X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Minyak Masak: Jenis, Khasiat & Kegunaan Yang Perlu Anda Tahu Untuk Masakan Lebih Sihat & Sedap!

6 min bacaan
Minyak Masak: Jenis, Khasiat & Kegunaan Yang Perlu Anda Tahu Untuk Masakan Lebih Sihat & Sedap!

Minyak masak ada bermacam jenis, antaranya minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jagung dan minyak bunga matahari. Ketahui perbezaannya.

Minyak masak adalah bahan asas dalam setiap dapur. Dari menumis sayur hingga menggoreng ayam rangup, pemilihan minyak yang betul bukan sahaja mempengaruhi rasa makanan tetapi juga kesihatan anda!

Jom kenali perbezaan jenis minyak masak dan kegunaannya supaya anda boleh membuat pilihan terbaik untuk keluarga.

▲▼Isi Kandungan

  • Kepentingan Memilih Jenis Minyak Masak Yang Sesuai
  • Jenis-Jenis Minyak Masak, Khasiat & Kegunaannya
  • Cara Memilih Minyak Masak Yang Berkualiti
  • Jenis Minyak Masak Yang Sesuai Untuk Kegunaan Seharian 
  • Tips Penggunaan Minyak Masak Yang Sihat

Kepentingan Memilih Jenis Minyak Masak Yang Sesuai

Memilih minyak masak yang tepat bukan sekadar soal rasa, tetapi juga memberi kesan besar kepada kesihatan. Minyak yang sesuai dapat meningkatkan kualiti masakan dan membantu mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Berikut adalah beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih minyak masak:

1. Baik Untuk Kesihatan Jantung Dan Kolesterol

Sesetengah minyak masak, seperti minyak zaitun dan minyak kanola, kaya dengan asid lemak tidak tepu yang bermanfaat untuk kesihatan jantung.

Asid lemak ini membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Titik Asap dan Kestabilan Minyak

Setiap minyak masak mempunyai titik asap yang berbeza iaitu suhu di mana minyak mula mengeluarkan asap dan terurai.

Minyak dengan titik asap tinggi, seperti minyak sawit dan minyak kanola lebih sesuai untuk menggoreng kerana lebih stabil dan kurang cenderung menghasilkan bahan berbahaya.

3. Kandungan Nutrisi

Beberapa minyak kaya dengan nutrien tambahan, seperti vitamin E dan K, yang baik untuk kulit dan sistem imun. Minyak kelapa, misalnya mengandungi asid lemak rantai sederhana yang dikatakan memberi pelbagai manfaat kesihatan.

4. Kesan Terhadap Rasa dan Tekstur Masakan

Minyak masak bukan sahaja mempengaruhi kesihatan tetapi juga rasa dan tekstur hidangan.

  • Minyak zaitun memberikan rasa khas yang sesuai untuk hidangan Mediterranean.
  • Minyak sayuran seperti minyak jagung atau kanola lebih neutral dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan.

5. Kos dan Kecekapan Penggunaan

Pemilihan minyak masak yang tepat bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga mengurangkan pembaziran. Minyak berkualiti membantu mendapatkan hasil masakan yang lebih baik dengan keseimbangan rasa dan tekstur yang sempurna.

Jenis-Jenis Minyak Masak, Khasiat & Kegunaannya

Terdapat pelbagai jenis minyak masak di pasaran, masing-masing dengan kelebihan tersendiri.

1. Minyak Sayuran

Minyak sayuran seperti minyak kanola dan jagung sering menjadi pilihan kerana kandungan lemak yang lebih sihat dan kestabilannya ketika dipanaskan.

Sesuai untuk menggoreng, menumis dan juga sebagai dressing salad.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun terkenal dengan kandungan asid lemak tak tepu tunggal dan antioksidan seperti vitamin E serta polifenol, yang baik untuk kesihatan jantung.

Ideal untuk salad dressing dan menumis dengan suhu sederhana.

3. Minyak Kelapa

Minyak kelapa mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu keseimbangan kolesterol.

Sesuai untuk menggoreng pada suhu tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia Tenggara serta pencuci mulut.

4. Minyak Sawit

Minyak sawit adalah antara minyak masak yang paling banyak digunakan di Malaysia. Ia stabil pada suhu tinggi dan sering digunakan dalam industri makanan.

Pilihan terbaik untuk menggoreng kerana kestabilannya yang tinggi.

5. Minyak Kanola

Minyak kanola sering disarankan oleh pakar pemakanan kerana kandungan lemak tepu yang rendah dan asid lemak sihat yang tinggi. Sesuai untuk menggoreng, membakar dan juga pembuatan marjerin.

Cara Memilih Minyak Masak Yang Berkualiti

Untuk mendapatkan minyak yang berkualiti, pastikan anda mempertimbangkan perkara berikut:

  • Pilih minyak yang tinggi lemak tak tepu dan rendah lemak trans.
  • Gunakan minyak yang sesuai dengan jenis masakan.
  •  Minyak dengan lemak trans boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • SMinyak seperti minyak zaitun lebih baik disimpan dalam botol gelap untuk mengekalkan kualiti.

Jenis Minyak Masak Yang Sesuai Untuk Kegunaan Seharian 

Untuk memastikan makanan lebih sihat dan lazat, gunakan minyak yang sesuai dengan jenis masakan:

  • Minyak sayuran seperti minyak kanola dan minyak zaitun kaya dengan nutrisi serta sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

  • Minyak sawit mempunyai kestabilan tinggi pada suhu panas dan memberikan rasa yang baik, menjadikannya pilihan terbaik untuk menggoreng dan pemprosesan makanan.

  • Gabungan minyak kelapa sawit dengan minyak jagung, minyak bunga matahari atau minyak kacang soya (Omega-6 PUFA) dalam nisbah 1:1 disarankan oleh pakar pemakanan KKM bagi membantu mengurangkan lemak dalam masakan.

Memasak sendiri membolehkan anda mengawal penggunaan bahan seperti gula, garam dan minyak.

Tips Penggunaan Minyak Masak Yang Sihat

1. Pilih Minyak Yang Sesuai Untuk Jenis Masakan Tertentu

Minyak zaitun sesuai untuk salad dan menumis. Manakala, minyak sayuran lebih stabil untuk menggoreng pada suhu tinggi.

2. Gunakan Minyak Secara Sederhana

Gunakan minyak secara sederhana bagi mengelakkan makanan terlalu berminyak dan tinggi kalori. Sebaiknya, gunakan teknik memasak seperti memanggang atau mengukus untuk mengurangkan penggunaan minyak.

3. Pastikan Suhu Minyak Yang Betul Sebelum Menggoreng.

Suhu terlalu rendah, makanan menyerap lebih banyak minyak. Suhu terlalu tinggi menyebabkan makanan boleh hangus dan kehilangan nutrisi.

4. Pilih Minyak Yang Kaya Dengan Asid Lemak Tidak Tepu

Baca label pemakanan sebelum menggunakannya dalam masakan. Pilih minyak masak seperti minyak zaitun dan minyak kanola untuk kesihatan jantung.

5. Mempunyai Sijil

Pastikan minyak mempunyai sijil kualiti seperti RSPO (Roundtable on Sustainable Palm Oil) bagi memastikan ia dihasilkan secara beretika dan berkualiti tinggi.

6. Elakkan Menggunakan Minyak Secara Berulang Kali

Minyak yang dipanaskan lebih dari dua kali boleh menghasilkan bahan teroksida yang menjejaskan kualiti makanan. Selain itu, minyak jenis ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan obesiti.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Sebaiknya, gunakan minyak yang baru untuk memastikan hidangan lebih sihat dan selamat.

Menurut American Heart Association, penggunaan minyak sihat dalam diet harian dapat membantu mengawal tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Minyak masak adalah bahan penting dalam masakan harian, tetapi pemilihan minyak yang tepat boleh memberikan kesan besar terhadap kesihatan anda. Pilih minyak yang kaya dengan lemak baik, elakkan minyak dengan lemak trans dan gunakannya dengan cara yang betul untuk menikmati masakan yang lebih sihat dan enak!

Semoga artikel ini bermanfaat.

Harvard T.H. Chan School of Public Health, American Heart Association

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil, Cara Penggunaan & Kesan Sampingan

Baca juga: 7 Manfaat Minyak Kelapa Untuk Perkembangan Kanak-Kanak Yang Ramai Parents Tidak Tahu

Baca juga: Bahaya Guna Minyak Masak Terpakai Berulang Kali, Boleh Jadi Punca Kanser!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Minyak Masak: Jenis, Khasiat & Kegunaan Yang Perlu Anda Tahu Untuk Masakan Lebih Sihat & Sedap!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham