TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi melecur di muka kerana tidur dengan puting jenama terkenal! Hati-hati ibu semua

4 min bacaan
Bayi melecur di muka kerana tidur dengan puting jenama terkenal! Hati-hati ibu semua

Ibu ini tak menyangka yang puting bayi boleh membakar kulit anaknya dan risau ia akan meninggalkan parut menyeru agar parents lain berhati-hati.

Puting bayi antara barangan bayi yang biasa kita beli. Oleh itu, kita percaya akan keselamatannya. Walau bagaimanapun, seorang ibu baru-baru ini terkejut apabila puting (dari jenama terkenal) mampu membahayakan anaknya!

Kristen Milhone menceritakan hal ini di Facebook tentang bagaimana anak lelakinya yang berusia 7 bulan, Jack melecur gara-gara puting.

Dia yang tak mahu anak lain mengalami perkara yang sama, membuat keputusan untuk memberi amaran pada ibu bapa lain.

Anak umur 7 bulan menderita kesan lecuran akibat puting bayi

Di dalam pos-nya di Facebook, Kristen kongsi yang ketika dia bangun pagi  itu, dia perasan tanda merah pada pipi anaknya. Tanda itu kelihatan melepuh dan merah seperti melecur.

Ketika itu, dia fikir yang ia adalah kesan lecuran kimia, tapi apa yang boleh memberi kesan lecuran pada anaknya?

Mungkin sesuatu dari katil anaknya, tapi anaknya tak ada tidur dengan apa-apa selain putingnya!

Kata doktor, ia adalah kesan lecuran akibat sedutan

puting bayi, kulit anak terbakar, lepuh pada kulit anak, puting anak, jenama puting bayi, risiko puting bayi

Ketika Kristen membawa Jack ke hospital, lepuh berwarna kuning mula kelihatan pada mukanya.

Selepas pemeriksaan lanjut dari dua doktor, mereka yakin yang luka tersebut bukan dari kebakaran kimia. Doktor mengatakan yang ia terjadi akibat sedutan dari puting.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Semasa tidur, puting Jack telah terkeluar dari mulutnya, dan dia telah bergulng ke atas puting tersebut lalu tidur sehingga pagi.

Ini menyebabkan kesan sedutan di antara pipi kiri dan belakang puting. Hal ini mampu menerangkan kenapa lecur akibat puting boleh berlaku.

Doktor kemudian mengesahkan perkara ini apabila ukuran luka dan puting tersebut adalah sama.

“Perkara ini tak disebutkan dalam buku ‘tidur dengan selamat’, iklan, komersial atau doktor. Anak saya yang tak tahu apa-apa kini cedera akibat dari produk yang dipercayai oleh jutaan orang dan digunakan dengan betul. Saya tak akan menggunakan produk ini lagi apabila saya dapat mencari altrnatif lain yang sesuai untuk anak saya. Sehingga itu, saya akan memerhatikan anak saya dengan lebih teliti.”

Dia juga memberitahu bagaimana mudah untuk puting bayi bertukar menjadi cawan sedut (suction cup):

“Jika anda tekan belakang puting pada muka dan tekan putingnya, ia akan menyedut dengan cepat! Jika anda tinggalkan selama satu minit, ia akan meninggalkan bekas, bayangkan anak saya yang tidur atasnya sepanjang malam!”

Ibu bapa perlu alihkan puting bayi dari katil sejurus selepas mereka tidur

puting bayi, kulit anak terbakar, lepuh pada kulit anak, puting anak, jenama puting bayi, risiko puting bayi

Walaupun Jack telah diberi antibiotik untuk merawat luka melecur gara-garaputing, Kristen masih risau jika ia meninggalkan parut pada anaknya. Ini boleh terjadi pada sesiapa.

“Anda tidurkan anak dengan memikirkan yang mereka selamat, dan benda yang anda percaya bertukar menjadi bahaya.”

Menjawab aduan ibu ini, syarikat bernilai jutaan ringgit yang mengeluarkan puting tersebut berjanji untuk menyiasat perkara ini. Mereka ingin memastikan pelanggan yang produk mereka mengikut garis panduan yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, Kristen masih skeptikel. Dia mahu ibu bapa untuk berhati-hati dengan jenama puting bayi ini.

Jika mereka mahu mengelakkan risiko kelecuran akibat puting semasa membiarkan anak mereka tidur dengan puting bayi, mereka perlu berhati-hati.

Dia memberi amaran pada ibu bapa dengan berkata:

“Jika anda mahu gunakannya, ambil puting sejurus selepas anak anda tidur, lebih-lebih lagi bila mereka mula bergolek. Jangan biarkan mereka tidur dengan puting.

Adakah selamat untuk biar anak tidur dengan puting bayi?

Puting memang sangat bagus untuk tenangkan anak dan kajian telah menunjukkan yang penggunaan puting pada waktu malam dan semasa mereka tidur siang boleh merendahkan risiko sindrom bayi mati mendadak (SIDS).

Asalkan ibu bapa tunggu sekurang-kurangnya sebulan selepas lahir untuk membiarkan anak mendapat penyusuan yang sihat, tak ada bahaya yang besar untuk menggunakan puting.

Tapi ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dan tak biarkan anak tidur dengan tali puting untuk mengelakkan dari terjerut.

Pastikan juga puting anak anda masih elok dan tak terkoyak supaya mereka tak tertelan dan menyebabkan mereka tercekik.

Asalkan anda tahu dan sedar akan risiko dan mengambil langkah untuk elak dari bahaya, puting adalah selamat untuk kebanyakan bayi.

 

 

 

 

 

Artikel ini ditulis oleh Rosanna Chio; mendapat kebenaran theAsianparent Singapura untuk diterjemah

Baca juga:

Kerana ibu cuai, bayi 16 bulan maut terjerut tali pengikat puting sendiri!

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Bayi melecur di muka kerana tidur dengan puting jenama terkenal! Hati-hati ibu semua
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham