
  2. Pendarahan berlaku dengan tiba-tiba
  3. Tekanan darah menurun
  4. Rasa kejang pada bahagian perut
  5. Sakit perut yang keterlaluan

Diet yang selamat dan tidak selamat semasa mengandung?

Ang menambah pemakanan yang sihat semasa kehamilan merupakan diet seimbang pada trimester kedua dan ketiga mestilah bersumberkan karbohidrat, protein dan lemak sihat.

#1. Makan bukan untuk dua orang

“Walau bagaimanapun, diet semasa mengandung ini bukan bermakna anda perlu makan untuk dua orang kerana pengambilan kalori yang berlebihan boleh membawa kepada peningkatan berat badan dan komplikasi yang lain.

“Secara puratanya, wanita hanya memerlukan tambahan 360kcal per hari dan 475 kcal semasa memasuki trimester kedua dan ketiga. Ia bersamaan 1 ke 2 cawan susu dan satu hidangan sandwich sehari,” tambahnya lagi.

#2. Pengambilan serat

Selain itu, wanita hamil perlu mengambil serat yang mencukupi setiap hari bagi mengelakkan sembelit yang biasa berlaku semasa mengandung.

Anda disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan dan 3 ke 4 hidangan sayuran setiap hari.

Selain itu, anda juga disyorkan mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan buah dan tiga atau empat hidangan sayuran setiap hari.

Satu hidangan buah adalah bersamaan dengan sebiji epal bersaiz sederhana atau boleh juga memilih buah oren atau pir.

Anda juga boleh memilih sepotong kecil buah betik, tembikai susu atau tembikai merah. Manakala itu, 1/2 cawan sayur yang telah dimasak dalam satu hidangan. 

Sementara itu, untuk meningkatkan pengambilan serat ia boleh diambil dari gandum, bijirin, beras merah dan kekacang. Ini akan menjadi sumber snek yang baik untuk kesihatan sepanjang hamil.

#3. Kalsium

Adalah penting bagi ibu memastikan pengambilan kalsium adalah mencukupi dan secara umumnya wanita mengandung hanya disyorkan mengambil 1000 mg kalsium sehari.

Kalsium ini bukan hanya dari susu sahaja tapi boleh didapati dalam bentuk yogurt dan secawan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam yang dapat memenuhi keperluan kalsium anda.

Diet yang tidak selamat semasa hamil

Menurut beliau lagi, diet yang tidak selamat ialah seseorang itu mengambil sejumlah kecil sahaja karbohidrat atau ketogenic.

Ia boleh meningkatkan risiko perkembangan ketosis iaitu paras keton dalam darah tinggi yang berpotensi menyebabkan risiko buruk pada otak janin. 

Makanan yang boleh gugurkn kandungan

Ada beberapa makanan yang boleh gugurkn kandungan tanpa anda sedar. Antaranya:

1. Makanan mentah seperti sashimi, telur rebus separuh masak, tiram mentah (semua ini berisiko menyebabkan keracunan makanan)

2. Makanan yang boleh gugurkn kandungan: Susu mentah yang tidak dipasteurisasi

3. Pengambilan kafein yang berlebihan kerana ia mungkin berisiko untuk keguguran. Tapi, anda boleh hadkan pengambilan minuman berkafein, kopi, teh dan berkarbonat hingga kurang daripada 200mg/hari.

4. Pengambilan gula atau lemak yang berlebihan dalam makanan atau minuman kerana ia menyebabkan peningkatan berat badan semasa mengandung.

Semoga bermanfaat.

Sunway Medical Center Velocity, Public Health Malaysia, Rusyainie, Dapur Mangkaak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai lengkap buah apa yang boleh dan tak boleh dimakan masa pantang

Baca juga: Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

Baca juga: Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • ''Buah Nenas Boleh Gugurkan Kandungan,'' Tapi Jika Teringin, Selamatkah Ibu Hamil Makan?
Kongsikan:
  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • Manfaat Makanan Bersantan Semasa Hamil, Tapi Jangan Ambil Berlebihan Pula Ya!

    Manfaat Makanan Bersantan Semasa Hamil, Tapi Jangan Ambil Berlebihan Pula Ya!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • Manfaat Makanan Bersantan Semasa Hamil, Tapi Jangan Ambil Berlebihan Pula Ya!

    Manfaat Makanan Bersantan Semasa Hamil, Tapi Jangan Ambil Berlebihan Pula Ya!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.