X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bersalin Secara Pembedahan Pilihan (Elective Caesarean): Perkara Yang Perlu Ibu Tahu

6 min bacaan
Bersalin Secara Pembedahan Pilihan (Elective Caesarean): Perkara Yang Perlu Ibu Tahu

Pembedahan caesarean elektif adalah pembedahan caesarean yang dirancang lebih awal sebelum tarikh jangkaan bersalin (EDD)

Dalam dunia moden hari ini, ramai ibu hamil yang diberi pilihan untuk menentukan bagaimana mereka ingin melahirkan anak sama ada secara normal atau melalui pembedahan caesarean. Salah satu kaedah yang semakin mendapat perhatian ialah pembedahan caesarean elektif (elective caesarean).

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Pembedahan Caesarean Elektif
  • Kenapa Ibu Pilih Elective Caesarean?
  • Proses Bersalin Elective Caesarean
  • Kelebihan Elective Caesarean
  • Risiko & Kesan Sampingan Elective Caesarean
  • Proses Pemulihan Selepas Elective Caesarean
  • Bila Elective Caesarean Tidak Digalakkan?
  • Adakah Elective Caesarean Menyakitkan?
  • Adakah Elective Caesarean Menjejaskan Penyusuan?
  • Bolehkah Saya Minta Untuk Pembedahan Caesarean Elektif Walaupun Tiada Komplikasi?

Apa Itu Pembedahan Caesarean Elektif

Pembedahan Caesarean Elektif adalah pembedahan caesarean yang dirancang lebih awal sebelum tarikh jangkaan bersalin (EDD), biasanya atas permintaan ibu atau atas cadangan doktor bagi mengelakkan risiko tertentu semasa bersalin normal.

Berbeza dengan emergency caesarean yang dilakukan secara tergesa-gesa apabila terdapat komplikasi semasa proses bersalin, pembedahan caesarean elektif dilakukan dengan tenang, pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Kenapa Ibu Pilih Elective Caesarean?

Terdapat pelbagai sebab kenapa seorang ibu perlu menjalani pembedahan caesarean elektif: 

1. Pernah Melalui Pembedahan Czer Sebelum Ini

Ramai wanita yang pernah menjalani caesarean sebelum ini memilih untuk teruskan cara yang sama bagi kelahiran seterusnya. Walaupun VBAC (Vaginal Birth After Caesarean) boleh dilakukan, sesetengah ibu dan doktor merasakan pembedahan adalah lebih selamat.

2. Ibu Hamil Menghidap Penyakit

Wanita yang menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, diabetes gestasi, atau masalah jantung biasanya dinasihatkan untuk melahirkan secara caesarean bagi mengelakkan tekanan berlebihan semasa bersalin.

3. Kedudukan Bayi Tidak Sesuai

Advertisement

Jika bayi dalam kandungan berada dalam posisi songsang (breech) atau melintang (transverse), pembedahan mungkin lebih selamat berbanding cuba bersalin secara normal.

4. Faktor Emosi & Trauma

Sesetengah ibu mungkin pernah mengalami pengalaman bersalin yang menakutkan atau traumatik, dan mereka tidak sanggup menghadapinya semula. Elective caesarean memberi rasa kawalan dan kepastian.

5. Risiko Masalah Pelvik

Ada ibu yang risau akan kesan bersalin normal terhadap otot dasar pelvik – contohnya risiko inkontinens (kebocoran urin) atau prolaps rahim. Mereka memilih caesarean untuk menjaga kesihatan pelvik jangka panjang.

Proses Bersalin Elective Caesarean

Berikut beberapa proses bersalin secara elective caesarean:

1. Perancangan & Tarikh

Biasanya, elective caesarean dijadualkan antara minggu ke-38 hingga 39 kehamilan untuk mengelakkan ibu bersalin secara spontan sebelum pembedahan.

2. Persediaan Sebelum Pembedahan

Ibu akan diminta hadir ke hospital sehari sebelum atau pada pagi hari pembedahan. Pemeriksaan tekanan darah, pengambilan darah, dan penerangan oleh doktor bius akan dilakukan.

3. Prosedur Pembedahan

Pembedahan biasanya mengambil masa sekitar 45 minit hingga satu jam. Ibu akan diberikan bius separa (spinal atau epidural) agar masih sedar dan dapat mendengar tangisan pertama bayi.

4. Proses Kelahiran

Bayi akan dikeluarkan melalui insisi kecil di bahagian bawah abdomen dan rahim. Selepas bayi dikeluarkan, uri juga dibersihkan dan rahim dijahit semula lapisan demi lapisan.

Kelebihan Elective Caesarean

Walaupun bukan kaedah semula jadi, elective caesarean turut mempunyai kelebihan tertentu:

1. Tarikh Kelahiran Dirancang

Boleh merancang dengan lebih baik dari segi penjagaan anak-anak lain, cuti suami, dan sokongan ahli keluarga.

