Warna kulit baru lahir kebiasanya akan kelihatan kemerah-merahan sebaik sahaja dilahirkan dan tidak mengalami banyak perubahan semasa masih di hospital. Tetapi sesetengah ibu mungkin perasaan jenis warna kulit bayi baru lahir kelihatan gelap sedikit semasa dalam tempoh berpantang.
Saya sendiri mengalami keadaan ini padahal semasa dilahirkan si manja berkulit cerah kemerahan. Tidak dinafikan ini membuatkan saya rasa hairan dengan keadaan perubahan kulit bayi gelap jadi cerah dan ada merasa sedikit risau akan tahap kesihatannya.
Namun, tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya bayi kelihatan normal dan tiada gangguan kesihatan yang dialaminya.
Warna Kulit Bayi Baru Lahir Normal Berubah
Semasa dilahirkan, warna kulit bayi biasanya diselaputi oleh bahan putih yang tebal dan pekat yang dipanggil vernix caseosa (ia terdiri daripada sel-sel kulit janin dan rembesan kelenjar kulit). Ia biasanya hilang setelah bayi dimandikan buat pertama kali.
Jenis warna kulit dan tanda pada kulit bayi yang baru lahir juga mungkin mengejutkan sesetengah ibu bapa. Berikut merupakan beberapa sebab mengapa warna kulit bayi yang pelbagai, warna kulit bayi tidak rata atau perubahan pada warna kulit bayi yang harus ibu ayah tahu.
#1. Merah Gelap
Apabila bayi dilahirkan, mereka mempunyai kulit yang nipis dan kelihatan agak lutsinar. Ini menyebabkan darah bayi dan struktur vaskular bayi mungkin dapat dilihat melalui kulit mereka dan akan menyebabkan kulit bayi kelihatan rona merah gelap.
#2. Kuning
Biasanya bayi yang mengalami jaundis kulit mereka akan berwarna kuning. Jaundis sangat kerap dialami oleh bayi yang baru lahir dan selalunya akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan.
Ia terjadi apabila hati bayi memecahkan sel darah merah yang lama. Apabila darah merah lama dipecahkan, ia menghasilkan bahan kuning yang dipanggil bilirubin.
Hati bayi yang baru lahir mungkin perlu berkembang selama beberapa hari sebelum ia boleh mengeluarkan bilirubin dengan sendirinya. Paras bilirubin yang tinggi dalam darah bayi yang menyebabkan bayi mengalami jaundis.
Walaupun jaundis ringan adalah normal bagi bayi yang baru lahir, tetapi sekiranya warna kuning pada kulit kekal lama ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang serius. Jaundis yang berlaku beberapa hari pertama kelahiran bayi dipanggil jaundis fisiologi. Selain itu masalah kesihatan lain yang menyebabkan jaundis termasuklah:
- Darah ibu dan bayi yang tidak sepadan
- Tiriod yang tidak aktif
- Jangkitan pada saluran kencing
- Sekatan yang terdapat pada pundi atau saluran hempedu
Sekiranya jaundis kekal atau bertambah teruk selepas 72 jam kelahiran, bayi kelihatan lemah dan menolak untuk makan, segera dapatkan rawatan.
#3. Biru
Kaki dan tangan bayi baru lahir berwarna biru adalah normal. Ini kerana sistem peredaran darah bayi yang belum berkembang sepenuhnya. Apabila sistem peredaran darah bayi belum berkembang sepenuhnya ia akan menyebabkan aliran darah ke tangan dan kaki bayi kurang.
Tetapi sekiranya bayi mempunyai kulit biru di seluruh badan atau di sekitar bibir ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang dihadapi oleh bayi contohnya sianosis (cyanosis). Bayi yang mempunyai cyanosis akan mempunyai kulit yang kebiruan atau selaput lendir.
Cyanosis mungkin berlaku disebabkan oleh penyakit jantung, paru-paru atau sistem saraf pusat. Cyanosis biasanya disebabkan oleh kekurangan oksigen pada tubuh bayi.
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya cyanosis ini termasuklah:
- Tetralogy of Fallot: Ialah keadaan yang menyebabkan pelbagai keabnormalan jantung. Keabnormalan jantung ini menyebabkan darah yang kurang oksigen dibawa bergerak di sekeliling badan bayi.
- Atresia tricuspid: Ialah adalah kelainan genetik yang menyebabkan injap hilang dari jantung bayi. Injap yang hilang ini menyebabkan darah tidak boleh bergerak dari jantung bayi ke paru-paru bayi untuk menerima oksigen dan akan menyebabkan cyanosis.
- Total anomali pulmonary venous return (TAPVR): TAPVR ialah kelainan jantung yang menyebabkan darah kaya oksigen bercampur dengan darah kurang oksigen di dalam jantung bayi. TAPVR berlaku apabila darah kaya oksigen dari paru-paru kembali ke bahagian jantung bayi yang salah.
#4. Kulit Pucat
Kulit yang kelihatan pucat pada bayi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:
- Anemia: Anemia adalah keadaan dimana bayi tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi. Ia terjadi apabila sel darah merah tidak berfungsi dengan betul. Ini akan menyebabkan bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dalam aliran darah.
- Albinisme: Ia adalah keadaan genetik yang menyebabkan tahap pigmen melanin rendah dalam kulit bayi. Bayi yang mempunyai albinisme biasanya mempunyai warna kulit dan rambut yang pucat.
- Phenylketonuria (PKU): PKU ialah gangguan yang diwarisi yang mengakibatkan bayi tidak dapat memecahkan fenilalanin asid amino. PKU juga mengganggu pengeluaran melanin dan menyebabkan kulit dan mata pucat.
Mengapa Warna Kulit Bayi Merah Ketika Lahir?
