X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kaki Bengkak Atau Sembab Ketika Hamil Buat Ibu Tidak Selesa, Cuba 7 Tips Berkesan Ini!

7 min bacaan
Kaki Bengkak Atau Sembab Ketika Hamil Buat Ibu Tidak Selesa, Cuba 7 Tips Berkesan Ini!

Punca kaki bengkak ketika hamil atau kaki sembab biasanya kerana perubahan hormon dan berat badan ibu terutamanya ketika trimester ketiga.

Kaki bengkak ketika hamil atau ‘Edema’ yang biasa melanda adalah perkara normal dan disebabkan oleh perubahan hormon serta perubahan fisiologi badan. Justeru ketahui beberapa punca kaki bengkak dan cara bagi mengatasinya.

Walaupun edema boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh badan, ia lebih kerap berlaku di bahagian pergelangan kaki dan tangan ibu hamil.

Isi Kandungan

  • Punca kaki bengkak ketika hamil
  • Kaki bengkak ketika hamil, adakah ia normal?
  • Cara mengatasi kaki bengkak semasa hamil atau kaki sembab
  • Bilakah masalah bengkak atau sembab akan hilang?
  • Bila ibu patut risau?
  • Kaki bengkak selepas bersalin

Punca kaki bengkak ketika hamil

Masalah kaki bengkak selalunya bermula apabila ibu hamil masuk trimester ke-3 dan beransur pulih selepas kelahiran bayi.

Badan ibu akan mula menyingkir semua air dalam badannya melalui kencing yang lebih kerap serta peluh yang banyak dalam minggu pertama selepas melahirkan anak.

kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa hamil, kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa mengandung

Masalah kaki bengkak ketika hamil berlaku apabila cecair badan meningkat dan lebihan cecair terkumpul di dalam tisu anda akibat peningkatan aliran darah dan tekanan rahim anda yang semakin membesar pada urat pelvis dan vena cava.

Ini menyebabkan anda mengalami gejala bengkak kaki atau kaki sembab yang sememangnya boleh jadi sangat menganggu aktiviti harian.

Ibu juga mungkin lebih kerap mengalami bengkak kaki jika pertambahan berat badan berlaku secara mendadak ketika mengandung.

Kaki bengkak ketika hamil, adakah ia normal?

Gejala kaki bengkak ketika hamil adalah masalah biasa yang kerap berlaku dalam kalangan ibu mengandung.

Namun risiko bengkak kaki atau kaki sembab lebih tinggi berlaku ketika anda berada dalam trimester ketiga kehamilan.

Sebanyak 80 peratus ibu mengandung yang sihat cenderung mengalami kaki bengkak semasa hamil terutamanya apabila berada di mingu-minggu terakhir kehamilan.

Cara mengatasi kaki bengkak semasa hamil atau kaki sembab

Bagi ibu yang mengalami masalah kaki bengkak semasa hamil atau kaki sembab, ada beberapa cara bagi mengatasi gejala yang dialami. Antaranya:

#1. Elak berdiri/duduk terlalu lama

kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa hamil, kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa mengandung

Apabila melakukan kegiatan harian seperti memasak ataupun bekerja di pejabat, elakkan dari berdiri atau duduk tanpa bergerak dalam masa yang lama. Ambil masa untuk rehat seketika dan lakukan senaman kaki yang ringan.

Pastikan anda selalu menggerakkan kaki untuk mengelak pengumpulan darah pada kaki dan melancarkan peredaran darah.

#2. Naikkan kaki ketika duduk atau baring

kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa hamil, kaki bengkak ketika hamil, kaki bengkak semasa mengandung

Tujuan menaikkan kaki adalah untuk melancarkan peredaran darah dan mengelakkan kaki daripada kebas. Apabila duduk semasa bekerja, naikkan kaki anda di atas bangku rendah atau sediakan kotak kecil di bawah meja.

Jangan duduk bersilang kaki kerana ini boleh menyebabkan kekejangan dan menjadi punca bengkak kaki atau kaki sembab.

Apabila tidur mengiring, anda masih boleh menaikkan sebelah kaki dengan menggunakan bantal bolster. Jika masih tidak selesa, cubalah posisi tidur terbaik ketika hamil ini.

#3. Pakai kasut yang sesuai

Kasut dengan tapak yang tidak selesa juga menjadi sebab kenapa kaki bengkak semasa mengandung.

Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana ia boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.

#4. Pakai sarung kaki yang lembut

Petua surut bengkak kaki adalah dengan pemakaian sarung kaki bersesuaian. Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang terlalu ketat.

Selain menambahkan kesan bengkak kaki dengan menyekat pengaliran darah di sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil bagi mengelakkan punca kaki bengkak.

#5. Minum air dengan banyak

Kurang minum air juga boleh jadi sebab kaki bengkak. Justeru, pastikan anda mengambil atau minum air kosong sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari ketika mengandung.

Ini kerana apabila ibu hamil kurang minum air, anda sebenarnya berisiko untuk terkena dehidrasi. Jangan bimbang, air yang diminum akan membantu sistem perkumuhan dan tidak akan memburukkan masalah bengkak kaki.

#6. Aktif bersenam

Sebab kaki bengkak juga mungkin berkait rapat dengan ibu yang banyak berehat dan kurang bergerak. Jangan ingat ibu hamil tidak boleh bersenam kerana ia adalah mitos semata-mata.