2. Kurang Trauma Semasa Bersalin

Tiada kontraksi yang menyakitkan, tiada koyakan faraj, dan proses kelahiran lebih teratur.

3. Risiko Komplikasi Semasa Bersalin Lebih Terkawal

Tiada risiko bayi tersekat di laluan kelahiran atau tekanan terlalu tinggi kepada ibu dan bayi semasa meneran.

Risiko & Kesan Sampingan Elective Caesarean

Walaupun nampak mudah dan terancang, elective caesarean tetap merupakan pembedahan besar yang datang dengan risiko tersendiri:

1. Risiko Jangkitan

Luka pembedahan boleh dijangkiti jika tidak dijaga dengan baik. Jangkitan pada rahim atau saluran kencing juga boleh berlaku.

2. Pendarahan Lebih Banyak

Ibu caesarean biasanya mengalami lebih banyak kehilangan darah berbanding bersalin normal.

3. Tempoh Pemulihan Lebih Lama

Biasanya mengambil masa 6 minggu atau lebih untuk benar-benar pulih. Pergerakan awal mungkin menyakitkan.

4. Risiko Pada Kehamilan Seterusnya

Setiap kali pembedahan dilakukan, risiko seperti uri melekat pada dinding rahim (placenta accreta) meningkat.

5. Risiko Masalah Pernafasan Bayi

Bayi yang dilahirkan terlalu awal melalui caesarean tanpa kontraksi semula jadi mungkin mengalami masalah pernafasan ringan kerana paru-paru belum sepenuhnya matang.

Proses Pemulihan Selepas Elective Caesarean

Berikut ialah beberapa perkara penting yang ibu perlu tahu tentang pemulihan selepas elective caesarean:

1. Tinggal di Hospital

Kebiasaannya ibu akan diminta tinggal di hospital selama 2 hingga 4 hari bergantung kepada tahap kesihatan dan pemulihan.

2. Kesakitan di Bahagian Luka

Adalah normal untuk berasa sakit di kawasan luka. Doktor akan memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan selepas bersalin czer.

3. Pergerakan Awal

Walaupun menyakitkan, ibu digalakkan bangun selepas bersalin czer dan bergerak perlahan-lahan dalam masa 24 jam selepas pembedahan bagi mengelakkan darah beku.

4. Penjagaan Luka

Luka perlu sentiasa bersih dan kering. Elakkan mengangkat barang berat atau terlalu banyak bergerak dalam tempoh awal.

5. Sokongan Emosi

Ramai ibu mengalami emosi bercampur-baur selepas caesarean. Jangan segan untuk mendapatkan sokongan pasangan, keluarga atau kaunselor.

Bila Elective Caesarean Tidak Digalakkan?

Walaupun elective caesarean ada kelebihan, ia tidak sesuai untuk semua orang. Doktor biasanya tidak menggalakkan elective caesarean jika:

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
  • Ibu mempunyai keadaan kesihatan yang tidak stabil

  • Kedudukan bayi masih berubah-ubah

  • Tarikh kehamilan tidak jelas dan bayi mungkin belum cukup matang

  • Ibu mempunyai sejarah komplikasi pembedahan seperti lekatan (adhesions)

Adakah Elective Caesarean Menyakitkan?

Tidak semasa pembedahan kerana ibu diberi bius separa. Namun selepas pembedahan, akan ada ketidakselesaan dan kesakitan pada luka.

Adakah Elective Caesarean Menjejaskan Penyusuan?

Tidak semestinya. Walaupun permulaan mungkin sedikit mencabar kerana kesakitan, ramai ibu berjaya menyusukan bayi dengan bantuan dan sokongan.

Bolehkah Saya Minta Untuk Pembedahan Caesarean Elektif Walaupun Tiada Komplikasi?

Ya, tetapi ia bergantung kepada polisi hospital dan penilaian doktor. Sesetengah hospital kerajaan mungkin tidak benarkan tanpa alasan perubatan yang kukuh.

Kesimpulannya, pembedahan caesarean elektif bukanlah pilihan yang mudah seperti yang disangka ramai. Ia tetap pembedahan besar yang datang dengan risiko tersendiri.

Namun bagi sesetengah ibu, ia adalah pilihan paling selamat dan paling sesuai mengikut keadaan mereka. Apa yang paling penting adalah ibu perlu berbincang dengan doktor, memahami kebaikan dan risiko, serta mengambil kira faktor fizikal dan emosi.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Pregnancy Birth Baby, Health Direct, Teach Me Obgyn

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Bersalin Czer: Prosedur, Berapa Lama Pantang Czer & Perbezaan Czer Vs Normal

Baca juga:  Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun

Baca juga:  Ibu Yang Bersalin Czer Perlu ELAK Buat 23 Perkara Ini Agar Luka Jahitan Tidak Terbuka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Bersalin Secara Pembedahan Pilihan (Elective Caesarean): Perkara Yang Perlu Ibu Tahu
Kongsikan:
  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham