Antara kerisauan ibu hamil ketika pemeriksaan setiap bulan adalah bacaan hemoglobin (Hb). Ini kerana doktor sangat menitikberatkan bacaan hb normal ibu hamil.
Bacaan hb normal untuk ibu hamil amat penting bagi mengelakkan berlakunya masalah. Kesan hb rendah ketika hamil boleh menyebabkan anda tiba-tiba pengsan dan mendatangkan bahaya pada bayi dalam kandungan.
Apa yang pasti, bacaan hb normal ibu hamil ini pasti akan jadi perkara penting yang disemak setiap kali pemeriksaan di klinik bagi memastikan keadaan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.
Hb normal ibu hamil

Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan.
Namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal.
Hemoglobin yang terkandung dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Bacaan hb normal ibu hamil ikut usia kandungan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan rujukan bacaan hb normal untuk ibu hamil sekaligus meletakkan kategori mana untuk anemia ringan dan berat bagi golongan ini:
- Normal hb ibu hamil: > 11 gr/dl
- Anemia Ringan: Hb 8-11 gr/dl
- Anemia Berat: Hb <8 gr/dl
Bacaan hb normal pada ibu hamil yang sesuai dengan usia kandungan adalah:
- Hb normal wanita (tidak hamil): 12–15.8 gr/dl
- Normal hb ibu hamil trimester pertama: 11.6–13.9 gr/dl
- Hb normal pada ibu hamil trimester 2: 9.7–14.8 gr/dl
- Hb normal ibu hamil trimester 3: 9.5–15.0 gr/dl
Alat cek hb ibu hamil
Sekiranya anda berhasrat melakukan pemantauan bacaan hb normal untuk ibu hamil,perlulah mendapatkan alat check hb ibu hamil secara atas talian.
Namun menurut komuniti theAsianparent Malaysia, harganya boleh mencecah ratusan ringgit. Justeru sebenarnya adalah memadai jika ibu mengikuti tarikh temu janji pranatal yang telah ditetapkan oleh doktor di klinik berhampiran.
Jururawat yang bertugas sememangnya akan mengambil darah untuk melihat bacaan hb normal menggunakan alat cek hb ibu hamil. Jika didapati rendah, mereka mungkin mempertimbangkan ubat tambah darah.
Hb rendah berapa ketika hamil?
Bagi ibu yang baru pertama kali berdepan masalah ini, mungkin anda tidak tahu hb pada ibu hamil rendah berapa bacaannya.
Dalam hal ini jika bacaan hb pada ibu hamil rendah daripada 11.5 G/DL atau di aras yang berkemungkinan akan terus turun serta tidak dirawat dari awal, ketahuilah kesannya bayi boleh dilahirkan awal (pramatang), berat yang kurang atau bayi pucat.
Efek hb rendah pada ibu hamil
Kekurangan zat besi menjadi punca utama anemia. Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan serta kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentukan sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoiesis.
Selain itu pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS.
Semua masalah ini boleh mempengaruhi pengeluaran sel darah merah seseorang termasuklah kepada ibu hamil.
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi yang cukup. Dalam keadaan ini, kesan hb rendah ketika hamil boleh menyebabkan anda berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.
Efek hb rendah dan anemia pada ibu hamil jika tidak dirawat:
- Kesan hb rendah ketika hamil menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (kandungan tidak cukup bulan).
- Efek hb rendah: Kematian bayi dalam kandungan.
- Ibu boleh kemurungan selepas bersalin.
Punca hb rendah ketika hamil

Ada beberapa punca hb rendah iaitu:
#1. Pemakanan yang kurang nutrisi
Punca hemoglobin rendah amat berkait dengan pemakanan seharian ibu mengandung. Kekurangan zat besi menjadi faktor terbesar masalah anemia.
Pemakanan yang rendah kandungan asid folik, vitamin B12 atau folat boleh menjejaskan kesihatan anda kerana bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi daripada ibu untuk membesar.
#2. Pengambilan alkohol
Pengambilan alkohol yang banyak boleh merosakkan hati, perut dan buah pinggang. Ini sekaligus meningkatkan risiko seseorang berdepan masalah hb rendah dan anemia.
#3. Pendedahan kepada plumbum
Pendedahan kepada plumbum melalui air atau cat yang tercemar boleh menjadi punca hb rendah.
Tinggal di dalam rumah dengan cat plumbum atau mempunyai sumber air yang tercemar dengan sisa plumbum menimbulkan risiko anemia.
#4. Penyakit talasemia
Punca hb rendah juga berkait dengan masalah penyakit talasemia. Ibu mengandung yang menghidap penyakit ini cenderung mengalami anemia. Anda perlu melakukan transfusi darah dengan lebih kerap bagi memastikan kandungan kekal sihat.
Ketika berada penghujung kehamilan, kebanyakan kes pesakit talasemia perlu meningkatkan bilangan transfusi darah untuk membolehkan ibu bersalin dengan selamat.
Cara dapatkan hb normal untuk ibu hamil dengan cepat
#1. Pengambilan kalsium dan vitamin
Cara dapatkan hb normal untuk ibu hamil adalah mengambil susu sepanjang tempoh kehamilan. Walau bagaimanapun, anda perlu elakkan dari ambil kalsium dengan zat besi sekaligus.
Hal ini kerana susu kaya dengan vitamin dan kalsium. Penyerapan zat besi boleh terganggu jika anda ambil bersama.
#2. Elakkan kafein dan air berkarbonat
Cara kekalkan hb normal untuk ibu hamil yang seterusnya adalah dengan mengelakkan pengambilan kafein.
Minum berkafein seperti teh, kopi atau milo perlu ditinggalkan atau dikurangkan dalam diet harian kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi dan sekaligus menjejaskan kuantiti darah merah dalam tubuh.
#3. Asid folik dan minyak ikan
Cara menaikkan normal hb ibu hamil yang seterusnya adalah dengan mengamalkan asid folik dan minyak ikan.
Sepanjang tempoh kehamilan, ibu hendaklah mengambil asid folik setiap hari kerana ia mampu membantu penghasilan sel darah merah dan sekaligus mengelakkan masalah anemia.
Bagi anda yang tidak suka makan ikan atau tidak boleh tahan dengan bau ikan ketika mengandung, disaran mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan.
Makanan menaikkan hb ketika mengandung