Jika doktor memberi kebenaran, ibu hamil digalakkan untuk membuat senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik kerana ia akan membantu anda untuk kekal aktif walaupun ketika sedang mengandung dan memudahkan anda untuk bersalin nanti.

Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

#7. Amalkan pemakanan yang sihat

Petua surut bengkak kaki adalah mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin, serta makanan yang telah diproses. Tahukah anda kesan kepada janin apabila ibu hamil tidak menjaga pemakanannya?

Kebanyakan makanan ini mengandungi garam, gula dan lemak yang tinggi. Anda boleh menjadi obes dan kehilangan air di dalam badan.

Apabila mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, buah pinggang perlu bekerja keras untuk mengeluarkan garam berlebihan. Garam berlebihan adalah punca kaki bengkak, jadi kurangkan makanan yang masin ya ibu-ibu!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Gantikan makanan segera dengan makanan yang sihat seperti bijirin, yogurt, minuman berjus, salad dan buah-buahan. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan anda.

Bilakah masalah bengkak atau sembab akan hilang?

Masalah bengkak pada tangan dan kaki anda akan berkurang dan hilang perlahan-lahan selepas anda melahirkan bayi.

Jadi, anda tidak perlu begitu risau jika mengalaminya semasa hamil kerana ia adalah normal dan salah satu gejala biasa yang akan berlaku khususnya di trimester ketiga. 

Bila ibu patut risau?

Walaupun kaki bengkak ketika hamil adalah perkara biasa dan tidak perlu begitu dibimbangkan, namun kadang-kala ia boleh menjadi tanda penyakit serius.

Jika ibu mengandung mengalami bengkak secara tiba-tiba atau teruk di bahagian tangan, muka atau kaki anda, sila jumpa doktor dan dapatkan rawatan dengan segera.

Ia boleh menjadi tanda pra-eklampsia, yang merupakan keadaan serius untuk anda dan bayi anda serta akan menjejaskan tekanan darah anda juga.

Jika hanya sebelah kaki terasa panas dan bengkak, hubungi juga doktor anda. Terdapat kemungkinan kecil ia mungkin disebabkan oleh pembekuan darah. Ini dipanggil trombosis urat dalam (DVT), yang mana anda memerlukan rawatan perubatan.

Gejala DVT termasuk:

  • sakit, bengkak atau kelembutan pada salah satu kaki anda, biasanya betis anda
  • sakit teruk dan kulit terasa panas di kawasan itu
  • kulit merah atau berubah warna, terutamanya pada betis anda

Kaki bengkak selepas bersalin

Kebiasaannya, masalah kaki bengkak atau edema sepatutnya akan mula reda sebaik sahaja selepas ibu melahirkan bayi. 

Namun dalam sesetengah kes kaki bengkak selepas bersalin masih boleh berterusan. Berikut beberapa punca kaki bengkak selepas bersalin adalah:

1. Pengumpulan cecair dalam badan

Semasa mengandung, badan menghasilkan lebih banyak hormon estrogen dan progesteron. Peningkatan pengeluaran kedua-dua hormon ini menyebabkan pengekalan atau pengumpulan cecair di dalam badan, termasuk di kaki.

2. Kesan pembesaran rahim

Ketika mengandung, rahim akan membesar hingga memberi tekanan pada urat di bahagian kaki hingga membuatkan darah di bahagian bawah badan terhalang.

Pengumpulan cecair ini boleh menyebabkan kaki bengkak selepas bersalin. Umumnya selepas bersalin, rahim akan menolak darah ke bahagian bawah badan. Walau bagaimanapun, proses ini mengambil masa beberapa hari, jadi kaki anda mungkin masih kelihatan bengkak selepas bersalin.

3. Proses meneran ketika bersalin normal

Proses meneran semasa bersalin normal boleh menjadi salah satu punca kaki bengkak selepas bersalin. 

Hal ini kerana ia meningkatkan tekanan ke pelbagai bahagian badan, sehingga mencetuskan pengumpulan cecair di kaki, lengan dan muka.

Semoga bermanfaat.

  1. Baby Center (March, 2021). Swelling (oedema) in pregnancy. www.babycentre.co.uk/a230/swelling-oedema-in-pregnancy
  2. What to Expect (Oct 20,2020). Edema (Swelling of the Ankles and Feet) During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/edema.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Sudah Ada Deria Sentuh Sejak Minggu Ke-8 Kehamilan, Adakah Mereka Boleh Rasa Sakit?

Baca juga: Adakah Normal Jika Tangan Kebas Ketika Hamil? Doktor Jelaskan Punca & Cara Mengatasinya

Baca juga: Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kaki Bengkak Atau Sembab Ketika Hamil Buat Ibu Tidak Selesa, Cuba 7 Tips Berkesan Ini!
Kongsikan:
  • Ibu Risau Kaki Bengkak Masa Hamil? Jangan Risau Lagi Sebab Stokin Kesihatan Ini Yang Ibu Perlukan!

    Ibu Risau Kaki Bengkak Masa Hamil? Jangan Risau Lagi Sebab Stokin Kesihatan Ini Yang Ibu Perlukan!

  • Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

    Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Ibu Risau Kaki Bengkak Masa Hamil? Jangan Risau Lagi Sebab Stokin Kesihatan Ini Yang Ibu Perlukan!

    Ibu Risau Kaki Bengkak Masa Hamil? Jangan Risau Lagi Sebab Stokin Kesihatan Ini Yang Ibu Perlukan!

  • Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

    Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.