X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hb Normal Ibu Hamil Mempengaruhi Kesihatan Janin, Ini Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat!

7 min bacaan
Hb Normal Ibu Hamil Mempengaruhi Kesihatan Janin, Ini Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat!

Hb normal ibu hamil boleh mempengaruhi kesihatan ibu dan janin dalam kandungan. Ada beberapa cara menaikkan hb dengan cepat dan berkesan

Antara kerisauan ibu hamil ketika pemeriksaan setiap bulan adalah bacaan hemoglobin (Hb). Ini kerana doktor sangat menitikberatkan bacaan hb normal ibu hamil.

Bacaan hb normal amat penting bagi mengelakkan berlakunya anemia pada ibu. Ia boleh menyebabkan anda tiba-tiba pengsan dan mendatangkan bahaya terhadap anda serta bayi dalam kandungan.

Apa yang pasti, bacaan hb normal ibu hamil ini pasti akan jadi perkara penting yang disemak setiap kali pemeriksaan di klinik bagi memastikan keadaan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat. 

Bacaan hb normal ibu hamil pengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan

Hb normal ibu hamil

Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius. 

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan.

Namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal.

Hemoglobin yang terkandung dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.

Bacaan hb normal ibu hamil ikut usia kandungan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan rujukan bacaan hb normal untuk ibu hamil sekaligus meletakkan kategori mana untuk anemia ringan dan berat bagi golongan ini:

  • Normal: Hb > 11 gr/dl
  • Anemia Ringan: Hb 8-11 gr/dl
  • Anemia Berat: Hb <8 gr/dl

Bacaan hb normal ibu hamil yang sesuai dengan usia kandungan adalah:

  • Perempuan dewasa (tidak hamil): 12–15.8 gr/dl
  • Hamil trimester pertama: 11.6–13.9 gr/dl
  • Hamil trimester kedua: 9.7–14.8 gr/dl
  • Hamil trimester ketiga: 9.5–15.0 gr/dl

Berapa bacaan hb rendah ketika hamil?

Bagi ibu yang baru pertama kali berdepan masalah ini, mungkin anda tidak tahu hb rendah berapa bacaannya.

Dalam hal ini jika bacaan hb rendah daripada 11.5 G/DL atau di aras yang berkemungkinan akan terus turun serta tidak dirawat dari awal, ketahuilah kesannya bayi boleh dilahirkan awal (pramatang), berat yang kurang atau bayi pucat.

Bahaya anemia dan hb rendah ketika mengandung

Kekurangan zat besi menjadi punca utama anemia. Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan serta kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentukan sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoiesis.

Selain itu pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS.

Semua masalah ini boleh mempengaruhi pengeluaran sel darah merah seseorang termasuklah kepada ibu hamil.

Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi yang cukup. Dalam keadaan ini, ibu mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.

Bahaya hb rendah dan anemia pada ibu hamil jika tidak dirawat: 

  • Boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (kandungan tidak cukup bulan).
  • Kematian bayi dalam kandungan.
  • Ibu boleh kemurungan selepas bersalin.

Punca hemoglobin rendah

cara menaikkan hb dengan cepat

Ada beberapa punca hemoglobin rendah iaitu:

#1. Pemakanan yang kurang nutrisi

Punca hemoglobin rendah amat berkait dengan pemakanan seharian ibu mengandung. Kekurangan zat besi menjadi faktor terbesar masalah anemia.

Pemakanan yang rendah kandungan asid folik, vitamin B12 atau folat boleh menjejaskan kesihatan anda kerana bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi daripada ibu untuk membesar.

#2. Pengambilan alkohol

Pengambilan alkohol yang banyak boleh merosakkan hati, perut dan buah pinggang. Ini sekaligus meningkatkan risiko seseorang berdepan masalah hb rendah dan anemia.

#3. Pendedahan kepada plumbum

Pendedahan kepada plumbum melalui air atau cat yang tercemar boleh menjadi punca hb rendah.

Tinggal di dalam rumah dengan cat plumbum atau mempunyai sumber air yang tercemar dengan sisa plumbum menimbulkan risiko anemia.

#4. Penyakit talasemia

Punca hb rendah juga berkait dengan masalah penyakit talasemia. Ibu mengandung yang menghidap penyakit ini cenderung mengalami anemia. Anda perlu melakukan transfusi darah dengan lebih kerap bagi memastikan kandungan kekal sihat.

