Perkembangan Lengkap Tumbesaran Anak Dari Usia 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Untuk Ibu

undefined

Dari lahir hingga ke usia empat tahun, anak anda melalui perkembangan yang luar biasa di semua peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Pantau apa yang akan berlaku setiap bulan dalam artikel ini.

Mengamati peringkat perkembangan bayi dari bulan ke bulan, hingga ke tahun demi tahun pasti membuatkan ibu bapa rasa teruja dan gembira.  Tapi, adakah anda tahu apa yang berlaku secara menyeluruh dari sudut fizikal, sosial, emosi, pertuturan, kognitif dan pemakanan dalam pertumbuhan bayi ?

Adakah anda menyedari tahap kesihatan anak? Itulah sebabnya kami menyediakan semua peringkat perkembangan bayi dari 0 hingga 48 bulan ini. Semuanya dikumpul menjadi satu di bawah. 

Skrol sampai ke bawah, dan ibu akan menemui pautan 51 artikel yang merangkumi perkembangan bayi selepas lahir hingga mereka berusia empat tahun. 

Setiap artikel memberi gambaran terperinci tentang perkembangan keseluruhan bayi termasuklah peringatan vaksinasi dan waktu perlu berjumpa doktor. 

Jom mulakan penelitian anda sekarang! 

Peringkat perkembangan bayi 0 – 12 bulan 

peringkat perkembangan bayi

Jika anda melihat peringkat perkembangan bayi pada tahun pertama, anda akan dapat lihat sejumlah pertumbuhan yang menakjubkan!

Dalam tempoh ini, hati anda akan cair dengan kasih sayang dan senyuman yang bersinar tatkala melihat wajah comel si kecil. Peringkat perkembangan bayi sifar hingga 12 bulan melibatkan pertumbuhan berat badan dan ketinggian. 

Otak bayi juga mengalami pertumbuhan yang besar sepanjang tempoh ini dan ia didorong oleh makanan otak terbaik dunia iaitu susu ibu

Untuk bacaan yang lebih mendalam anda boleh klik pada pautan di bawah ini:

Tahap pertumbuhan anak 13 – 24 bulan 

peringkat perkembangan bayi

Cepat betul bayi yang baru lahir tadi membesar di hadapan mata anda. Sekarang mereka sudah berusia 1 tahun ke atas!

Secara rasminya, anda pasti akan merasai pelbagai perubahan yang lebih menarik pada peringkat ini. Pada usia 24 bulan, anak anda sudah berjalan dan berlari. Selain itu, mereka juga sudah boleh bercakap sedikit demi sedikit. 

Pada peringkat ini juga, mereka sedang mengembangkan citarasa terhadap makanan dan minuman. Namun harus diingatkan, otak mereka masih berkembang dan perlu banyak makanan berkhasiat dan stimulasi emosi serta kognitif. 

Ini adalah panduan lengkap perkembangan bayi anda berdasarkan umur mereka:

Peringkat perkembangan bayi 25 hingga 36 bulan 

peringkat perkembangan bayi

Anda mungkin berasa cemas untuk menguruskan emosi anak pada tahun ini. Walaupun kadang-kadang, tantrum mereka sedikit melampau, tapi ia boleh dikurangkan dengan beberapa helah bijak daripada ibu bapa, seperti cara ini. Jadi, jangan terlalu tertekan ya! 

Anggota tubuhnya juga semakin tinggi dan kuat. Kemahiran motor kasar mereka juga semakin maju seperti menggenggam barang dan tahu guna pensil dengan betul. 

Jom semak peringkat perkembangan anak dengan lebih lengkap seperti jadual di bawah:

Tahap pertumbuhan anak 37 hingga 48 bulan

​Tahniah! Kalian adalah ibu luar biasa kerana berjaya mengasuh dan menjaga anak dengan sehabis baik. Di usia ini mungkin anak anda sudah memulakan prasekolah

Ia sekaligus bermaksud, anda boleh perhatikan tahap pelajaran mereka yang sudah boleh membaca, mengira, mewarna dan lain-lain. 

Nak tahu apa lagi perkembangan mereka selepas berusia 3 tahun ke atas ini? Jom semak panduan berguna di bawah:

Bila ibu bapa patut risau?

Perkembangan adalah satu proses di mana bayi akan mula belajar dan berkembang menjadi dewasa seperti berjalan, komunikasi, bermain dan berfikir. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan fizikal bayi masing-masing supaya mengelakkan proses tumbesaran terencat pada masa depan.

Jika bayi menunjukkan perkembangan yang lewat ini mungkin salah satu petanda bayi mengalami masalah. Kebiasaanya perkembangan bayi perlu dibuat setiap bulan dalam tempoh tiga bulan pertama diikuti dua bulan sekali pada bulan seterusnya.

Umumnya yang kita tahu terdapat beberapa aspek yang terdapat dalam perkembangan bayi seperti yang dimaksudkan ialah:

  1. Perkembangan pergerakan kasar kanak-kanak (seperti berjalan, berlari)
  2. Perkembangan pergerakan halus kanak-kanak (seperti cara penggunaan tangan dan pemegangan objek)
  3. Perkembangan bahasa dan pertuturan (cara seseorang kanak-kanak bertutur, berkomunikasi, memahami dan menggunakan bahasa)
  4. Perkembangan kognitif dan intelek (cara seseorang kanak-kanak memahami sesuatu, berfikir, dan belajar)
  5. Perkembangan sosial dan emosi (cara seseorang kanak-kanak berinteraksi dengan yang lain dan mula berdikari)

Kelewatan dan perkembangan ini boleh bersifat kekal atau sementara. Sebab-sebab yang boleh menyebabkan kelewatan pada perkembangan anak termasuk masalah otot, autisma, masalah berkaitan bahasa, emosi, penglihatan dan pendengaran.

Oleh itu, penting untuk setiap ibu dan ayah mengikuti tahap perkembangan bayi  mengikut umur mereka. Jika anda rasa sesuatu yang ganjil pada pertumbuhan anak, segera bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan analisis dan rawatan selanjutnya.

Tanda-tanda bahaya pertumbuhan anak 

Perkembangan Lengkap Tumbesaran Anak Dari Usia 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Untuk Ibu

Berikut merupakan tanda-tanda bahaya semasa perkembangan kanak-kanak mengikut umur yang ibu bapa perlu risau:

1) Seawal 2 bulan

  • Tiada respon pada bunyi yang kuat
  • Tiada memberi tindak balas seperti senyum kepada orang lain
  • Tidak membawa tangan ke mulut
  • Apabila dibaringkan bayi tidak dapat mengangkat kepala

2) 4 bulan

  • Mata tidak mengikut arah objek yang dipegang
  • Tiada sebarang bunyi yang dibuat dari bayi
  • Mempunyai masalah pergerakan sebelah mata atau kedua-dua mata dalam semua arah

3) 6 bulan

  • Tidak mencapai objeck dalam jangkauan
  • Tidak menunjukkan perasaan kasih sayang
  • Tidak memasukkan objek ke dalam mulut
  • Tiada respon pada bunyi persekitaran

4) 9 bulan

  • Tidak dapat menampung berat badan dengan kaki apabila dipegang berdiri
  • Tidak boleh duduk tanpa bantuan
  • Tiada tindak balas apabila dipanggil
  • Mata tidak melihat kepada tempat yang ditunding

5) 1 tahun

  • Tidak merangkak
  • Masih tidak boleh berdiri
  • Tidak mencapai objek di hadapan
  • Tidak mengeluarkan suara walau sepatah

6) 2 tahun

  • Tidak bercakap dengan mengunakan dua frasa seperti ‘nak makan’
  • Tidak meniru perilaku atau perkataan orang
  • Tidak mengikut arahan lebih mudah
  • Tidak boleh berjalan lancar

7) 3 tahun

  • Pertuturan tidak jelas
  • Tidak bercakap dalam ayat
  • Tidak memahami arahan mudah
  • Tidak mahu bermain dengan barang permainan

Nota: Setiap perkembangan adalah berbeza-beza tetapi jika bayi anda ada tanda-tanda yang dinyatakan bawalah berjumpa pakar kanak-kanak untuk penilaian yang lebih terperinci.

Perjalanan anak anda kini sudah bermula. Syabas diucapkan kepada anda kerana melakukan kerja dengan baik dan mereka berkembang menjadi orang hebat. 

Ingat, jika ada sebarang keraguan mengenai kesihatan dan tahap perkembangan anak yang terlewat, berunding dengan pakar pediatrik untuk tindakan selanjutnya. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bila Bayi Boleh Melihat? Ini Info Tentang Penglihatan Si Kecil Yang Normal

Baca juga: 6 Tips Agar Bayi Baru Lahir Tidur Sendiri Tanpa Ibu Di Sebelah, Mudahkan Kerja Anda!

Baca juga: Anak Skip Merangkak & Terus Berjalan, Ibu Sila Ambil Tahu Tanda ‘Midline Crossing’ Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!