Makanan Untuk Menurunkan Gula Darah, Petua Tanpa Ubat Untuk Ibu Ada GDM (Diabetes)

Risau gula dalam darah tak mahu turun-turun, di sini ada beberapa petua tradisional yang boleh membantu masalah anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terkejut tengok bacaan gula yang muncul dengan angka lapan, itu petanda gula dalam darah sedang mencanak naik! Pastinya ia membimbangkan, lebih-lebih lagi jika anda sudah tidak tahu apakah makanan untuk menurunkan gula darah.

Hal ini kerana, jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan penyakit diabetes dalam fasa yang bahaya dan berisiko terkena pelbagai komplikasi pada tubuh.

Kencing manis atau diabetes merupakan satu keadaan apabila paras glukosa tinggi dalam darah disebabkan kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Kredit: iStock

Sedangkan, fungsi insulin itu adalah mengawal keseimbangan glukosa dalam badan seterusnya bantu pergerakan gula dalam salur darah ke sel badan.

Jika anda menghidap diabetes, gula dalam darah tidak berjaya memasuki sel yang berkaitan dan seterusnya terkumpul dalam darah lantas penyebab glukosa tinggi.

Apatah lagi, diabetes ini sering dikaitkan dengan pemakanan yang kurang seimbang dan penyakit keturunan.

Namun hakikatnya, gaya hidup yang dapat menentukan sama ada seseorang itu berisiko terkena diabetes atau tidak. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dirawat dengan kaedah tradisional ataupun moden.

Berikut ini kami kongsikan enam petua tradisional untuk merawat diabetes dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati.

6 Makanan Untuk Menurunkan Gula Darah

#1. Peria katak

Kredit: Freepik

Peria katak selalu menjadi bahan dalam masakan dan ada ketikanya, ia menjadi ubat dan herba bagi merawat pelbagai penyakit termasuklah kencing manis.

Selain itu, buah ini juga mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuk charatin yang berkesan untuk merendahkan kadar glukosa dalam darah, vaksin dan sebatian insulin yang dikenali Polipeptida-P.

Berikut adalah kebaikannya:

  • Menurunkan kemampuan glukosa dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama.
  • Menghilangkan selera makan individu.
  • Merendahkan glukosa dalam darah
  • Menurunkan bacaan gula bagi pesakit diabetes
  • Memastikan paras gula berada dalam keadaan normal dan terkawal.

Cara-cara menyediakan jus peria katak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Potong halus peria dan buah epal kemudian buang bijinya.
2. Kisar kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur
3. Sebelum minum, tapis terlebih dahulu bagi membuang hampas buah-buahan tersebut.

Walau bagaimanapun, jangan campur air peria ini dengan gula kerana hilang khasiatnya nanti seterusnya kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

#2. Ginseng

Kredit: Testo New Zealand

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa kajian terdahulu telah membuktikan ginseng Amerika dapat membantu penurunan kadar glukosa darah ketika berpuasa. Sebab itu, ginseng menjadi penawar bagi penyakit diabetes.

Bahkan sejak 2000 tahun dulu di China, ginseng dijadikan sebagai penawar dan pembekal tenaga yang baik. Malah, ia juga berupaya meningkatkan daya imunisasi dan menurunkan kadar glukosa bagi penghidap diabetes.

Meskipun ia mempunyai banyak manfaat, namun ginseng juga mempunyai kesan sampingan yang tak dapat dielakkan seperti pening, susah tidur, masalah penghadaman dan alergik.

Namun, anda perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika mahu merawat diabetes dengan ginseng supaya penggunannya lebih teratur, seterusnya memberi kebaikan kepada tubuh badan.

Bagi ibu mengandung dan masih menyusukan anak, anda dilarang mengamalkan ginseng kerana ia boleh memberikan kesan negatif pada bayi. Begitu juga dengan individu yang baru menjalani pembedahan.

#3. Lidah buaya

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian menyatakan pengambilan jus lidah buaya dapat meningkatkan kadar glukosa dalam darah sekaligus merawat kencing manis.

Bahkan, dengan daun lidah buaya ini juga dapat meredakan bengkak dan menyembuhkan luka dengan pantas. Ini kerana, luka yang disebabkan diabetes biasanya mengambil masa panjang untuk sembuh.

Cara-cara menggunakannya:

1. Ambil sebatang daun lidah buaya. Kemudian bersihkan dan kupas kulitnya dari duri.
2. Rendam selama 30 minit bersama air garam.
3. Ramas dan bilaskan dengan air.
4. Rebus bersama tiga gelas air sehingga mendidih. Kemudian biarkan seketika sehingga air sejuk.
5. Amalkan minuman ini sekurang-kurangnya tiga kali sehari sebanyak setengah cawan.

Anda boleh minum air lidah buaya ini tiga kali sehari dan setengah cawan serta lakukan secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan.

#4. Kayu manis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Kayu manis adalah golongan rempah yang manis dan berasal daripada kulit pokok yang meliar dan biasanya tumbuh di kawasan beriklim tropical seperti Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Pulau Caribbean.

Meskipun digunakan dalam masakan, namun dalam masa yang sama ada banyak kelebihan jika pesakit diabetes mengamalkan kayu manis ini. Berikut adalah manfaat yang ada pada kayu manis:

  • Mampu mengawal paras glukosa dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes pada tubuh.
  • Manfaat dalam mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kencing manis.
  • Meningkatkan paras glukosa dalam darah dan keupayaan insulin.
  • Merendahkan risiko yang boleh membawa penyakit lebih kronik seperti masalah jantung dan darah tinggi.

#5. Halia

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, halia juga dapat membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata.

Bahkan sejak dahulu lagi halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama dalam masakan bagi masyarakat di Asia. Berikut adalah manfaat bagi mengawal masalah diabetes pada pesakit kencing manis:

  • Merawat pelbagai jenis penyakit seperti masalah penghadaman dan menjadi bahan wangian dalam produk mandian juga kosmetik.
  • Dalam kajian membuktikan halia boleh mengawal kandungan gula dalam darah untuk tempoh masa panjang bagi penghidap diabetes.
  • Dapat meningkatkan keperluan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes.
  • Sumber yang berguna untuk menjadi anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari.

Walau bagaimanapun, anda dilarang mengambil ubat kencing manis bersama minuman teh halia kerana anda akan berdepan dengan masalah hypotension pula nanti.

Malah, kandungan dalam halia juga boleh mencairkan darah jika diambil dalam dos yang terlalu tinggi dan sangat bahaya kalau ambil ubat aspirin sambil minum air halia. Hati-hati ya!

Sebaiknya anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan tahap kesihatan anda pada masa tersebut.

#6. Kacang bendi

Kredit: Pexels

Kacang bendi juga terkenal sebagai makanan yang mempunyai kebaikan pada pesakit yang menghidap diabetes dan penyakit kronik yang lain. Apatah lagi, ia mampu mengawal gula dalam darah dan mempunyai khasiat yang lain bagi kesihatan manusia.

Bahkan, kacang bendi mampu menjadi penawar terbaik dalam merawat penyakit dan tidak memberi kesan sampingan jika mengambilnya secara sederhana.

Cara menggunakannya:

1. Ambil 2 batang kacang bendi dan kerat di bahagian atas dan bawah. Sebelum itu basuh dahulu sebelum kerat.
2. Kemudian kelar bahagian tengah dan masukkan ke dalam gelas berisi air.
3. Selepas itu, tutup gelas dengan penutup yang kedap lalu biarkan ia semalaman pada suhu bilik.
4. Setelah itu, keluarkan bendi yang direndam pada keesokannya dan minum semasa sarapan pagi. Amalkannya setiap hari untuk mendapat kesan yang baik.

Diharap perkongsian tentang makanan untuk menurunkan gula darah ini dapat membantu mengawal tahap glukosa dan menurunkan penyakit kencing manis anda.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Oh Media

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Tanda Gula Tinggi Dalam Badan, Ini Cara Berkesan Untuk Mengawalnya!