Anda nak tambah susu badan? Jom cuba 5 milk booster yang terkenal di Malaysia ini!

Anda nak tambah susu badan? Jom cuba 5 milk booster yang terkenal di Malaysia ini!

Anda pening tak tahu produk milk booster mana yang patut anda beli? Jangan risau, ini adalah senarai milk booster popular di Malaysia sebagai rujukan anda.

Ramai ibu menyusu yang mengharapkan susu mereka banyak. Jadi, tak hairanlah pelbagai milk booster yang ada dan muncul di pasaran sekarang ini sampai pening nak pilih. 

Maka, dengan niat untuk memudahkan kerja ibu-ibu menyusu yang tengah mencari milk booster untuk menambah susu badan, ini adalah senarai produk milk booster yang popular di pasaran kini.

Jom kita semak apakah pilihan yang anda ada!

Senarai 5 milk booster yang dijual di pasaran Malaysia
1. Milk booster: Jus Al-Kurma Ajwa (Ener AL’KURMA)

milk booster, makanan milk booster, kaedah milk booster, milk booster semulajadi, penambah susu, penambah susu ibu, makanan penambah susu badan,

Jus ini adalah minuman yang berasaskan 100% buah kurma. Setiap satu botol mengandungi 7 biji kurma ajwa.

Jus ini bukan saja dapat menambahkan susu badan, bahkan ia juga dapat memberikan tenaga dan menguatkan otak ibu dan juga bayi.

Jus Al-Kurma boleh diamalkan dari anda mengandung hingga sampai masa anda menyusukan anak. Jus ini juga tak ada pewarna tiruan atau gula tambahan.

2. Milk booster: Dianz Vitamilk

milk booster, makanan milk booster, kaedah milk booster, milk booster semulajadi, penambah susu, penambah susu ibu, makanan penambah susu badan,

Dianz VitaMilk mengandungi empat kandungan utama iaitu Omega 3, kolagen ikan, aprikot, delima dan madu. Serbuk berperisa vanila ini boleh menambahkan susu dan menjaga kesihatan ibu yang menyusu.

Ia juga boleh diambil oleh ibu yang sedang mengandung dan berpantang.

Cara makan mudah saja, tak perlu bancuh dengan air, tuang saja serbuknya ke dalam mulut dan telan.

3. Maryam Hot Chocolate

milk booster, makanan milk booster, kaedah milk booster, milk booster semulajadi, penambah susu, penambah susu ibu, makanan penambah susu badan,

Maryam Hot Chocolate kaya dengan ramuan semula jadi yang mampu menambahkan kualiti dan kuantiti susu ibu.

Ramuan semula jadi yang terdapat di dalamnya adalah susu kambing, madu, kurma, Arabic gum, buah tin, malt dan coklat.

Maryam Hot Chocolate juga menggunakan stevia (pemanis untuk penghidap diabetes) sebagai pengganti gula.

Minuman ini kaya dengan rasa coklat yang mampu menghilangkan rasa loya. Ia perlu diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur.

4. Lacto Momma Milk Booster Cookies

milk booster, makanan milk booster, kaedah milk booster, milk booster semulajadi, penambah susu, penambah susu ibu, makanan penambah susu badan,

Lacto Momma Milk Booster Cookies ini bukan saja sedap malah ia memang terbukti dapat menambahkan susu badan anda.

Biskut ini terbuat dengan beberapa agen penambah susu badan dan mengandungi 4 perisa iaitu, chocolate chip, kurma dan susu kambing, butterscotch pecan dan kranberi dan white chocolate.

Suami pun boleh makan tahu. Biskut ini juga boleh dimakan sebanyak mana yang anda mahu.

5. Mamom

milk booster, makanan milk booster, kaedah milk booster, milk booster semulajadi, penambah susu, penambah susu ibu, makanan penambah susu badan,

MaMom adalah tablet kunyah yang bertindak sebagai ‘milk-booster’.

Ia mengandungi kurma, madu, habbatussauda, susu kambing, ekstrak alfalfa dan spirulina yang berfungsi untuk menambahkan penghasilan susu ibu.

MaMom boleh diambil semasa perut kosong sebanyak 2-3 tablet sehari. MaMom juga mempunyai perisa vanila.

Jadi, yang mana satu yang menjadi pilihan anda?

Anda boleh pilih produk yang mengikut kesesuaian dan ramuan yang menjadi pilihan anda. Kerap menyusukan anak juga boleh tambahkan susu badan anda tanpa milk booster.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

22 makanan tambah susu badan yang diakui berkesan oleh para ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner