Keputihan semasa mengandung sering menjadi perkara yang membimbangkan dan ramai ibu hamil akan tertanya-tanya tentang hal ini. Sebenarnya, mengalami keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal.
Tetapi jika keputihan ketika hamil disertai dengan rasa gatal-gatal, panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.
Keputihan semasa hamil adalah normal
Jangan bertangguh jika anda mengesan sesuatu yang pelik pada keputihan semasa mengandung. Jadi kali ini, kami akan menerangkan mengenai keputihan semasa hamil yang mungkin anda alami. Jom baca dengan lebih lanjut!
Salah satu tanda awal kehamilan adalah perubahan dalam keputihan dan keadaan ini akan berterusan sepanjang kehamilan.
Apabila seorang wanita hamil, farajnya sebahagian besar akan mempunyai ‘personaliti’ tersendiri, kata Dr Sheryl Ross, pakar OB-GYN dan kesihatan wanita di Pusat Kesihatan Providence Saint John di Santa Monica, California.
Jenis keputihan yang normal dikenali sebagai leukorea adalah nipis, jernih atau putih susu, dan berbau lembut.
Kehamilan mengubah warna keputihan
Perubahan dalam keputihan semasa mengandung boleh bermula seawal satu hingga dua minggu selepas persenyawaan, walaupun sebelum anda terlepas haid.
Apabila kehamilan anda meningkat, cecair ini biasanya menjadi lebih ketara, dan ia paling berat pada penghujung kehamilan anda.
Anda mungkin mahu memakai pelapik seluar dalam tanpa wangian. Elakkan penggunaan tampon semasa mengandung.
Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, anda juga mungkin perasan bahawa lelehan mengandungi jaluran lendir tebal dengan jaluran darah. Ini adalah tanda awal bersalin dan tidak boleh mencemaskan.
Keputihan ketika hamil banyak
Adalah perkara biasa untuk ibu hamil mengalami keputihan ketika hamil yang banyak.
Namun dalam sesetengah kes pengeluaran keputihan dengan kuantiti banyak disertai dengan warna keputihan serta berbau, ia mungkin menandakan adanya jangkitan kulat vagina. Antara tanda-tanda jangkitan kuman adalah:
- Jenis keputihan,berketul-ketul, tidak berbau
- Gatal-gatal dan terbakar di kawasan luar faraj anda (dipanggil vulva)
- Vulva kelihatan merah dan bengkak
- Kencing yang menyakitkan
- Sesetengah wanita juga mengalami ketidakselesaan semasa hubungan seks apabila mereka mempunyai jangkitan yis
Jenis keputihan semasa mengandung tidak normal
Ada beberapa jenis keputihan semasa mengandung yang tidak normal dan memerlukan anda berwaspada. Antaranya adalah:
#1. Bacterial vaginosis

Walaupun penyebab sebenar jangkitan ini tidak diketahui, tetapi seperti jangkitan kulat yang lain, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina.
jenis keputihan semasa mengandung ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau selalu melakukan hubungan seks oral.
Tanda-tanda jenis keputihan semasa mengandung: jumlah keputihan yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir . Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini.
#2. Trikomoniasis

Jenis keputihan semasa mengandung ini berpunca disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks.
Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.
Tanda-tanda: keputihan semasa mengandung yang berbuih atau berbutir putih, keputihan berwarna hijau saat hamil, keputihan berketul, keputihan berwarna kuning saat hamil, berbau dan dalam jumlah yang banyak, disertai dengan keradangan di dalam vagina, air kencing yang banyak dan gatal-gatal.
#3. Vaginitis monilia
Jenis keputihan semasa hamil ini boleh berpunca akibat jangkitan monilia. Kulat ini akan berkembang dalam kuantiti yang banyak sehingga menjejaskan keseimbangan pH di dalam vagina.
Jenis keputihan semasa hamil ini bukan disebabkan oleh hubungan seks. Tetapi lebih kepada stress, ubat perancang oral, penyakit kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.
Tanda-tanda jenis keputihan semasa hamil ini adalah: Jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina.
Kesan keputihan mengandung
Ibu hamil mesti berhati-hati dengan jangkitan keputihan jenis ketiga iaitu vaginitis monilia kerana jika dibiarkan, jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pramatang, ketuban pecah awal atau memberi kesan kepada berat badan bayi.
Oleh kerana keputihan mengandung adalah perkara yang normal, ia adalah hampir mustahil untuk menghilangkan keputihan sepenuhnya.
Jika anda sedang mengalami keputihan mengandung yang tidak normal, dan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, juga dengan doktor untuk pengesahan tepat.
Cara hilangkan keputihan semasa mengandung
Ibu hamil boleh mengurangkan risiko jangkitan akibat keputihan semasa hamil yang tidak normal dengan cara-cara berikut:
- Jagalah kesihatan
- Makan makanan yang berzat dan dapatkan rehat yang cukup
- Jaga kebersihan kawasan vagina dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering
- Cara hilangkan keputihan semasa mengandung: Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas
- Lapkan vagina dari depan ke belakang
- Cara hilangkan keputihan semasa mengandung: Elak menggunakan pantyliner dengan wangian
- Hanya mengambil ubat yang selamat mengikut sukatan yang betul
- Elak dari melakukan hubungan seks sehingga jangkitan vagina sudah sembuh. Jangan garu dan jangan cuci vagina dengan menggunakan sabun.
Ambil lebih banyak buah dan sayur
- Buah-buahan sitrus boleh membantu meneutralkan cecair yang dikeluarkan faraj. Malah ia juga boleh membuatkan bahagian intim anda kurang berbau.
- Elakkan makanan pedas. Sebaiknya ambil makanan yang bersup dan mengandungi bahan yang mampu mencuci dalaman wanita, seperti serai, kunyit. Tambahkan dalam masakan anda!
- Sayuran memang dapat membantu cecair menjadi lebih jernih dan kurang berbau. Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, bendi. Malah sayuran segar seperti taugeh juga bagus!
Cara mengatasi keputihan semasa mengandung
- Banyakkan minum air kosong bagi memastikan badan sentiasa sihat untuk mengawal jangkitan bakteria pada faraj
- Cuci kemaluan dengan air dan sabun yang tidak mempunyai pewangi
- Pastikan faraj sentiasa bersih dan kering selepas membuang air
- Elakkan makanan yang pedas dan bergoreng
- Pakai pakaian yang longgar setiap masa
Kami ada senarai pencuci intim wanita yang selamat dan bebas pewangi untuk anda cuba di sini.
Bila perlu jumpa doktor

Pastikan anda kunjungi mana-mana klinik untuk dapatkan nasihat daripada doktor jika:
- keputihan anda berwarna kuning, hijau atau coklat
- keputihan anda mengeluarkan bau busuk seperti bau hanyir (BV)
- apabila keputihan anda menyebabkan gatal-gatal dan kemerahan pada kulit faraj
- apabila keputihan anda disertai dengan pedih ketika kencing atau melakukan hubungan seks
Anda juga boleh tanyakan doktor kenapa keputihan bau dan apakah bentuk keputihan tanda hamil yang sangat penting untuk anda tahu sepanjang kehamilan bagi memastikan ia bukannya jangkitan dan boleh memudaratkan anda. Jangan risau, doktor anda pasti ada jawapannya!
Semoga artikel ini membawa manfaat untuk anda yang sedang hamil.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kehamilan Pramatang Dua Kali, Hebatnya Ibu Ini Hadapi Dugaan Menyayat Hati!
Baca juga: Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!
Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!