Ketika berada penghujung kehamilan, kebanyakan kes pesakit talasemia perlu meningkatkan bilangan transfusi darah untuk membolehkan ibu bersalin dengan selamat.

Cara menaikkan hb dengan cepat

#1. Pengambilan kalsium dan vitamin

Ibu mengandung sememangnya disaran untuk mengambil susu sepanjang tempoh kehamilan. Walau bagaimanapun, anda perlu elakkan dari ambil kalsium dengan zat besi sekaligus.

Hal ini kerana susu kaya dengan vitamin dan kalsium. Penyerapan zat besi boleh terganggu jika anda ambil bersama.

#2. Elakkan kafein dan air berkarbonat

Cara menaikkan hb dengan cepat adalah dengan mengelakkan pengambilan kafein. 

Minum berkafein seperti teh, kopi atau milo perlu ditinggalkan atau dikurangkan dalam diet harian kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi dan sekaligus menjejaskan kuantiti darah merah dalam tubuh.

#3. Asid folik dan minyak ikan

Cara menaikkan hb pada ibu hamil yang seterusnya adalah dengan mengamalkan asid folik dan minyak ikan.

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu hendaklah mengambil asid folik setiap hari kerana ia mampu membantu penghasilan sel darah merah dan sekaligus mengelakkan masalah anemia.

Bagi anda yang tidak suka makan ikan atau tidak boleh tahan dengan bau ikan ketika mengandung, disaran mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan.

Makanan menaikkan hb ketika mengandung

Makanan menaikkan hb

Makanan biasanya akan mempengaruhi tahap hemoglobin seseorang. Jadi pengambilan makanan yang tepat boleh mempengaruhi bacaan hb normal ibu hamil. 

Antaranya makanan menaikan hb ketika mengandung ialah:

#1. Brokoli

Makanan menaikan hb yang boleh anda ambil ialah brokoli. Sayuran hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat.

Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C yang tinggi dalam sayur brokoli ini dapat meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan.

#2. Bayam

Makanan naikkan hb yang seterusnya adalah bayam. Ia merupakan makanan terbaik dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil.

Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk mencegah masalah anemia. Bagaimanapun, bayam juga mengandungi oksalat yang boleh menghalang penyerapan zat besi apabila dimakan.

Salah satu cara untuk anda mengatasinya adalah dengan mengambil bersama vitamin C.

#3. Buah delima

Makanan naik kan hb yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat meningkatkan jumlah sel darah merah. Kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

#4. Kurma dan kismis

Cara menaikkan hb ibu hamil yang seterusnya adalah dengan mengambil makanan sunnah seperti kurma dan kismis.

Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ia mengandungi sumber yang kaya dengan nutrien, mineral, vitamin, antioksidan, enzim dan serat untuk badan.

Makanan naikkan hb seperti kurma adalah sumber zat besi yang sangat baik iaitu 0.90mg/ 100g. Zat besi menjadi komponen hemoglobin dalam sel darah merah menentukan keupayaan membawa oksigen dalam darah.

Tahap kandungan zat besi yang tinggi dapat mengimbangkan kekurangan zat besi yang ada pada pesakit anemia.

Ini seterusnya membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan, sambil mengurangkan keletihan sepanjang tempoh kehamilan.

#5. Jambu batu

Cara naikkan hb ibu mengandung yang mudah adalah dengan buah jambu batu. Ibu boleh menjadikannya sebagai snek atau pencuci mulut ketika waktu makan.

Jambu batu mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. Ini sekaligus dapat mencegah risiko anemia.

Kesimpulannya, ibu hendaklah menjaga kesihatan diri dengan baik sepanjang tempoh kehamilan bagi membolehkan janin berkembang sihat dan dapat melalui proses kelahiran selamat.

Semoga bermanfaat.

Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Homepage

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?

Baca juga: Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!

Baca juga: Bayi Lahir Pramatang & Rupa Macam ‘Alien’, Ibu Ini Nekad Besarkan Anaknya Sebaik Mungkin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Hb Normal Ibu Hamil Mempengaruhi Kesihatan Janin, Ini Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat!
Kongsikan:
  • Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

    Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

  • Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

    Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

  • Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

    Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

  • Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

    Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

  • Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

    Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

  • Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

    Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.