Warna kulit yang merah pada bayi yang baru lahir kadangkala merisaukan ibu ayah. Ibu ayah seharusnya tahu membeza kes mana yang berbahaya dan yang mana ia adalah normal.
Fisiologi bayi baru lahir tidak sama dengan kanak-kanak atau orang dewasa. Selepas dilahirkan, bayi mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim ibu dengan memastikan semua organ dan sistem tubuh berfungsi dengan baik.
Semasa tempoh ini, sesetengah bayi akan menunjukkan semua jenis perubahan pada warna kulit, bintik-bintik, bengkak dan perubahan lain.
Bayi yang baru lahir juga kerap mengalami perubahan dalam warna kulit mereka. Ada di antaranya bersifat sementara dan boleh menjadi sebahagian daripada fenomena fisiologi yang dilalui oleh setiap bayi selepas kelahiran. Tetapi ada juga perubahan kulit seperti tanda lahir yang kekal.
Perubahan dalam peredaran darah bayi sejurus selepas kelahiran, menyebabkan kulit bayi kelihatan kemerahan. Kulit bayi berwarna merah gelap atau kelihatan seperti warna ungu. Ini kerana bayi mengalami hipoksia sementara. Ia juga disebabkan oleh bayi itu tidak bernafas dan karbon dioksida tidak dikeluarkan pada masa ini.
Karbon dioksida bersama-sama dengan sel darah merah menyebabkan kulit berwarna sedemikian, jadi semua bayi dilahirkan dengan kulit merah cerah. Setelah itu, apabila bayi mula menghirup udara, warna kulit berubah menjadi lebih cerah, dan kemudian menjadi merah jambu.
Kemerahan kulit ini biasanya mula hilang pada hari pertama manakala lengan dan kaki bayi boleh kekal kebiruan selama beberapa hari. Ia adalah normal kepada bayi yang masih tidak matang. Walau bagaimanapun, warna biru pada bahagian lain tubuh badan bayi adalah tidak normal. Warna kekal kulit bayi akan terbentuk sekitar bayi berusia 6 bulan.
Ciri-Ciri Kulit Bayi Putih Atau Hitam
Jenis melanin yang akan menentukan sama ada warna kulit yang terhasil adalah hitam atau putih. Kulit hitam adalah hasil daripada penghasilan eumelanin, yang akan menghasilkan kulit yang berwarna coklat gelap hingga hitam. Manakala kulit putih adalah hasil daripada penghasilan pheomelanin, yang akan menghasilkan kulit yang berwarna kemerahan hingga kuning.
Melanin adalah pigmen utama yang bertanggungjawab untuk menentukan warna kulit pada manusia sama ada yang terhasil dari warna yang paling gelap hingga ke paling cerah. Selain itu faktor genetik juga mempengaruhi warna kulit yang terhasil. Variasi warna kulit hitam atau putih adalah berbeza-beza di seluruh dunia.
Tambahan pula, kedua-dua jenis pewarnaan kulit menunjukkan pelbagai penyakit kulit atau keadaan dermatologi. Contohnya keadaan seperti melasma, ekzema diskoid dan lupus eritematosus sistemik biasanya ditemui pada orang berkulit gelap.
#1. Kulit Hitam
- Kulit hitam mengandungi eumelanin.
- Kandungan melanin yang dihasilkan tinggi.
- Populasi kulit hitam mempunyai jumlah melanosit yang tinggi.
- Saiz sel melanosit lebih besar.
- Warna kulit coklat terang hingga warna hitam.
#2. Kulit Putih
- Kulit putih mengandungi pheomelanin.
- Kandungan melanin yang dihasilkan rendah.
- Populasi kulit putih mempunyai bilangan melanosit yang rendah.
- Saiz sel melanosit lebih kecil.
- Warna kulit kemerahan hingga kuning.
Adakah Warna Kulit Bayi Berkait Dengan Pemakanan Ibu Ketika Hamil?
Walaupun pakar mendapati sukar untuk meramalkan penentuan genetik yang tepat bagi warna kulit manusia, hakikatnya, pigmen dan melanin yang dihantar oleh ibu kepada bayi boleh menentukan warna kulit mereka.
Sama juga apabila bayi mewarisi warna rambut dan persamaan lain daripada ibu bapa mereka. Persoalannya, adakah terdapat makanan yang boleh diambil untuk menentukan warna kulit bayi?
Jumlah dan jenis melanin yang disalurkan kepada bayi juga ditentukan oleh gen, dengan satu salinan setiap satu diwarisi daripada salah seorang ibu bapa.
Kajian tentang makanan ibu hamil yang boleh menjejaskan kulit bayi adalah terhad. Walau bagaimanapun, secara amnya sesetengah makanan boleh membantu meningkatkan warna kulit.
Contohnya seperti:
#1. Ikan Laut
Ikan seperti tuna, salmon dan sardin kaya dengan asid lemak omega-3. Asid lemak penting ini membantu membaiki membran sel yang membantu keanjalan kulit bayi.
#2. Avocado
Avocado adalah buah yang kaya dengan vitamin C dan vitamin E. Kedua-dua vitamin ini terkenal dengan sifat antioksidannya. Vitamin C juga membantu mengurangkan keradangan dan penting untuk penghasilan kolagen dalam badan. Penghasilan kolagen seterusnya akan memperbaiki tona kulit bayi.
#3. Buah-buahan tertentu
Buah-buahan seperti blueberry, strawberi, raspberi, dan beri hitam adalah buah-buahan yang mengandungi antioksidan tertinggi. Antioksidan diketahui dapat membantu mencegah penuaan pramatang dengan mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat radikal bebas.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sikat Rambut Bayi Terbaik: 7 Jenis Sikat Yang Selamat Untuk Kulit Bayi
Baca juga: Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun
Baca juga: Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!