X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

4 min bacaan
Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

Melalui tempoh kehamilan bukanlah perkara mudah. Selain morning sickness, anda juga mungkin berdepan sakit pada tulang pelvis sehingga berasa tidak selesa.

Bagi ibu yang sedang hamil, pelbagai perubahan pada fizikal akan berlaku termasuklah rasa kurang selesa pada tulang pelvis kerana janin semakin membesar.

Keadaan ini juga dikenali sebagai Symphysis pubis disfunction (SPD) atau pelvic girdle pain (PGP).

Rasa sakit pada bahagian tulang pelvis

Sekiranya ibu mengalami rasa ngilu atau tidak selesa pada bahagian tulang pelvis ini, kami menyarankan anda mengamalkan posisi tidur secara mengiring bagi menyelamatkan nyawa bayi dan mengelakkan risiko kehilangan bayi ketika lahir.

Menurut kajian, wanita yang mengalami kehilangan bayi (stillbirth) ini sering berlaku ketika usia kandungan mencecah 28 minggu.

sakit tulang pelvik

foto: new york post

Ia dianggarkan berlaku lebih 3 kali ganda jika anda sering terbiasa tidur terlentang kerana posisi ini memberikan tekanan pada tubuh dan bayi dalam kandungan.

Kajian turut membuktikan bahawa posisi tidur bagi setiap ibu hamil amat penting bagi mengelakkan risiko kematian bayi. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk berhadapan dengan kesakitan pada bahagian tulang pelvis, kan?

Symphysis pubis simfisis (SPD) atau girdle pelvis pain (PGP)

SPD adalah keadaan yang memberikan rasa tidak selesa, ia mempengaruhi 1 daripada 300 ibu mengandung.

Kehamilan yang disertai dengan rasa sakit tulang pelvis ini akan melibatkan sendi symphysis pubis anda (terletak di hadapan tulang kemaluan) menjadi keluhan biasa bagi ibu hamil.

Sebelum bersalin, ligamen seharusnya meregang dan menjadikan tubuh anda lebih relaks. Ia adalah salah satu tindak balas tubuh bagi persiapan proses kelahiran bayi.

SPD boleh berlaku apabila ligamen yang menjaga tulang pelvis dalam kedudukan selari semasa kehamilan, merehatkan serta meregang sebelum tempoh due date sedikit sebanyak akan menyebabkan symphysis pubis menjadi tidak stabil.

sakit bahagian pelvis

Keadaan yang menyakitkan ini akan menyebabkan rasa ngilu pada tulang pelvis kerana kedua-dua bahagian tulang kemaluan berada lebih atas dan ke bawah antara satu sama lain, serta mendatangkan beberapa gejala tidak selesa.

Dianggarkan bahawa sehingga 60% wanita mengalami kesakitan symphysis pubis ketika hamil.

Menurut pakar wanita dari Texas Children’s Pavillion for Women, Dr. Sheila Hill, dalam kes SPD ini akan menyebabkan pemisahan tulang kemaluan yang membawa wanita mengalami sakit pelvis dan pinggul menyakitkan.

Walau bagaimanapun, Dr. Hill menyatakan bahawa pemisahan tulang kemaluan adalah jarang berlaku iaitu kurang daripada 1% kehamilan.

Sakit pelvis semasa mengandung- gejala SPD

Gejala yang paling biasa adalah kesukaran ketika berjalan dan rasa pedih yang terasa seperti pelvis anda terkoyak. Para ibu juga mungkin mengalami perkara seperti berikut:

  • Sakit belakang atau pinggul
  • Sakit bersama rasa ngilu di kawasan kemaluan
  • Kesakitan yang berkumpul pada paha atau di antara kaki
  • Kesakitan menjadi semakin teruk ketika anda meregangkan kaki, berjalan menaiki tangga atau bangun dari tempat tidur.

Kebiasaannya, rasa sakit akan bertambah teruk pada waktu malam sehingga ia menganggu kualiti tidur. Anda mungkin menyedari ketidakselesaan ini untuk pertama kali semasa berada pada trimester kedua kehamilan.

Petua untuk menjadikan tidur lebih mudah ketika menghidap SPD

cara mengatasi sakit pelvis

foto: review geek

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil dalam memastikan posisi tidur secara mengiring lebih mudah ketika menghidap masalah SPD.

#1. Tidur dengan meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut. Ini akan membantu menjaga tulang pelvis agar sejajar dan meregangkan otot pinggul ketika berbaring secara mengiring. Caranya anda perlu mengangkat kaki lebih tingi sedikit kemudian letakkan bantal di antara bahagian berkenaan.

#2. Menggunakan bantal sokongan. Caranya meletakkannya di bawah perut ketika tidur untuk rasa lebih selesa serta mengurangkan tekanan di punggung.

#3. Tukar baju tidur material kapas dengan baju tidur jenis satin atau sutera kerana ia boleh membantu anda meluncurkan badan ketika berada di atas katil.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#4. Pakai tali pinggang perut atau tali sokongan kehamilan untuk menyokong bahagian pelvis dan membantu mengekalkan penjajaran yang betul serta mengurangkan rasa sakit.

Sekiranya ia tidak berkesan dan anda berasa tidak selesa ketika tidur secara mengiring, ibu-ibu boleh tidur di atas kerusi malas atau sofa berlapikkan bantal.

Pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor mengenai pengambilan ubat tahan sakit yang selamat sekiranya berdepan kesakitan yang teruk.

Tempoh kehamilan agak panjang, kadang-kadang ia menjadi sulit apabila anda terpaksa berhadapan keadaan seperti ini.

Sumber: Penulis asal ialah Shabnam Muzzamil. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsakit-urat-belakang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil? Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!
Kongsikan:
  • Lepas Bersalin Rasa Sakit Bila Bangun? Mungkin Anda Alami Patah Tulang Ekor!

    Lepas Bersalin Rasa Sakit Bila Bangun? Mungkin Anda Alami Patah Tulang Ekor!

  • Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

    Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Lepas Bersalin Rasa Sakit Bila Bangun? Mungkin Anda Alami Patah Tulang Ekor!

    Lepas Bersalin Rasa Sakit Bila Bangun? Mungkin Anda Alami Patah Tulang Ekor!

  • Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

    Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Apa Puncanya? Bila Patut Risau

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.