Selepas melahirkan bayi, ibu-ibu akan menjalani tempoh berpantang bagi mengembalikan semula kesihatan tubuh badan. Antara aspek yang paling ditekankan ialah pemakanan berkhasiat dengan mengambil sayur-sayuran dan buah untuk ibu berpantang.
Seperti yang kita tahu, buah-buahan memang banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi semasa berpantang kerana kita memerlukan khasiat dalam buah-buahan untuk pulihkan tenaga selepas melahirkan anak.
Tapi, tak semua buah anda boleh makan semasa berpantang. Ada beberapa buah yang tak boleh dimakan kerana buah tersebut bersifat tajam atau sejuk.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Buah untuk ibu berpantang: 11 buah yang boleh dimakan
- Senarai buah yang tidak boleh dimakan ketika berpantang
- Pemakanan ketika dalam pantang amat penting dan perlu dijaga
Ini adalah senarai lengkap buah untuk ibu berpantang dan buah yang dilarang makan semasa dalam pantang.
Buah untuk ibu berpantang: 11 buah yang boleh dimakan

Buah untuk orang berpantang yang boleh dimakan ini dapat memulihkan tenaga ibu berpantang serta memberi zat untuk membuatkan anda mendapat khasiat yang seimbang serta menghasilkan susu ibu yang berkualiti.
Buah yang berwarna terang seperti betik, anggur dan blueberries mengandungi antioksidan yang tinggi. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan menguatkan kesihatan jantung, merendahkan risiko jangkitan dan kanser.
Manakala buah seperti oren yang tinggi dengan vitamin C ini pula dapat memulihkan semua tisu dalam badan ibu berpantang dan mempercepatkan pemulihan luka.
Ini adalah senarai buah yang boleh dimakan semasa dalam pantang:
- Anggur
- Kurma
- Oren
- Epal merah
- Strawberi
- Peach
- Prun
- Kismis
- Longan cina
- Blueberry
- Walnut
Anda digalakkan untuk makan buah-buahan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika anda melahirkan anak anda secara pembedahan, senarai buah untuk ibu berpantang czer ini juga bagus untuk dicuba.
Senarai buah yang tidak boleh dimakan ketika berpantang

Ada beberapa buah-buahan yang tak boleh dimakan semasa berpantang kerana buah-buahan ini sejuk, tajam atau panas. Perkara-perkara ini akan membuatkan proses pemulihan anda selepas bersalin terganggu.
Buah-buahan ini juga dilarang kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami sakit tulang, sakit otot atau lemah sendi. Kesannya mungkin tak dapat dilihat sekarang tapi ia akan memberi kesan pada masa hadapan.
Ibu yang tak mengamalkan pantang dengan betul seperti wanita di Barat, cenderung mendapat penyakit seperti artritis dan rheumatisme.

Jadi, ini adalah senarai buah-buahan yang dilarang makan semasa dalam tempoh berpantang:
- Nenas
- Limau
- Buah Lai
- Tembikai Susu
- Tembikai Merah
- Tembikai Cina
- Kiwi
- Epal Hijau
- Buah Pear
- Pisang
- Jambu
- Belimbing
- Durian Belanda
- Mangga
- Betik
- Ciku
- Langsat
- Nangka
- Cempedak
- Pisang Masak Hijau
- Pisang Nangka
- Pisang Embun
- Pisang Udang
- Ubi Kayu
- Ubi Keladi
- Sengkuang
- Manggis
- Macang
- Kuinin
- Binjai
Pemakanan ketika dalam pantang amat penting dan perlu dijaga
Kesihatan tubuh selepas berpantang hendaklah dijaga dengan baik agar tidak berlakunya sebarang masalah seperti bayi kembung perut, sakit-sakit badan atau rengat.
Ada ibu berpantang sehingga 100 hari dan ada juga hanya mampu berpantang 44 hari sahaja. Walau bagaimanapun kami menasihati anda agar sentiasa menjaga pemakanan seharian supaya perjalanan bepantang menjadi lancar.
Meskipun zaman semakin moden, namun berpantang secara tradisional masih diamalkan bagi kebanyakan ibu kerana mereka percaya ia boleh mengembalikan semula bentuk badan dan tahap kesihatan seperti sebelum bersalin.
Bagi memudahkan urusan pantang ibu, anda boleh senaraikan menu berpantang dengan lebih awal supaya nanti bahan-bahan yang diperlukan sudah tersedia di dapur.
Justeru nanti tidaklah menyusahkan suami untuk keluar mendapatkannya. Pastikan anda tetapkan jadual makan ketika tempoh berpantang dan selitkan sekali sepotong buah bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit.
Hal yang paling digeruni oleh kebanyakan ibu adalah sembelit ketika tempoh berpantang kerana pada ketika ini luka bersalin masih belum kering dan sembuh sepenuhnya. Dalam setiap menu berpantang, pastikan ada karbohidrat, protein dan vitamin daripada sayur-sayuran dan buah.
Semoga artikel tentang buah orang pantang boleh makan ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu baru.
Selamat berpantang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Makanan Dalam Pantang, 7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan
Baca juga: Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit
Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!