Makanan biasanya akan mempengaruhi tahap hemoglobin seseorang. Jadi pengambilan makanan yang tepat boleh mempengaruhi bacaan hb normal ibu hamil.
Antaranya makanan menaikan hb normal ibu hamil ialah:
#1. Brokoli
Makanan menaikan hb yang boleh anda ambil ialah brokoli. Sayuran hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat.
Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.
Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C yang tinggi dalam sayur brokoli ini dapat meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan.
#2. Bayam
Makanan naikkan hb yang seterusnya adalah bayam. Ia merupakan makanan terbaik dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil.
Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk mencegah masalah anemia. Bagaimanapun, bayam juga mengandungi oksalat yang boleh menghalang penyerapan zat besi apabila dimakan.
Salah satu cara untuk anda mengatasinya adalah dengan mengambil bersama vitamin C.
#3. Buah delima
Makanan naik kan hb yang seterusnya ialah buah delima. Buah delima dapat meningkatkan jumlah sel darah merah. Kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.
#4. Kurma dan kismis
Cara menaikkan hb ibu hamil yang seterusnya adalah dengan mengambil makanan sunnah seperti kurma dan kismis.
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ia mengandungi sumber yang kaya dengan nutrien, mineral, vitamin, antioksidan, enzim dan serat untuk badan.
Makanan naikkan hb seperti kurma adalah sumber zat besi yang sangat baik iaitu 0.90mg/ 100g. Zat besi menjadi komponen hemoglobin dalam sel darah merah menentukan keupayaan membawa oksigen dalam darah.
Tahap kandungan zat besi yang tinggi dapat mengimbangkan kekurangan zat besi yang ada pada pesakit anemia.
Ini seterusnya membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan, sambil mengurangkan keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
#5. Jambu batu
Cara naikkan hb ibu mengandung yang mudah adalah dengan buah jambu batu. Ibu boleh menjadikannya sebagai snek atau pencuci mulut ketika waktu makan.
Jambu batu mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. Ini sekaligus dapat mencegah risiko anemia.
Hb tinggi semasa mengandung
Hb tinggi semasa mengandung terjadi disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan jantung, paru-paru, dan buah pinggang. Di samping itu, berikut adalah beberapa punca hb tinggi semasa mengandung:
- Dehidrasi. Terdapat penurunan dalam pengambilan cecair atau air semasa kehamilan, anda mungkin mengalami peningkatan mendadak dalam hemoglobin.
- ErythrocytosisDalam keadaan ini, peningkatan mendadak dilihat dalam sel darah merah. Semasa kehamilan, jika, atas sebab tertentu, badan gagal memenuhi permintaan oksigen pelbagai tisu, terdapat peningkatan pengeluaran sel darah merah. Ini jelas meningkatkan tahap hemoglobin dalam badan.
- Terlebih dos suplemen zat besi. Peningkatan paras besi dalam badan menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras hemoglobin. Oleh itu, jangan mengambil suplemen zat besi tanpa berunding dengan doktor.
Kesan hb tinggi semasa mengandung
Tahap hemoglobin yang tinggi semasa kehamilan boleh menjadi sangat berbahaya. Berikut adalah beberapa akibat jika hb tinggi semasa mengandung:
- Meningkatkan peluang berat lahir rendah.
- Semasa trimester pertama dan kedua, ini boleh menyebabkan berat janin kurang daripada biasa.
Jika paras hemoglobin meningkat melebihi 14 g/dl semasa trimester kedua, ini mungkin menunjukkan preeklampsia.
- Peningkatan kelikatan darah secara langsung boleh menjejaskan aliran darah dalam badan ibu. Akibatnya, darah mungkin tidak sampai ke plasenta dan akan menghalang perkembangan sihat janin.
Tanda hb tinggi pada ibu hamil
Gejala paras hemoglobin yang tinggi boleh berbeza-beza bagi setiap orang, tetapi berikut adalah beberapa gejala biasa:
- Ruam gatal,
- sakit kepala dan keletihan,
- mudah lebam atau berdarah
- kekuningan kulit dan putih mata Keadaan ini dikenali sebagai jaundis
- berpeluh lebih daripada biasa,
- penurunan berat badan yang tidak normal,
- sakit sendi dan bengkak,
- pada kulit terdapat warna ungu kemerahan.
Kesimpulannya, ibu hendaklah menjaga kesihatan diri dengan baik sepanjang tempoh kehamilan bagi membolehkan janin berkembang sihat dan dapat melalui proses kelahiran selamat.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?
Baca juga: Runsing Hb Sering Rendah? Cuba 6 Makanan Untuk TAMBAH DARAH Ibu Hamil & Elak Anemia!
Baca juga: Bayi Lahir Pramatang & Rupa Macam ‘Alien’, Ibu Ini Nekad Besarkan Anaknya Sebaik Mungkin
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!