X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cepatnya Kandungan Kini 11 Minggu Apa Perkembangan Bayi Sekarang?

4 min bacaan
Cepatnya Kandungan Kini 11 Minggu Apa Perkembangan Bayi Sekarang?

Tahukah anda, salah satu perkembangan janin 11 minggu ialah mereka sudah mula bernafas dengan cecair amniotik untuk membina paru-paru?

Mesti ibu-ibu excited bila kandungan sudah masuk usia 11 minggu, kan? Tahniah! Tahukah anda apa perkembangan janin 11 minggu?

Apabila kandungan sudah mencecah 11 minggu ini, semua ciri anggota badannya sudah semakin jelas. Ia membentuk janin yang seakan sempurna. 

Jom semak panduan lengkap usia kandungan ini. Anda pasti lebih teruja dan terkejut mengetahui perkembangan janin 11 minggu ini!

Isi Kandungan

  • Perkembangan Janin 11 Minggu: Bayi Besar Mana Sekarang?
  • Perkembangan Janin 11 Minggu
  • Simptom Kehamilan
  • Penjagaan Kehamilan
  • Apa Yang Berlaku Pada Badan Anda?

Perkembangan Janin 11 Minggu: Bayi Besar Mana Sekarang?

perkembangan anak, perkembangan bayi, perkembangan bayi dalam kandungan, perkembangan janin 11 minggu, tumbesaran janin, perkembangan janin minggu ke sebelas, simptom kehamilan, cara penjagaan kehamilan, cara menjaga janin, perkembangan janin minggu 11, perkembangan janin minggu ke sebelas, perkembangan bayi minggu sebelas, tumbesaran janin minggu 11, tumbesaran janin minggu ke sebelas

Sekarang, bayi anda sebesar buah laici. Comel saja berkembang dengan pesat dalam rahim anda. Panjangnya lebih sedikit daripada 1½ inci sekarang dan beratnya kira-kira satu perempat auns, bayi juga membesar dengan pesat ketika ini. 

Sekarang, bayi juga mempunyai jari tangan, kaki dan ciri baharu yang lain. Folikel rambut terbentuk bukan sahaja pada kepala, tetapi pada seluruh badan. Malah jari jemari tangan dan kakinya juga sudah berasingan, bermaksud selamat tinggal kepada tangan dan kaki berselaput seperti katak itu.

Sementara itu, katil kuku dan kuku kaki mula berkembang minggu ini dalam beberapa minggu akan datang, kuku itu sendiri akan mula tumbuh, jadi jangan lupa tambahkan gunting kuku bayi pada senarai pembelian anda.

Walaupun anda masih belum dapat mengetahui jenis jantina bayi, ovari sedang berkembang jika ia perempuan.

Dan pada minggu ke-11 kehamilan, bayi mempunyai ciri-ciri manusia yang berbeza: tangan dan kaki di hadapan badannya, telinga hampir dalam bentuk akhir, saluran hidung terbuka di hujung hidungnya yang kecil, lidah dan lelangit di dalam mulut, dan puting yang kelihatan.

Kedudukan bayi juga berubah. Badan bayi anda meluruskan dan badannya memanjang — bunyi seperti pose yoga, bukan? Pose lain yang boleh dilakukan oleh bayi anda sekarang: regangan,  dan guling ke hadapan.

Perkembangan Janin 11 Minggu

Pada minggu ke-11, antara perkembangan usia kandungan dan janin yang sedang berlaku ialah:

  • Tooth buds kecil muncul di bawah gusi bayi
  • Telinga janin semakin terbentuk malah ia boleh “bergerak”
  • Tangan dan kakinya juga semakin boleh bergerak. Tapi, anda takkan merasa tendangan bayi lagi. Tunggu beberapa bulan lagi
  • Bayi sudah mula menarik dan mengeluarkan sejumlah kecil cecair amniotik. Ia membantu proses perkembangan paru-paru
  • Kepalanya mungkin kelihatan lebih besar dan tak seimbang dengan badan. Tapi percayalah, perkembangan badannya akan berlaku dalam masa beberapa minggu. Tak lama lagi, janin akan kelihatan seperti…. manusia! 
  • Dari minggu 11 ke 20, janin akan membesar 3 kali ganda dan beratnya bertambah sebanyak 30 kali ganda!

Simptom Kehamilan

simptom hami;, tanda hamil, hamil 11 minggu, perkembangan janin 11 minggu

  • Morning sickness mungkin makin bertambah baik (atau tidak!)
  • Anda akan sakit kepala, migrain, perubahan mood, kelihatan, stress dan emosi bergolak. Semuanya akan okay bila masuk trimester kedua nanti.
  • Sesetengah ibu hamil mengalami rasa payudara penuh dan areola menghitam. Jangan risau, ini semua salah satu cara badan “menyediakan” dirinya untuk bayi

Penjagaan Kehamilan

  • Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang aktif (melainkan dinasihat oleh doktor anda), tapi ada sesetengah aktiviti yang tak boleh anda lakukan. 
  • Contohnya seperti mengemas rumah. Jadi, minta suami libatkan diri juga dalam mengemas rumah ini.
  • Anda mungkin kepenatan sepanjang trimester pertama ini. Tapi, bawa bersabar. Kelak, anda akan masuk trimester kedua. Semuanya akan jadi semakin baik
  • Anda boleh memanjakan diri seperti mengurut, akupuntur, potong rambut, warna rambut dan sebagainya.

Apa Yang Berlaku Pada Badan Anda?

simptom hami;, tanda hamil, hamil 11 minggu, perkembangan janin 11 minggu

Kebanyakan ibu menyatakan morning sickness atau rasa mual ketika mengandung mulai berkurangan pada 11 minggu kehamilan. Namun ada juga yang masih mengalaminya pada ketika ini. 

Apabila perut anda mula kelihatan membonjol sedikit, otot dan ligamen anda akan meregang, dan ini boleh menyebabkan anda berasa sakit di sekitar perut anda.

Sekiranya anda terasa sakit yang melampau dan diikuti dengan pendarahan yang lebih sekadar spotting, anda perlu jumpa doktor anda secepat mungkin.

Badan anda kini mengepam sehingga 50% lebih darah daripada biasa. Darah adalah makanan utama kepada rahim anda.

Malah proses ini juga boleh membuat anda berasa panas (hotflash), berpeluh dan pening. Itulah cara bayi anda menyuruh anda untuk berehat.

Bayi anda sebelum ini telah diberi makan melalui kantung kuning telur, tetapi organ baharu yang dipanggil plasenta akan mengambil alih. Plasenta akan menyuburkan bayi dan membuang sisa. Semasa peralihan berlaku, hormon yang terlibat boleh membuat anda berasa letih dan emosi.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Minggu sebelumnya: Minggu ke – 10

Minggu seterusnya: Minggu ke – 12

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mengapa Ibu Hamil Asyik Kentut? Ini Penjelasan Pakar & Cara Mengatasi

Baca juga: Perkembangan Janin Ketika Trimester Pertama: Minggu Pertama Hingga 12, Ibu Wajib Tahu

Baca juga: Perkembangan Perut Ibu Hamil Dari Minggu Pertama Hingga Ke-40, Momen Yang Paling Indah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Trimester 1
  • /
  • Cepatnya Kandungan Kini 11 Minggu Apa Perkembangan Bayi Sekarang?
Kongsikan:
  • Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?

    Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?

  • Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

    Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?

    Perkembangan Janin 5 Minggu: Bayi Besar Mana Ketika Ini?

  • Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

    Perkembangan Janin 4 Minggu: Berapa Besarkah Anak Anda Pada Usia 4 Minggu Ini?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.