Ayuh semak 9 jenis tangisan bayi yang semua ibu bapa wajib tahu ini

Ayuh semak 9 jenis tangisan bayi yang semua ibu bapa wajib tahu ini

Mungkin sukar bagi ibu yang baru dapat cahaya mata sulung, tangisan bayi selalu disalahertikan. Sebab itu anda wajib tahu perbezaan 9 jenis tangisan bayi ini!

Kalian ingat tak masa bersalin, kita dengar suara tangisan pertama bayi rasa sungguh indah hingga ada yang nangis tersedu-sedu dalam labour room. Mesti ada, kan? Biasalah, lahir anak pertama itulah momen yang akan diingati. Tapi anda tahu tak, terdapat beberapa jenis tangisan bayi.

Jadi ibu buat pertama kali, pasti anda kurang pasti anak ini menangis sebab apa sebenarnya. Yang biasa kita dengar adalah tangisan nak susu atau nak tidur. Jadi jom kita selidik lebih dalam berkaitan jenis tangisan bayi. Checkedout!

9 jenis tangisan bayi – Jom tengok satu persatu! 
jenis tangisan bayi, tangisan anak kecil, tangisan bayi baru lahir, anak menangis, anak menangis minta sesuatu, anak menangis minta mainan, anak menangis pergi pengasuh,

Kredit: C&G baby club

1. Perut rasa lapar 

Bila sudah jadi ibu, pertama yang anda perlu lihat adalah tangisan bayi lapar. Bayi kan belum tahu bercakap, jadi dengan tangisan itu dia memberitahu bahawa dirinya sedang lapar.

Jadi anda perlu peka signal menangis yang menunjukkan dia sedang lapar seperti berasa tidak tenang, menangis secara tiba-tiba atau memasuk jari ke dalam mulut. Itu antara tanda dia sedang lapar. Ibu kena ingat, ya!

2. Pampers penuh atau berak 

Jenis tangisan bayi kedua yang ibu perlu peka ialah  apabila pampers dia penuh dengan tahi atau air kencing. Bayi ini sama macam kita, kalau kita nak terkencing misalnya, kita pun rasa tak tahan nak membuang.

Samalah juga dengan bayi mereka hanya menangis tanda tak selesa apabila pampers dah penuh. Jadi, buka seluar anak itu, kalau ada tahi atau pampers dah berat dengan air kencing, sila ganti yang baru, baru si kecil tidur dengan lebih selesa. 

3. Nangis nak tidur 

Jenis tangisan bayi nak tidur juga anda perlu tahu. Bayi nak tidur tapi anda berikan susu pula, nanti tangisannya lagi kuat. Relaks ibu, jika anak menangis dan pada masa yang sama menguap atau menggaru matanya, itu tanda dia nak tidur.

Jadi, jika tidur dalam buaian masukkan dalam buai dan dendangkan alunan yang memuji Allah. Sekiranya anak tidak menggunakan buaian, main rambutnya atau tepuk-tepuk bahagian pahanya sampai dia terlena sendiri. Mudah, kan? 

jenis tangisan bayi, tangisan anak kecil, tangisan bayi baru lahir, anak menangis, anak menangis minta sesuatu, anak menangis minta mainan, anak menangis pergi pengasuh,

kredit: pinterest

4. Nangis bila panas

Anda suka tak bila tidur dalam keadaan panas? Mesti tak suka, kan? Begitulah juga dengan bayi. Dia akan menangis apabila keadaan suhu panas dan berpeluh.

Tapi jangan pula biasakan anak tidur dekat dengan kipas atau penghawa dingin yang terlalu sejuk, nanti demam pula bayi anda. Cukup sekadar dingin bak salju.

Si kecil pun akan berhenti nangis dan dapat tidur dengan selesa. Macam mana nak tahu dia nangis sebab panas? Anda boleh lihat dahinya berpeluh dan mukanya kemerahan. Itu tanda si kecil tak selesa berpanas. 

5. Nak dukung 

Biasanya, bayi dah pandai nak berdukung boleh dilihat sekitar 15 hari dilahirkan. Bila letak, menangis bagai tak keruan tapi bila berdukung diam pula dia.

Itu tanda dia nak tidur secara berdukung. Layankan jelah mak-mak semua. Jadi, jangan biasakan anak berdukung 24 jam. Biarkan dia bebas tidur dan berbaring atas tilamnya sendiri. 

6. Menangis sebab perut kembung 

Jenis tangisan bayi seterusnya adalah apabila mereka mengalami perut kembung. Macam mana nak tahu? Bayi akan menangis tanpa henti sambil kakinya di angkat ke perut.

Itu tanda dia tidak selesa apabila perut kembung. Apa yang anda perlu buat adalah sapukan minyak bayi yang sesuai seperti minyak Yu Yee cap limau atau minyak telon, bagi mudahkan bayi kentut. Selain tuam perlahan di atas perut. Kemudian dia akan kembali rasa selesa. 

jenis tangisan bayi, tangisan anak kecil, tangisan bayi baru lahir, anak menangis, anak menangis minta sesuatu, anak menangis minta mainan, anak menangis pergi pengasuh,

kredit : care 24

7. Nangis bila tengok orang yang tak dikenali 

Bayi akan menangis bila orang yang dia tak kenal dukung atau bermain bak cak dengan dia. Yang dia kenal hanya mama dan papa sahaja.

Jadi kalau orang lain dukung seperti mak saudara, nenek atau atuk dia automatik menangis. Tapi bila kembali didukung mama atau papanya dia senyap terus dari nangis.

Faham-fahamlah tanda tak suka orang lain pegang dia. Jangan bimbang, bayi akan perlahan-lahan mula mengenali orang nanti. Oleh itu, biasakan diri anda untuk bermain dengannya.

8. Demam 

Apabila anda merasakan bayi sedikit lemah, merengek dan menangis. Cuba rasa di dahinya dan bacakan suhu badan anak itu. Jika dia menangis itu tanda dia tak selesa demam.

Jadi segera berjumpa doktor dan dapatkan ubat yang sesuai dengan usia bayi. Jika tidak terlalu panas, cukup sekadar anda lap seluruh tubuh bayi dengan air asam jawa (buat berulang kali). Nanti suhu demam bayi akan menurun perlahan. 

9. Tumbuh gigi susu

Apabila bayi sedang dalam fasa tumbuh gigi, si kecil akan menangis tak selasa pada gusinya. Biasanya terjadi sekitar 5 bulan ke atas.

Macam mana nak tahu dia sakit tumbuh gigi adalah dengan cara si kecil seolah mengigit jari-jari halusnya atau dia seperti mengunyah sesuatu.

Jadi cuba anda periksa pada bahagian gusi bayi jika keras memang betul si kecil nangis sebab nak tumbuh gigi! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ini sebab mengapa anda perlu tenang, senyum, dan ketawa selalu semasa hamil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner