Cara Berkesan Melegakan Masalah Kembung Perut, Sembelit & Colic Pada Bayi

Cara Berkesan Melegakan Masalah Kembung Perut, Sembelit & Colic Pada Bayi

Rupanya, ada satu kaedah yang boleh melegakan ketiga-tiga masalah kembung perut, sembelit dan colic yang selalu dialami bayi anda ini. Jom cuba!

Bayi yang mengalami masalah perut kembung, sembelit dan colic, biasanya akan menangis berjam-jam kerana rasa sangat tidak selesa. 

Sebagai ibu bapa, anda mungkin rasa bimbang dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. 

Sebenarnya masalah kembung perut, sembelit dan colic, semuanya masalah biasa yang dihadapi seorang bayi. 

Cara Berkesan Melegakan Masalah Kembung Perut, Sembelit & Colic Pada Bayi

Kredit: Flickr

Masalah kembung perut atau angin

Apabila bayi anda menyusu, tersedu atau bernafas, kadang-kadang udara yang ditarik boleh masuk ke dalam perut dan sistem pencernaan.

Sejumlah besar udara ini keluar apabila bayi buang angin, tapi gas juga boleh terperangkap dalam perut dan menyebabkan ketidakselesaan. 

Perut bayi dengan masalah kembung perut akan rasa tegang dan keras.

Walaupun ibu bapa boleh cuba untuk menyendawakan bayi mereka sehingga dia mengeluarkan angin, namun terdapat juga angin degil yang mungkin masih terperangkap dalam perut.

Kami akan kongsikan apa cara yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini, seperti di bawah nanti.

Cara Berkesan Melegakan Masalah Kembung Perut, Sembelit & Colic Pada Bayi

Angkat kaki bayi ke perut untuk memaksa udara itu keluar melalui dubur. Sumber gambar : birth-defect.org

Sembelit

Perut kembung mungkin juga tanda sembelit. Tapi bayi yang diberi susu ibu jarang menghadapi masalah ini.

Cuma kadang-kadang bayi baru lahir akan mengambil masa yang lama untuk membuang air besar.

Seorang bayi yang lebih tua, misalnya bayi yang sudah mula makan makanan pejal, akan menghadapi risiko sembelit yang lebih besar.

Masalah sembelit yang teruk boleh menyebabkan bayi itu rasa tidak selesa. Bayi baru lahir tidak boleh mengambil ubat pelembut najis atau melakukan enema tanpa pengawasan doktor. 

Colic

Menurut Pusat Perubatan Univesiti Maryland, satu-satunya tanda bayi itu sakit colic adalah apabila bayi menangis selama tempoh 3 jam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Bayi akan menunjukkan tanda-tanda jelas yang dia dalam keadaan yang tidak selesa.

Contohnya tubuh badan yang sentiasa tegang dan dia akan mengetatkan kedua-dua tangan seperti tengah menahan sakit.

Masalah perut kembung dan sembelit yang teruk boleh menyumbang kepada sakit colic.

Apabila bayi anda menangis, dia akan menelan udara dengan lebih banyak dan menyebabkan keadaannya menjadi lebih teruk.

Jika anda ibu menyusu, jaga pemakanan anda dan elak daripada makan makanan pedas serta makanan yang boleh menyebabkan badan berangin, supaya tidak menjejaskan susu ibu dan mencetuskan kolik.

Cara Berkesan Melegakan Masalah Kembung Perut, Sembelit & Colic Pada Bayi

Gerakan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali. Sumber gambar: vripmaster.com

Tapi sekarang anda tak perlu risau lagi. Inilah jalan penyelesaian untuk ketiga-tiga masalah yang melanda bayi anda itu:

Senaman “basikal” untuk melegakan ketiga-tiga masalah di atas
  1. Baringkan bayi dan angkat kakinya ke perut untuk memaksa udara keluar melalui dubur.
  2. Gerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali kemudian angkat kakinya ke perut semula.
  3. Ulang beberapa kali dan tunggu bunyi ketut ataupun letupan najis (hahaha!)

Ini adalah kaedah tanpa ubat yang saya selalu gunakan untuk melegakan masalah perut kembung bayi saya.

Biarpun masalah perut bergas, bayi yang belum membuang air besar untuk beberapa hari, ataupun sakit colic, ini satu-satu cara yang berkesan dan boleh memberi kelegaan yang cepat.

Tapi sebelum anda mencuba sebarang petua, rujuk kepada doktor dulu untuk pengesahan.

Jika keadaan bayi anda bertambah serius sehingga menunjukkan tanda-tanda seperti demam, ruam atau darah dalam najis, ibu bapa perlu membawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera.

Tengok video di bawah untuk mencuba, semoga anak anda rasa lega selepas ini!

Sumber: Livestrong

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Video Tutorial Cara Bedung Bayi Dengan Betul Untuk Mengelak Hip Dysplasia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner